Sunday, 26 June 2016

Mufti Kata TENTANG! Bukan CINCANG!

Making mountains out of mole hills.. Pepatah Inggeris yang sesuai dengan Harbi Phobia si Kafir Harbi DAP. DAP sebuah parti yang jelas tidak senang dan sentiasa menjadi batu penghalang kepada usaha untuk memartabatkan kembali kedaulatan undang-undang Islam di Malaysia. 

Yang menariknya, warna sebenar beberapa parti politik Chinese Base pun mula terserlah apabila peha kiri mereka dicubit. MCA dan GERAKAN, bangkai politik tanpa merit, bertaraf biawak hidup tanggungan Barisan Nasional, hidup segan mati tidak mahu, yang hidup mati parti mereka mengemis undi dari pengundi-pengundi Melayu, mula terlompat-lompat seperti kera terkena belacan.

Mufti Pahang menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa sahaja yang menentang Islam, maka mereka dikategorikan sebagai Kafir Harbi. Mufti Pahang menyatakan juga dengan jelas bahawa golongan kafir harbi ini, ialah golongan yang wajar diTENTANG.

Entah kamus Vernakular mana yang digunakan Lim Kit Siang, beliau menafsirkan perkataan DITENTANG itu, seolah menggambarkan maksud DICINCANG seperti yang biasa dilakukan Wahabi Takfiri ISIS. Apabila saja Kit Siang berfirman sebegitu, MCA dan GERAKAN turut menjadi histeria. 




Dalam Islam, banyak cara umat Islam menangani puak-puak Kafir Harbi. Boikot, tidak undi, berhujah, berdebat dan sebagainya bergantung kepada perbuatan pihak Kafir Harbi itu sendiri. Jika kafir harbi DAP menggunakan hujah, label dan ceramah untuk menentang undang-undang Islam, maka dengan cara hujah, label dan ceramah jugalah mereka akan ditentang.

Jika kekerasan yang digunakan golongan Kafir Harbi, maka kekerasan itu harus dijawab dengan balasan yang sama tetapi tidak berlebih-lebih.

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An Nahl ayat 126)

Kit Siang tidak perlu berlebih-lebih menafsirkan perkataan DITENTANG itu dengan tafsiran Vernakular Benak beliau. Jika tidak tahu, boleh pergi kelas-kelas agama di seluruh Malaysia. Kerana Umat Islam diajar mengenai appropriate reaponselah, datok nenek Kit Siang yang datang ke sini tidak dihalau. Dan kerana umat Islam faham mengenai appropriate response dan kemanusiaan Islam jugalah, kita tidak melihat peristiwa yang berlaku di Gujerat India dan Arakan Myanmar ke atas umat Islam, tidak berlaku ke atas orang bukan Islam di sini.

Jadi, kepada Kit Siang dan chorus line beliau dari MCA dan GERAKAN, sebelum melolong bagai orang kerasukan puaka, tolong belajar Bahasa Kebangsaan dengan betul terlebih dahulu.

2 comments:

  1. TU LA...CINA YAHUDI YANG BERADA DI MALAYSIA NI...MANA TAU BAHASA MELAYU... WALAUPUN TINGGAL DI MALAYSIA 100 TAHUN, SELURUH KETURUNAN DIA TAK AKAN MENGAKUI AGAMA ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN DAN BAHASA MELAYU BAHASA RASMI ADALAH BAHASA RASMI NEGARA..ITU CIRI-CIRI CINA YAHUDI YANG TIDAK AKAN MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA LAIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Agama Rasmi tuan.. Tapi Agama Bagi Persekutuan.. Setuju dgn tuan, Bahasa Kebangsaan pun gagal dikuasai sampai ke tahap lain org cakap, lain mrk faham..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.