Friday, 3 June 2016

Paedophile Aktif Di Gereja Malaysia?

Heboh di suatu ketika di dunia barat apabila Vatican enggan bekerjasama dengan erat serta mengeluarkan permohonan maaf apabila ramai paderi-paderi lantikan Mereka, terlibat dengan aktiviti pencabulan kanak-kanak.

Telah dilaporkan sebelum ini dan heboh ke serata dunia, apabila setiap kali Vatican mengetahui tentang perlakuan Paedophilia seperti ini berlaku di dalam gereja mereka, tindakan yang dilakukan ialah dengan menghantar paderi-paderi gila seks ini ke negara-negara dunia ketiga.

Sehinggalah terbitnya Kertas Laporan Cloyne (Cloyne Report) pada Julai 2011, barulah Vatican memberi kerjasama untuk membolehkan beberapa paderi yang telah "melarikan diri" ke negara dunia ketiga dikesan dan dikenakan tindakan.

Perkembangan terbaru yang melibatkan seorang Paedophile bernama Richard Huckle yang menawarkan khidmatnya sebagai guru di beberapa gereja di Malaysia, amatlah merunsingkan. Beliau mengaku telah melakukan pencabulan dan pemerkosaan seksual ke atas lebih 90 kanak-kanak lelaki dan perempuan termasuk anak-anak Kristian yang rapat dengan aktiviti gereja.

Antara gereja yang dinamakan ialah sebuah gereja haram tidak berpermit di Taman Medan, yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dulu dikalangan penduduk Muslim di situ.

Kami ingin mendesak semua kemasukan paderi-paderi dari luar negara disiasat, diprofilkan dan melalui pemeriksaan latar belakang yang ketat serta direkodkan pergerakkan mereka sepanjang mereka berada di Malaysia. Ianya juga perlu dikemaskini setiap masa.

Cukup dengan kes Richard Huckle ini. Kita tidak mahu lagi kes-kes paedophile menggunakan gereja-gereja di Malaysia ini sebagai markas 'blue ocean' perlakuan sumbang terlaknat mereka!

Pihak Polis, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan mesti bangkit dan melakukan siasatan menyeluruh berkenaan kes Richard Huckle ini.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.