Tuesday, 3 May 2016

Fitnah Ikram-Maza, Antara 'Menegakkan Benang Yang Basah' & 'Melepaskan Anjing Yang Tersepit'

Belumpun sampai dua minggu kenyataan yang dibuat oleh CEO IKSIM Dato' Mahamad Naser Disa kepada portal berita Antara Pos yang antara lain menyarankan agar syarahan Dr Zakir Naik di UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) hanya ditukar tajuk dan bukannya dibatalkan terus seperti yang didesak sesetengah pihak.

Saranan tersebut juga telah disambut baik oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Program syarahan  antara agama yang khabarnya telah dianjurkan oleh kelompok yang akrab dengan seorang Mufti dan seorang ahli politik itu pada awalnya diarahkan untuk dibatalkan oleh Ketua Polis Negara kerana mengetengahkan tajuk yang agak kontroversi kepada umat Islam dan penganut agama Hindu iaitu ‘Similarities of Hinduisme and Islam’. 

Sumber aidc.news
                                                                                      
Dato’ Mahamad Naser Disa yang ditemubual oleh Antara Pos telah mengemukakan pandangan kepada pihak berkuasa dan nampaknya ia telah diterima baik dan syarahan tersebut telah dibenarkan untuk diteruskan atasa alasan pertukaran tajuk.

Namun entah apalah bala tiba-tiba saja Dr. Maza dengan gopoh dan tanpa usul periksa telah menyerang IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) yang kononnya badan pemikir kerajaan itu sering memupuk perasaan kebencian dan sektarian sesama Islam.

Tohmahan jahat yang dibuat oleh Dr. Maza tersebut itu sebagaimana biasa telah dilakukan secara gopoh dan tanpa sebarang usul periksa, jauh sekali bernilai akademik.


Beliau kelihatan terlalu ghairah untuk mempertahankan rakan-rakan yang sealiran dengannya dalam Ikram, lalu dengan tergesa-gesa dan melulu pula menuduh IKSIM memfitnah ngo Islam tersebut. Sedangkan apa yang berlaku ialah terdapat pandangan yang hairan apabila pertubuhan yang dikatakan mendukung Islam itu kelihatan beberapa kali menyokong gerakan liberalis seperti kumpulan kakitangan awam pencen G25.

Ternyata persoalan yang disuarakan oleh IKSIM itu juga telah menjadi satu tandatanya besar di kalangan seluruh masyarakat , dan adakah amat tidak adil untuk ngo terbabit meletakkan bebanan ke atas IKSIM semata-mata untuk membuat penjelasan sedemikian.


Tanpa mendapatkan penjelasan dari IKSIM, Dr. Maza juga telah membuat fitnah terhadap IKSIM kononnya ia adalah institusi kerajaan yang bergantung kepada dana pembayar cukai!

Sedangkan IKSIM belum dapat merasai sumbangan wang cukai kerajaan. Sebaliknya pula IKSIM yang telah bertungkus lumus melatih pegawai dan kakitangan Kerajaan di seluruh Negara.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.