Thursday, 28 April 2016

Mufti Perlis Memfitnah Dari Bumi Haram?

Amat menghairankan apabila seorang yang bertaraf mufti, meletakkan kedudukan yang mulia itu lebih rendah dari golongan yang tidak memahami dan beriman dengan ayat al Quran.

al Quran menyatakan dengan jelas di dalam ayat 6 surah al Hujurat seperti berikut :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Pagi ini, Dr MAZA yang sentiasa kecanduan publisiti, mencari publisiti dengan menyerang secara terbuka sebuah Institusi yang memberi fokus perjuangan mereka kepada agenda mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

Pihak kami, warga kerja Bangkit.info, merupakan antara pihak yang pernah menghadiri majlis-majlis taklimat isu semasa oleh pihak IKSIM. Pihak kami melihat, pihak IKSIM sentiasa meletakkan fakta sebagai asas penyampaian.



Maka untuk pihak Dr MAZA menyatakan sesuatu yang kami lihat sebagai tidak selari dengan pengalaman pihak kami dengan majlis-majlis taklimat IKSIM, maka satu kesimpulan yang dapat kami buat ialah, Dr MAZA tidak pernah membuat hubungan atau mengambil inisiatif untuk menunjukkan tahap keimanan beliau dengan firman Allah di dalam ayat 6 surah al Hujurat di atas.

Pihak kami juga telah menghubungi pihak IKSIM bertanyakan sama ada ada wakil dari Pejabat Mufti Perlis atau admin page mereka untuk bertabayyun dengan isu itu terlebih dahulu. Maklumbalas yang dikemukakan ialah, usaha untuk mendapatkan maklumat sebenar dari pihak IKSIM tidak pernah dilakukan Pejabat Mufti Perlis dan admin page tersebut.

Kami menyeru pihak Dr MAZA supaya mengambil peluang sementara berada di bumi Mekah untuk bertaubat nasuha kepada Allah dan menghindarkan diri dari terus menjadi lidah penyambung fitnah.

Bertaubatlah Mufti sebelum peluang bertaubat itu berakhir.

3 comments:

  1. iksim tidak pula tabayyun dgn ikram dulu sblm menyatubakulkan ikram dgn liberal, tapi minta drmaza pulak utk tabayyun dgn iksim berkenaan kenyataan iksim yg iksim sendiri tidak tabayyun...
    tabayyunception

    ReplyDelete
  2. En Anon Tabayyun 28 April 2016 at 18:27

    Sudahkah Encik Anon Tabayyun bertabayyun dengan Iksim ttg apa yg mrk sampaikan. Yg jelas, kami pernah mengikuti taklimat yg sama di mana fakta yg dibentangkan hanya menyebut IKRAM sebagai kumpulan 96 NGO yg menyatakan sokongan kepada G25. Tidak ada disebut pun rasanya perkaitan liberal.

    Jgn Tuan Anon Tabayyun menyuruh org tabayyun tapi diri sendiri menelan fitnah dengan lahap dan memuntahkannya kembali kepada org lain tanpa bertabayyun terlebih dahulu.

    Kami ingin nasihatkan En Anon Tabayyun sentiasa bertabayyun sebelum menyuruh org lain bertabayyun terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. Sudahkan en Ben yaacob bertabayyun dengan anon tabayyun yang dia sudah tabayyun dengan iksim tentang tabayyun dengan ikram..... Level 4

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.