Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Monday, 30 November 2015

Pertubuhan Haram G25 "Mahu Audit" Agensi Sah Berdaftar

Pertubuhan Haram G25 telah diberitakan mengemukakan usul supaya JAKIM diaudit. Pelik bin ajaib. Jika ia sebuah entiti berdaftar dan telus mengenai pendanaan yang diterima G25 selama ini, sesiapa pun tidak akan mempertikaikan hasrat kelab pencen happy hours ini.


Dari mana G25 mendapat dana? Siapa yang memberikan dana kepada mereka? Siapa puppet master kepada kumpulan ini? Kenapa pertubuhan haram seperti ini diberikan tempat dan begitu banyak keistimewaan dikalangan agensi-agensi tertentu kerajaan?


Sudah lama tidak dengar khabar Dato' Seri Zahid Hamidi semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri. Apa khabar Dato' Seri? Makin banyak pertubuhan haram di Malaysia ni kan?



Pelan Harmoni Happy Hours NUCC

NUCC adalah antara blunder teragung sebuah hasrat yang mahu menyaksikan huhungan antara kaum di Malaysia diperbaiki. Fossil yang masih disimpan sebagai kenang kenangan. Sebuah majlis tiada beban batu digalas. Dianggotai oleh pseudo-Intelek hubungan kaum dan keharmonian negara.



Umum dapatan yang selalu dibentangkan NUCC bertaraf khayal di dalam sewang. Menjadi tempat pecandu Malaysian Malaysia DAP melampiaskan nafsu melalui jalan belakang. Lalu sebuah Laporan Cadangan yang bernuansa Malaysian Malaysia diluncurkan.

Modus operandi? Petik sahaja laporan-laporan portal yang gila menyerang perlembagaan. Majlis miskin jati diri membiarkan dirinya diperkosa dari belakang. Empat cadangan yang dikemukakan sebagai isu yang perlu diberikan perhatian, semuanya bernuansa DAP.

Istilah BUMIPUTERA Punca Ketidakharmonian Kaum?
Antara yang diperkatakan secara cabul ialah, istilah Bumiputera antara punca yang menimbulkan ketidak senangan hubungan antara kaum di Malaysia. Sekolah perkauman tidak disentuh langsung di dalam laporan cadangan yang dikemukakan. Benar-benar bernuansa DAP.

Akta Hasutan 1948 Mesti Dimansuhkan?
Majoriti rakyat Malaysia menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Itu kata laporan NUCC. Tanpa memberikan statistik penyelidikan, kumpulan kecil yang menuntut AH 48 dimansuhkan, dimajoritikan NUCC. Khayal atau singgah di rumah Tawfik Ismail G25 sebelum menulis rekomendasi tersebut, hanya mereka sahaja yang tahu.

Banyak lagi perkara yang bakal didedahkan. Pihak kami harus berterimakasih kepada salah seorang daripada kumpulan G25 yang datang kepada kami menyerahkan salinan Pelan Perpaduan Kesepaduan Dan Penyatupaduan Malaysia. Katanya, terdapat segelintir ahli G25 semakin muak dengan sikap dan pendekatan Tawfik Ismail dan beberapa orang ahli kumpulan G25.

Elok bubar sahaja Kelab Pencen Happy Hours tidak berdaftar tersebut.









Wednesday, 25 November 2015

Kebajikan 200,000 Keluarga e-Kasih Skim Khairat Nasional Terancam!

Ketibaan ajal tidak kita jangka. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat persiapan sebelum datangnya secara tiba-tiba. Bekalan amal amatlah penting untuk menghadapi Tuhan, namun tidak ramai sedar akan keperluan untuk penyediaan bekal buat ahli keluarga yang bakal ditinggalkan. Antara realiti masyarakat yang kerap kita lihat, betapa peritnya janda yang kematian suami untuk menyara dan membesarkan anak-anak yang masih kecil berseorangan. 

Menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan sikap saling tolong-menolong sesama Muslim. Apabila matinya seorang ketua keluarga, adalah penting bagi kita memastikan kebajikan keluarganya terjaga. Ini bagi menyahut seruan Allah yang terakam di dalam al-Quran:

"Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah" (al-Maidah:2)

Dengan menyumbang kepada tabung dana khairat kematian, sekaligus kita turut terlibat untuk menyumbang dalam pengurusan kebajikan keluarga yang yatim setiap kali berlaku kematian di kalangan ketua-ketua keluarga. Apabila wang dana khairat digunakan untuk menyekolahkan anak-anak yatim itu, bermakna kita sebagai penyumbang bersama-sama menyekolahkan anak-anak yatim tersebut. Apabila wang dana khairat digunakan untuk memberi makanan dan pakaian buat anak-anak itu, kita juga turut terlibat bersama-sama memberi makan dan pakaian buat mereka.

