Thursday, 23 June 2016

Pindaan Akta 355: Meningkatkan Autonomi Negeri Untuk Membendung Gejala Maksiat & Salahlaku Syariah

Mahkamah Syariah ialah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu sebagaimana yang tercatat pada batu bersurat Terengganu iaitu 1303(M). Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan.


Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewujudkan sistem Kehakiman Negara berteraskan Peruntukan Bahagian IX PP, namun bagi memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak tersentuh oleh Mahkamah Sivil, maka pada tahun 1988, diperkenalkan pula Perkara 121(1A) pada Bahagian IX tersebut. Peruntukan 121(1A) ini tidak dengan sendirinya menyenaraikan bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi ia memantapkan kedaulatan Mahkamah Syariah dari diganggu-gugat oleh Mahkamah Sivil. Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang termaktub di dalam B1SNJ9PP yang antara lain menggariskan prinsip utama bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti berikut –
“the constitution, organization and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons profesing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law;”  
Secara telitinya prinsip-prinsip yang termaktub dalam butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut –

1.    Terhad kepada umat Islam
Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.


2.    Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri
Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah Syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada offences by persons profesing the religion of Islam against precepts of that religion, except inregard to matters included in the Federal List: Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan. Justeru kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

3.    Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan – Akta 355

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai ‘unconstitutional’ kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, mesjid, surau dan kesalahan berkaitan ‘offences against precept of Islam’ sebagaimana yang terkandung dalam Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang.  Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000.00, dan 6 sebatan (356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.