Wednesday, 13 January 2016

P.Ramasamy (DAP) Sudah Nyanyuk Atau Mabuk?

Nampaknya kenyataan yang dibuat oleh CEO IKSIM telah membuatkan pemuka DAP P. Ramasamy tak senang duduk. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu telah menegur dan menuduh Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa sebagai seseorang yang perlu disekolahkan semula berkenaan PolSc 101.

P. Ramasamy menyanggah kononnya CEO IKSIM itu buta sejarah apabila menyatakan bahawa rakyat kulit hitam hanya dibenarkan untuk mengundi sepenuhnya pada tahun 1965.  


Beliau seterusnya mendakwa bahawa institut kajian seperti IKSIM tidak mempunyai kredibiliti hanya kerana beliau berpendapat Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa silap kerana mendakwa bahawa rakyat kulit hitam telah diberikan hak kewarganegaraan seawal abad ke-20 dan bukannya pada tahun 1965.

Ini tidak benar sama sekali. CEO IKSIM bukan bercakap pasal hak kewarganegaraan rakyat kulit hitam tetapi menyentuh tentang Voting Rights Act 1965.


Sesiapa saja yang ada membaca petikan kenyataan CEO IKSIM seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan akan tahu dan faham bahawa petikan "Malaysia has higher standards of human rights than United States, which only allowed African-American to vote in 1965", bukan bercakap tentang hak kewarganegaraan!

Namun P. Ramasamy daripada DAP dengan badan pemikir seperti Penang Institute harus sedar bahawa kenyataan tersebut adalah fakta yang mudah diperolehi di mana-mana. Atau paling tidak pun, tidakkah ahli DAP, kononnya sebuah parti politik jaguh isu-isu hak asasi dan sosial menonton filem 'Selma'?


Sama ada P.Ramasamy tidak faham bahasa atau otak kurang 'sober' semasa membaca kenyatan tersebut tidak dapat kita pastikan. Namun kita mahu memberi nasihat kepada P. Ramasamy supaya menjaga makan dan MINUM sebelum beliau membuka mulutnya bercakap tentang sesuatu perkara!

Di bawah ini disediakan kronologi kepada sejarah hak mengundi khasnya dikalangan warga kulit hitam pra dan pasca Voting Rights Act 1965.
















Rujukan:

http://www.civilrights.org/resources/civilrights101/voting.html?referrer=https://www.google.com/

http://www.britannica.com/event/Voting-Rights-Act

https://www.aclu.org/files/VRATimeline.html?redirect=timeline-history-voting-rights-act

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/01/13/questionable-findings-lay-bare-ignorance-of-researchers/

1 comments:

  1. Ramasamy pun tak boleh buat apa2 dlm.DAP selain jadi balaci tunggangan..

    Untuk mengurangkan tekanan sebagai balaci, Ramasamy meracau2 mpd BN..

    Kes buah Pala..Ramasamy mengiyakan shj tindakan LGE dgn mengatakan tiada kuasa..kerana kerajaan sebelum ini dah buat keputusan..

    Sekadar balaci famili LGE kecoh satu dunia..

    .bilalah kepala nak pecah mcm Karpal kerana karma menyebar fitnah kebencian dan kepalsuan??

    Menipu dan memusingkan fakta..itu shj yg tebaik darinya..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.