Sunday, 5 June 2016

Derhaka, Khalid Samad (PAN) Menghina Raja-Raja Melayu?!

Ada kebenaran di dalam pepatah Inggeris, "If you don't have anything nice to say, don't say anything at all". Jika kita main bercakap sahaja secara semberono tanpa tapis-tapis, tentu kita akan terlepas perkataan-perkataan yang bodoh dan memalukan. Mungkin inilah yang menggambarkan situasi Khalid Samad baru-baru ini.


Khalid Samad tergamak menyifatkan orang-orang yang mengenakan pakaian baju pahlawan Melayu sebagai pemabuk. Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid Samad telah berkata, "Satu petanda seseorang yang mabuk ialah beliau rasa hidup dalam zaman yang berbeza. Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk".
Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah (PAN), perlu belajar berkomunikasi dengan lebih efektif
Keji! Tidak sangka Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi PAN tergamak untuk menghina orang-orang Melayu yang memakai baju Melayu di majlis-majlis rasmi sebagai pemabuk. Adakah bagi Khalid Samad, amalan orang-orang Melayu yang memakai baju Melayu persis pahlawan Melayu silam semasa memasuki gerbang bahagia di hari perkahwinan mereka sebagai amalan orang-orang yang mabuk?
Bagaimana pula dengan Raja-Raja Melayu yang mengenakan pakaian pahlawan Melayu zaman silam semasa majlis-majlis rasmi? Adakah ini juga dikira sebagai perbuatan mabuk?Adakah PAN dan penyokong-penyokongnya berpendirian bahawa Raja-Raja Melayu tergolong sebagai pemabuk? 
Adakah Yang di-Pertuan Agong juga termasuk di dalam kategori ini?
Kenyataan buang tebiat Khalid Samad ini senada dengan suara-suara sumbang golongan liberal yang didokong partinya PAN yang selesa 'bersekedudukan' dengan DAP. Adakah penghinaan ini juga preteks kepada perjuangan sesetengah pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dan menghapuskan Raja Berperlembagaan yang diamalkan Malaysia sekian lama? 

Mungkinkah orang seperti Khalid Samad yang dimaksudkan khutbah JAKIM tentang penularan sikap kurang hormat kepada sistem beraja yang semakin berleluasa?
Bila orang Melayu pakai jubah dan kopiah, mereka difintah Arabisasi! Bila orang Melayu pakai baju Melayu bangsawan, dikatakan pemabuk! Yang itu salah, yang ini salah. 
Apa yang kau mahu sebenarnya?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.