Menyedari hakikat ini, YaPEIM telah tampil ke hadapan dengan memperkenalkan bantuan Skim Khairat Nasional seawal tahun 2006 berdasarkan hasil daripada kejayaan dan keuntungan yang dijana melalui pelbagai aktiviti perniagaan pembangunan ekonomi. 
 
Usaha YaPEIM ini penting bagi membantu menjaga aspek kebajikan dan membangun perniagaan anggota keluarga yang telah kehilangan ketua keluarga dalam meneruskan kehidupan mereka.

Skim Khairat Nasional YaPEIM menawarkan pelbagai jenis bantuan bagi memastikan keluarga berkenaan dapat meneruskan kehidupan mereka berasaskan sumber yang berterusan. Antara bantuan yang ditawarkan termasuklah bantuan pendidikan buat anak-anak yatim, dan bantuan perniagaan bagi memastikan kemandirian keluarga tersebut.

Jadi adalah menjadi sesuatu yang amat menyedihkan apabila ada pihak yang tanpa perlu berasa bertanggungjawab, berterusan menyerang YaPEIM tanpa maklumat lengkap dan usul periksa.


Kita tidak mahu episod 'marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar' mengambil tempat. Bagi 200, 000 keluarga yang berdaftar bawah e-Kasih Skim Khairat Nasional,  kebajikan mereka tentunya bakal terabai jika program ini diberhentikan atau terhenti disebabkan beberapa isu yang dikaitkan dengan YaPEIM kini.
 
Persoalannya tanpa program seperti ini kelak, adakah pihak-pihak yang didakwa YaPEIM telah "memutar-belitkan fakta untuk menfitnah" itu sanggup mengalas tanggungjawab yang sedang digalas dengan jayanya oleh pihak YaPEIM dan membela nasib 200,000 keluarga yang miskin tegar tersebut?

Monday, 23 November 2015

Obama Layan Pondan Bersama Presiden Bar

Presiden Amerika telah diberitakan bertemu beberapa pertubuhan haram, tidak berdaftar dan kebal dari tindakan undang-undang kerana Menteri Dalam Negeri punya alasan tersendiri.

Dicelah-celah pertubuhan haram, ada juga pertubuhan berdaftar seperti Majlis Peguam yang diwakili Presidennya Steven Thiru.

Bersama, mereka turut melayani kehendak wakil golongan pondan yang diwakili Nisha Ayub, untuk mendengar resah gelisah pertubuhan haram yang diwakili dirinya, mengenai perkara-perkara hak asasi songsang yang dinamakan mereka sebagai hak asasi manusia.

Obama sekadar menjalankan tanggungjawab "whiteman's burden on the black man's back".

Seluruh dunia harus mengikuti Amerika. Tidak kira rupa mereka tidak cukup Amerika seperti Ambiga atau bernama Amerika tetapi dengan rupa India Selatan seperti Steven Thiru, semua harus mengAmerikakan diri masing-masing.

Hapuskan sempadan semua negara. Hapuskan kedaulatan Perlembagaan setiap negara selain Amerika. Tambah sahaja bintang ke dalam Star Spangled Banner untuk meluaskan daerah jajahan yang bersekutu di bawah Persekutuan Amerika.

Maka bolehlah Ambiga dan Thiru mendapat hak keistimewaan Indian (walaupun bukan Red) di negeri ke 51 tanah jajahan Amerika. Bukankah antara merekalah yang sering bersungut bahawa  mereka sering ditindas disini sehingga menjadi kaya raya?

Yuncle Sam Needs U! Poh!




Ben Yaacob


Sunday, 22 November 2015

Mengadap Obama, Presiden Amerika Syarikat (kaki 'drones' tegar) Boleh Ditangkap SOSMA?

Setelah mengadap Obama, Presiden Amerika Syarikat, negara yang banyak membunuh nyawa-nyawa manusia tidak berdosa dengan drones, 'preemptive strikes' dan 'friendly fire', Ambiga Sreenevasan dengan mendabik dada mendakwa, bahawa Obama,'well aware' dengan isu-isu di Malaysia.

Apa maksud Ambiga?


Dan apa janji Obama kepada Ambiga dan beberapa orang lagi warganegara subversif yang meletakkan negara dalam keadaan yang sangat bahaya dengan 'menjemput' campur tangan Uncle Sam yang terkenal zalim dan tidak berhati perut itu?

Kalau tidak, tentulah kehadiran Obama, tidak akan dibantah tiga hari berturut-turut. Apa Ambiga buta dan tuli dengan dosa-dosa Amerika Syarikat di seluruh dunia sebelum ini?


