Thursday, 12 May 2016

Kolej Swasta Di Pulau Pinang Edar Bible Kepada Pelajar Islam

Kelemahan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Exco Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim membentangkan undang-undang kawalan agama Bukan Islam untuk diwartakan, menyebabkan aktivti provokasi dan pendakyahan agama bukan Islam ke atas orang Islam di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi.

Terbaru, pelajar-pelajar sebuah kolej swasta di Pulau Pinang mendakwa mereka diberikan satu salinan buku doa Kristian setiap seorang.

Ini merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Exco Agama Islam negeri Pulau Pinang seharusnya mengambil tanggungjawab untuk memastikan perkara seumpama ini tidak lagi berlaku kini dan pada masa hadapan.



NGO-NGO Islam seharusnya menyembah maklum serta merafak sembah membawa cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDP) untuk menitahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk membentangkan, meluluskan dan seterusnya mewartakan enakmen kawalan agama Bukan Islam di negeri itu.

Kementerian Pengajian Tinggi juga harus memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk memberikan amaran dan menggantung lesen kolej berkenaan jika perkara ini merupakan perkara yang disengajakan serta mendapat restu pihak pengurusan kolej.

Kolej merupakan tempat menimba ilmu dan bukan markas dakyah agama-agama yang tertakluk amalan mereka supaya bersikap aman dan damai terhadap Islam sepertimana termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jangan mengambil isu ini sebagai isu kecil dan disapu kemudiannya di bawah permaidani. Cukup-cukuplah bersikap tidak apa selama ini.

Semua pihak dituntut supaya bertindak mengikut lunas undang-undang sedia ada.

1 comments:

  1. Ada bukti kukuh, jgn takut siarkan saja nak nama KOLEJ tu.. Jika berani dedahlah nama kolej... jgn selindung disebalik "sebuah kolej swasta di Pulau Pinang" tapi nama kolej tak siarkan... kata nak jaga akidah umat Islam di Malaysia... Boh saja nama KOLEJ tu abis cerita..ishhh...

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.