Monday, 18 January 2016

DAP Pulau Pinang & Penang Institute Mahu Hapuskan Perundangan Syariah Islam?

Sebuah laman facebook Komplot Watch telah menviralkan sebuah video rakaman perbualan diantara beberapa orang tokoh pada satu sesi perbincangan di yang dikatakan diambil ketika forum yang dianjurkan oleh G25 dan Penang Institute.


Katanya antara yang terlibat dalam perbincangan tersebut mengikut dakwaan yang dibuat oleh Komplot Watch sendiri adalah Noor Farida Ariffin, Wong Chin Huat dan Maznah Mohamed. Perbualan tersebut antara lain berbincang bagaimana mereka boleh menggerakkan usaha untuk memansuhkan terus atau mencadangkan untuk dipinda mana-mana perundangan syariah yang sedang berjalan di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Bukankah Islam dan hal ehwal Islam dibawah bidang kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi setiap negeri? Dan bukankah bagi negeri-negeri lain hal ehwal Islam dibawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?


Kenapakah DAP melalui badan pemikir mereka Penang Institute sangat teruja untuk memansuhkan sesuatu yang jelas bukan hak mereka? Kenapakah DAP tidak henti-henti berlagak dengan sikap anti Islam yang menebal? 

DAP biaDAP!!

3 comments:

  1. Lahh dah tahu dah DAP mc tu. yg bodohnya Melayu. Syg sgt dgn DAP dan cna kafir harbi. Termasuklah PAS. Sampai skrg PAS xbrani keluarkan Fatwa seperti Amanat Hadi keatas DAP atau PAN.PKR

    So, ini semua wayang puak hanga jugalah spesis2 ketrunan PAS. Takpayah dukbuat heran lahh!

    ReplyDelete
  2. Dap berkuasa dalam diam
    Bukan saje disini bahkan sabah n sarawak.
    Umno hanya diterima di malaya
    Hehehehe

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.