Atau dengan moto matlamat menghalalkan cara, Ambiga, sama seperti rakannya, Nurul Izzah sanggup berjumpa sesiapa saja, demi untuk 'membebaskan Anwar Ibrahim' yang dipenjarakan atas kesalahan meliwat seorang 'pembancuh kopi'?

Cynthia Gabriel dilaporkan sebuah portal mengadu kepada Obama tentang permasalahan rasuah di Malaysia, macam la, Amerika Syarikat, bersih dan mulus dan tidak ada masalah rasuah yang menebal?

Adakah Cynthia Gabriel, lupa, dengan kes ENRON, Bernard Madoff, Worldcom, Tyco, Healthsouth, Freddie Mac,  AIG (American Insurance Company), Lehman Brothers dan Saytham??

Apa guna jadi Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) kalau 'bengap' dengan semua skandal-skandal mega seperti ini?

"Wakil Justice for Sisters Nisha Ayub pula berkata, Obama melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat transgender di Malaysia."

Apakah Obama mahu Malaysia pasca TPPA nanti juga menkosherkan perkahwinan sejenis sama yang dibuat Amerika Syarikat era Obama? 

Jika tidak apa, adakah Amerika Syarikat akan drones kita semua sampai jadi 'padang jarak, padang terkukur' macam baru kena langgar Garuda, macam yang sedang diperlakukan di Pakistan, Afghanistan, Yemen dan Somalia?


Tentunya menarik jika kita dapat tahu apa yang sebenarnya yang telah dilaporkan oleh CEO berita laman sesawang Malaysiakini, Premesh Chandran?

Persoalannya, kenapakah jika seseorang yang dituduh mahu membabitkan Amerika Syarikat, dengan menghantar laporan kepada FBI boleh ditahan secara pantas dibawah SOSMA, kenapakah pula, ini tidak?

Bukankah menjemput campurtangan asing, seperti hal yang berkenaan dengan Islam, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam, contohnya, bakal menyebabkan tercetusnya keganasan?

The Chain of Command untuk 'drones war'-Susan Rice juga ialah wanita yang diapit Steven Thiru dan Nisha Ayub, tentu mereka 'bangga'

Bukankah kita semua, rakyat Malaysia patut pada setiap masa bertaat setia dengan Yang di-Pertuan Agong? 

Bukankah jika campurtangan Amerikat Syarikat itu kelak, jika berupa military intervention, preemptive strikes, friendly fire dan drones, bakal memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan Malaysia?




Kita harap Menteri KDN kita kekal tegas dan Pejabat Peguam Negara pasca Gani Patail berjaya mengekang elemen-elemen subversif sebelum ianya membarah dan membawa parah kepada kita semua!

Friday, 20 November 2015

"Zina OK, Nikah Tak OK?" Adakah Itu Blower Anwar Ibrahim NOW Mahukan?


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 adalah berorentasikan  ekonomi dan kebajikan. Hasil  keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi tanpa sebarang pergantungan kepada geran kerajaan digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan, termasuklah Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN melibatkan lebih 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang.

Baru-baru ini, YaPEIM telah dikritik teruk kerana menganjurkan program "Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan" pada Disember tahun lepas.

Kritik tersebut dimulakan oleh syarikat RM2, Oversight And Whistleblower Sdn Bhd (NOW) yang ditubuhkan secara bersama oleh Rafizi Ramli dan Akmal Nasir, dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebuah parti politik yang dipimpin secara de facto oleh Anwar Ibrahim.

Akmal Nasir, salah seorang pengarah esekutif NOW, yang mengaku dirinya whistleblower (selepas ini akan dirujuk sebagai BLOWER bagi memendekkan ruang penulisan) tergamak menyoal,"Apakah rasional menganjurkan kursus perkahwinan untuk pelajar?" 


Lumrahnya, pelajar-pelajar kita di barat belajar pendidikan Islam secara formal hanyalah setakat ketika di sekolah dahulu. Dengan bekalan pengajian agama sekadar itu sahaja, adalah sukar untuk mereka menghadapi cabaran kehidupan di barat. Tidak ramai asatizah kita yang tinggal di sana, dan ini lebih menyukarkan bagi para pelajar untuk mencari tempat bertanya dan belajar perihal keagamaan. Jika dibiarkan mereka merujuk kepada orang luar, tidak kita ketahui sejauh mana kebenaran pegangan agamanya. 

Dan kebetulan permintaan terhadap kursus tersebut datang daripada para pelajar SANTUN yang sedang melanjutkan pelajaran di Paris, jadi persoalan sama ada kenapa Paris di pilih tidak lebih daripada retorik dangkal berniat jahat semata-mata?!

