Wednesday, 1 June 2016

Apa lagi MCA mahu?!

Kecoh diperkatakan apabila Dr Ridhuan Tee Abdullah berbuat keputusan untuk keluar parti MCA (Malaya Chinese Association) atas pendirian anti Islam yang diambil oleh parti politik tersebut terutama semenjak kerajaan membuka laluan kepada Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ke peringkat yang sepatutnya.

Tokoh pendakwah yang disenangi ramai tersebut merupakan ahli seumur hidup MCA dan telah menjadi ahli semenjak tahun 2000 lagi. Beliau dilaporkan sudah jelak dengan pendirian memusuhi Islam yang sering diambil parti berasaskan kaum Cina itu.

Malu dengan tamparan yang diterima, MCA kemudiaan melalui beberapa orang tokoh parti tersebut mula melabelkan Dr Ridhuan Tee sebagai seorang 'figura rasis' yang sememangnya tidak bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional.

Ada yang mendabik dada kononnya tidak hairan dengan pengunduran Dr Ridhuan Tee kerana parti Cina seperti MCA mempunyai lebih daripada 1 juta keahlian!



Persoalannya kenapakah seorang lelaki berbangsa Tionghua yang berkahwin campur dengan isteri berlainan bangsa, fasih berbahasa kebangsaan dan akrab dengan ramai rakyat Malaysia pelbagai keturunan masih boleh dituduh sebagai rasis?

Persoalannya juga, kemanakah perginya jumlah ahli-ahli ini semasa MCA berdepan dengan DAP pada dua pilihanraya yang lepas?! 

Bukankah MCA telah kalah teruk kepada DAP dan parti-parti lain sehinggakan MCA sendiri terpaksa mengemis, meminta-minta daripada UMNO jawatan Menteri dan Timbalan Menteri walaupun pada awalnya telah berjanji bahawa parti tersebut tidak akan masuk kerajaan jika kalah pilihanraya?

Mana penekanan konsep meritokrasi yang sering dijeritkan oleh ahli-ahli MCA selama ini? MCA sememangnya bongkak, cakap tak serupa bikin dan masih berangan-angan Mat Jenin.

Sedarkah MCA bahawa sekurang-kurangnya Dr Ridhuan Tee keluar parti dengan berhemat dan 'gentleman', jauh lebih baik daripada lebih 1 juta ahli MCA yang hanya banyak menghabiskan beras dengan menghadiri majlis-majlis makan mega Barisan Nasional namun akhirnya memberikan undi-undi mereka kepada parti cauvinis DAP?!

MCA patut malu dengan 'diri sendiri', kalau tidak pun MCA berhenti tipu 'diri sendiri'! Apa guna jika berbelas juta ahli sekalipun jika MCA kalah kebanyakkan kerusi yang dipertandingkannya?

Barisan Nasional sememangnya berhak mendapat parti komponen yang jauh lebih baik!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.