Wednesday, 13 January 2016

Rakyat Bukan Islam Diberi Kerakyatan Adalah Contoh Kemanusiaan Islam Tertinggi

"Orang Melayu telah menunjukkan kemanusiaan Islam tertinggi di negara ini dengan menerima golongan bukan Islam sebagai warganegara ketika era kemerdekaan, kata seorang sarjana."
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa semalam, dilaporkan oleh sebuah portal juga berkata, bahawa pengamalan hak asasi di Malaysia sebenarnya jauh lebih baik berbanding di Amerika Syarikat (AS).
Tentunya kita tahu kes-kes warga kulit hitam yang ditembak semberono oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga menzahirkan satu demi satu demo massa diadakan di seluruh bandar-bandar demi membantah kekejaman tersebut.
Itu belum lagi dengan keadaan masyarakat kulit hitam yang rata-rata terpinggir dari segi sosio-ekonomi negara yang terkenal dengan Military-Industrial Complex tersebut. 
Kadar pengangguran di Amerika Syarikat mengikut statistik yang dikeluarkan pada Februari 2015 adalah pada 5.5% namun warga kulit hitam yang menganggur di seluruh jajahan Uncle Sam adalah jauh lebih tinggi 10.4%.
Pada Anugerah Oskar yang diadakan awal tahun lepas, penyanyi John Legend dalam ucapan kemenangannya mengkritik bahawa jumlah warga kulit hitam di penjara-penjara Amerika Syarikat sangat tinggi.
"We know that the Voting Rights Act that they fought for 50 years ago is being compromised right now in this country today. We know right now, the struggle for freedom and justice is real. We live in the most incarcerated country in the world. There are more black men under correctional control today than were under slavery in 1850."
Menurut CEO IKSIM itu lagi, Amerika Syarikat juga hanya membenarkan orang kulit hitam mengundi pada tahun 1965.
Dan Malaysia juga, katanya tidak pernah menghalau keturunan pendatang seperti yang boleh kita lihat di Myanmar dan Vietnam suatu ketika dulu.
Beliau justeru menegaskan bahawa ianya merupakan manifestasi daripada aspek kemanusiaan tahap tertinggi yang ditunjukkan oleh kaum Melayu, berdasarkan ajaran Islam yang syumul.
Malaysia juga bukan negara sekular seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.