Friday, 24 June 2016

Bukan Islam Tidak Patut Halang Hak Perlembagaan Umat Islam-Sekretariat Ummat Sokong Pindaan Akta 355

Himpunan Aman menyokong Pindaan Akta 355 telah berlangsung dengan aman dan jayanya diperkarangan Masjid Negara. Himpunan Aman yang telah digerakkan oleh gabungan NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Ummat telah dihadiri oleh wakil 500 NGO masing-masing diantaranya Pembela, ISMA, PPIM, Perkasa, dan Pesaka. 



Gabungan NGO Islam dan Melayu tersebut mendesak supaya ke semua Ahli Parlimen, Islam dan bukan Islam supaya menyokong Pindaan Akta 355 itu.

"Kami meyokong Pindaan Akta 355 dan menyeru supaya semua Ahli-Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong dan Ahli Parlimen bukan Islam untuk tidak menghalang hak-hak perlembagaan umat Islam daripada dijalankan"

Jurucakap kumpulan tersebut menyatakan himpunan pada hari ini mendapat kebenaran dari pihak berkuasa dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang telah diberikan ialah hanya Jawatankuasa UMMAT dibenarkan berhimpun tanpa membawa kumpulan penyokong yang besar.

Sebagai sebuah Sekretariat yang menghimpunkan lebih 500 NGO Islam dan Melayu yang berpegang kepada prinsip-prinsip keamanan dan menghormati undang-undang serta pihak berkuasa, jumlah kehadiran dihadkan kepada keahlian Sekretariat Utama.

Perhimpunan tersebut berlangsung aman selama setengah jam dan semua ahli Himpunan Aman tersebut bersurai tanpa sebarang insiden. Tiada Kenyataan Media dikeluarkan oleh UMMAT. 

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.