Tuesday, 10 May 2016

Boo Su Lyn & Dystopia Babistan

Jika membaca penulisan-penulisan Boo Su Lyn, wartawan Malaymail Online, kita pasti tidak akan kenal negara yang sering beliau rujuk sebagai tempat tinggalnya. Segalanya bermasalah. Segala kotor, jijik dan merosakkan. Seolah-olah beliau tinggal di dalam sebuah negara khayal tanpa ketum. Terhalusinasi dari persepsi terbit dari observasi songsang. Seolah-olah beliau hidup di dalam sebuah dystopia, tetapi masih belum mahu bermigrasi keluar dari dystopia yang beliau bebelkan.

Kali ini beliau menulis mengenai mentaliti babi. Seolah, hanya babi itu sahaja yang haram untuk dijamah muslim. Seolah Katak, beruang dan binturung boleh dijamah asalkan ada papan tanda "No Pork, No Lard". Bersungut beliau seolah di negara dystopia beliau, rakyat pelbagai kaum dan agama, tidak menjamu selera ditempat yang sama.

Mungkin restoran segera seperti KFC dan sebagainya tidak wujud di dalam negara dystopia khayal tanpa ketumnya. Jika beliau hidup di Malaysia, mungkin beliaulah yang tidak mahu bercampur dan makan di tempat di mana rakyat Malaysia berkumpul dan makan bersama. Beribu tempat seperti itu wujud di Malaysia.

Jika benar sekalipun keadaan dystopia itu wujud menurut pengalaman Boo Su Lyn, boleh sahaja kita rujuk negara halusinasi itu sebagai Dystopia Babistan. Rakyatnya hanya seorang bernama Boo Su Lyn. Sebuah negara imaginari tempat Boo Su Lyn tinggal, membebel dan hidup mencari makan dengan menulis sungutan-sungutan mengenainya.

Jika Boo Su Lyn seorang anggota IS, tentu sahaja nama gelarannya Boo Su Lyn al Babistani.


3 comments:

  1. Hairan kenapa perempuan ni kebal betul, sampai sekarang pun masih belum kena akta hasutan...SPRM kena siasat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Kami juga hairan dengan kekebalan Boo Su Lyn yang mengalahkan kekebalan Majlis Raja Raja.. Hasut benci perlembagaan pun masih bebas meraban..

      Sotongkah otoriti kita?

      Delete
  2. Best pulak nama terbaru dia al babistani....lepas ni kita letak nama guan eng...apa ya...

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.