Saturday, 9 April 2016

Antara Kewarasan Mississippi & Kecelaruan Mental Bandar San Diego!

Amerika Syarikat, ‘the land of the free’ circa abad ke 21 bukanlah lagi sebuah tanah yang menjadi refuge kepada pendatang-pendatang kulit putih eropah yang percaya kepada akidah satu Tuhan, ‘unitarian churches’ yang mahu dibakar sesetengah pengikut Kristian di Eropah.

Amerika Syarikat yang dimajukan bersama oleh mereka-mereka yang mahu lari daripada kebejatan mentigakan ke-Esa-an Tuhan, sudahnya kini seperti melengkapi label ‘Great Satan’ yang diberikan oleh mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chavez apabila menghumbankan masa depan rakyatnya jatuh ke tangan ektremis LGBT setelah Mahkamah Supreme mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Gabenor Mississippi, Phil Bryant
Kemuncak kepada semua ini ialah apabila ‘Uncel Sam’, tipikal negara pembuli tegar dunia, mengiktiraf pula seorang lelaki wanita transgender daripada Malaysia, sebuah negara yang sedang gigih mendaulatkan Islam Agama Negara selari dengan undang-undang tertingginya.

Tidak cukup dengan itu, tarikh kelahiran lelaki ‘keliru mental’ tersebut diangkat pula oleh bandar San Diego sebagai hari meraikan beliau, kerana gigih hidup sebagai ‘wanita’ Muslim dibawah undang-undang Syariah.

Namun dalam kegilaan dan kecelaruan mental overdose yang sedang mengambil tempat, masih ada lagi susuk-susuk waras seperti di Mississippi yang memilih untuk tidak terjerumus ke dalam raket pembulian golongan LGBT hanya kerana mereka berpegang teguh kepada ajaran agama dan ketinggian moral.

Dalam ‘jerit-pekik’ yang mengambil tempat sekian lama di media massa dan sosial dan ugutan boikot beberapa syarikat seperti Paypal dan Lionsgate, Gabenor negeri Mississippi, Phil Bryant memilih untuk bertegas menandatangani House Bill 1523, undang-undang yang membenarkan individu, premis perniagaan dan organisasi keagamaan untuk tidak berurusan dengan mana-mana individu yang gaya hidup mereka bertentangan dengan ‘sincerely-held religious beliefs’ individu atau organisasi-organisasi terbabit.

Tweet Gabenor Phil Bryant

Syabas diucapkan kepada Gabenor negeri tersebut yang masih waras dan tabah walaupun diasak dengan herdikan dan cacian di sosial media bertalu-talu.

Menarik untuk diamati, dalam kerangka sebuah negara sekular, sesetengah penduduk Amerika Syarikat masih mahu mendaulatkan agama dan keagamaan.

Terbaru khabarnya Tennessee juga telah meluluskan satu bill (HB1840/SB1556) untuk membenarkan pakar kesihatan mental untuk menolak daripada memberikan khidmat mereka kepada golongan LGBT atas alasan 'using religious beliefs as justification'.

Persoalannya, kenapakah kita yang mempunyai Islam sebagai Agama bagi Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memilih untuk berbuat sebaliknya?!

Dan kenapakah dikalangan menteri kabinet yang terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam pada setiap masa, sanggup menjadi petualang negara dengan membenarkan golongan keliru mental ini menggunakan pintu belakang pejabat kuasanya di Jabatan Perdana Menteri untuk melayan kebiadaban serta kesombongan golongan sakit ini?

Kepada pihak pemerintah, haruslah sentiasa beringat bahawa kuasa dan pemerintahan adalah milik Allah SWT untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Jangan kita terbuang kelak hanya kerana memberi ruang kepada golongan seperti ini menghina dan terus memijak-mijak maruah Agama Negara!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.