Wednesday, 29 June 2016

Sejak Bila DYMM Sultan Pahang Mesti Terima Arahan Aziz Bari DAP?

Kami merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang. Kami mencari nama Aziz Bari. Tidak berjumpa. Kami mencari, sama ada Sultan Pahang mesti menerima arahan, desakan atau nasihat dari mana-mana ahli DAP, carian itu turut tidak mendatangkan sebarang hasil. Tiada sebarang Perkara di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang yang mewajibkan serta menyatakan Sultan Pahang mesti menerima nasihat atau desakan daripada Aziz Bari.



Oleh kerana Aziz Bari merupakan ahli DAP, kami mencari apa peranan ahli DAP seperti Aziz Bari di dalam Perlembagaan DAP. Rupa-rupanya, Aziz Bari sebagai ahli DAP, harus setia kepada prinsip, perlembagaan, program dan polisi parti.

Klausa 4 Perlembagaan DAP mewajibkan beliau untuk taat kepada DAP. Jadi tidak hairanlah, beliau sanggup menjadikan dirinya sebagai suara DAP untuk mendesak Sultan Pahang, seolah-olah Sultan Pahang perlu menerima nasihat daripada beliau.

Menjadi ahli DAP bukan satu lesen untuk berlaku biadab dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu. Negara dan negeri-negeri mempunyai sistem yang perlu dihormati. Sebagai seorang yang sentiasa diangkat sebagai Pakar Perlembagaan, Aziz Bari harus tahu bahawa perlakuannya mendesak Sultan Pahang itu, adalah sesuatu yang ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak beradab.

Kami menyeru Aziz Bari dan semua orang Melayu termasuk Cina bernama Melayu (jika ada) dalam DAP supaya tidak menjadi alat untuk kepentingan pihak lain dan tidak perlu membabitkan Sultan & Raja-Raja Melayu ke dalam polemik politik kebencian mereka!



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.