Tuesday, 3 May 2016

Kes Murtad Sarawak: Kenyataan Media PERKASA



MUDAHNYA MURTAD DI SARAWAK

'NAJIB jamin gugur kes murtad di Serawak' (petikan Malaysiakini 02 Mei 2016).

1. PERKASA sangat terkilan dan bimbang dengan kenyataan Adenan Satem yang mengaitkan Perdana Menteri berhubung isu 'murtad'  'Azmi Mohamad Azam' atau Rooney Rebit seperti yang disiarkan dalam portal Malaysiakini bertarikh 02 Mei 2016.

2. Lalu PERKASA sebagai NGOs yang antara perjuangannya konsisten mempertahankan  islam melihat kenyataan Adenan Satem ini amat berbahaya kepada kedudukan agama islam  sebagai Agama Persekutuan.  Sehingga memudahkan isu 'murtad'  ini menjadi mudah dan hanya boleh ditukar dengan sehelai kertas undi.

3. Atau adakah Adenan Satin tersentak hanya tekanan tulisan oleh kolumnis Stephen Ng yang mengkritik beliau berhubung kelewatan menangani isu murtad ini yang boleh menghakis sokongan pengundi kristian walhal mahkahmah Tinggi Serawak hanya baru membuat penghakiman pada 24 Mac 2016 membenarkan permohonan Roneey Rebit menukarkan namanya di Jabatan Pendaftaran Negara.

4.  Jelas  kenyataan terdesak ini,  boleh menimbulkan pelbagai persoalan.  Yang nyatanya apakah benar kuasa Perdana Menteri boleh mengatasi undang-undang, walhal kes 'pemurtadan' Ronney Rebit ini masih dalam peringkat rayuan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Serawak dan memerlukan kebenaran dari Mahkamah Syariah.

5.  Tidak mustahil kalau permohonan murtad semudah ditukar dengan kertas undi, akan berlaku permohonan murtad dalam pilihanraya-piligaraya akan datang.

6. PERKASA  menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Serawak yang  membenarkan 'pemurtadan' Rooney Rebit atas jaminan hak perlembagaan kebebasan beragama. Namun PERKASA juga berharap semua pihak termasuk Perdana Menteri mesti menghormati hak Jabatan Pendaftaran Negara merayu dan peranan Mahkamah Syariah Serawak dalam urusan umat islam.

7. Janganlah kerana hendak mendapat undi lalu islam  diperdagangkan.

8. PERKASA juga terkilan apabila isu murtad ini dipandang sepi oleh jabatan-jabatan agama, mufti-mufti, ulamak, pebdakwah dan pihak berkuasa agama seolah-olah Negeri Serawak boleh mengolah undang-undangnya sendiri tanpa terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

8. Justeru PERKASA mengharap supaya Jabatan Pendaftaran Negara Serawak dan Mahkamah Syariah pertahankan peraturan yang digubal dan jangan tunduk kepada tekanan kuasa politik dalam membuat keputusan. Kerana sesungguhnya isu murtad ini adalah isu amat besar disisi islam.

HASSAN BASRI MUHAMMAD
Ketua Penerangan PERKASA MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.