Monday, 27 June 2016

DAP Tersepit, Wan Ji Menyalak Bukit

Sebentar tadi, bertempat di balai Polis Dang Wangi, Lim Lip Eng (gambar di bawah) kelihatan menemani Wan Ji membuat laporan polis ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh SS Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Dog Is A Man's Best Friend.
Laporan polis ialah berkenaan kenyataan Datuk Abdul Rahman Osman yang ditafsir secara ekstrim oleh juak pemuja DAP. Tidak pasti sama ada Wan Ji mempunyai locus standi untuk kes ini, kecuali jika beliau merupakan Ketua Biro Agama DAP.



Wan Ji yang sebelum ini terkenal kerana video mahu menghapuskan seluruh sistem Kesultanan Melayu, kelihatan bersungguh-sungguh menjadi jaguh pembela DAP. Hasutan yang dibuat oleh Wan Ji di dalam video di bawah seharusnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau di bawah Kanun Keseksaan 121B. 

Persoalannya, kenapa selepas begitu lama perancangannya untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu tersebar, tindakan tegas mengikut lunas undang-undang masih belum dikenakan ke atasnya? 

Dato' Seri Zahid Hamidi selaku Menteri KDN perlu melihat dan mengambil langkah-langkah proaktif supaya memastikan elemen-elemen subversif sepertimana yang dibawa oleh Wan Ji ini, tidak membarah di dalam masyarakat.



1 comments:

  1. bila mokmeen di label Mahazalim (berganda lebih hina dari kafri harbi) tak dak pulak laporan polis dibuat terhadap pihak yang melontarkan label berkenaan. tapi bila Dap dilabel itu dan ini, sepantas kilat para penjilat menjilat belakang Dap. inilah paras rupa politik liberal... kau buat tak apa, orang lain buat tak boleh.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.