Yang lebih membimbangkan pada usia muda belia sebegini, ramai di antara para pelajar juga akan mula terjebak dalam dunia percintaan. Dengan cara hidup bebas tanpa pengawasan ibu, bapa dan saudara-mara, ditambah pula dengan kehidupan suasana barat yang meraikan kebebasan untuk berzina dan bersekedudukan, teramatlah perlu bagi mereka untuk menghadiri kursus sebegini.

Dalam kursus tersebut para pelajar didedahkan tentang tanggungjawab, peranan, dan hak yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pasangan sebelum berkahwin, cabaran semasa hidup berumah tangga, dan selepas perkahwinan terbatal (bab cerai dan rujuk). Para pelajar akan mempelajari ilmu-ilmu berkenaan rumahtangga, termasuklah hukum hakam fardhu ain dan fardhu kifayah yang berkaitan, dan urusan ekonomi rumahtangga. Mereka perlu faham bahawa terdapat checklist yang perlu dipenuhi sebelum berumahtangga dari segi fizikal, mental, kewangan dan pendidikan agama, mudah-mudahan perkahwinan mereka kelak bahagia dan berkekalan.


Sekiranya mereka sudah bersedia dalam semua segi dan sudah sampai jodoh, insyaAllah kursus perkahwinan ini bakal memudahkan urusan mereka untuk bernikah. Terdapat perbezaan dalam pengurusan prosedur perkahwinan di perantauan dan mungkin bakal mengelirukan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di sana. llmu ini amatlah penting untuk mereka pelajari. Pelajar-pelajar yang telah menyertai kursus ini juga boleh menjadi tempat rujukan bagi membantu sahabat dan kenalan lain yang ingin berkahwin di perantauan, meskipun mereka tidak berpeluang untuk memanfaatkan ilmu itu pada perkahwinan mereka sendiri.

Adakah tidak rasional bagi pelajar-pelajar miskin diperantauan menghadiri kursus perkahwinan seperti yang telah diusahakan oleh YaPIEM sehinggakan NOW sanggup "memutar-belitkan fakta untuk menfitnah?"

Thursday, 19 November 2015

Isu Yapeim: Jamil Khir fail saman Akmal

Setelah memberikan tempoh beberapa hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak memfailkan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir.

Ia berhubung satu kenyataan mendakwa Jamil Khir menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai perjalanannya ke luar negara.



Saman itu difailkan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Jamil Khir sebelum ini menuntut Akmal untuk membuat permohonan maaf dan memberikannya tempoh sehingga hari ini untuk berbuat demikian.

Sehingga hari ini, tiada permohonan maaf dibuat oleh Akmal.

Dalam saman itu, Jamil Khir selaku plaintif menamakan Akmal atau nama sebenarnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai defendan.

Sementara itu berdasarkan pernyataan tuntutan, kenyataan yang dikeluarkan Akmal bertajuk 'Jamil Khir guna wang Yapiem biaya perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah dengan jumlah RM410, 978, 56' adalah berunsur fitnah dan tidak benar.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat 13 November 2015 melalui kenyataan kepada media dan umum serta laman web dan laman sosial Facebook.


Plaintif mendakwa, kenyataan tersebut perkataan fitnah, diterbit dan dipapar secara sensasi dan bertujuan menaikkan kemarahan serta menanam kebencian rakyat kepada plaintif.

Sehubungan itu plaintif menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan yang memburukkan dan memfitnah plaintif.

Turut dituntut, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook dan akhbar tempatan.



http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-yapeim-jamil-khir-fail-saman-akmal-1.453459

Wednesday, 18 November 2015

NOW Penyambung Lidah Politik Fitnah Pakatan Harapan?!

Politik sememangnya jijik. Namun sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia digemparkan oleh satu cubaan dengan memutar-belitkan fakta yang digerakkan oleh parti-parti politik pembangkang. 

Terbaru sebuah institusi perniagaan Islam, Yapeim yang berteraskan konsep amal jariah dengan sumbangan kepada masyarakat  menjadi mangsa serangan.


Berbekalkan “dokumen curi”, Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, merangkap pengasas dan pengarah esekutif NOW bersama dengan Akmal Nasir, Pengarah Strategi AMK Pusat terlibat dengan serangan terhadap Yapeim ini.
 
 NOW, Oversight And Whistleblower Sdn Bhd, sebuah syarikat RM2 yang menjalankan aktiviti mengutip derma dan kebal undang-undang sedar akan mileage politik yang dapat mereka raih dengan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap badan-badan agama seperti Yapeim.

Atas tiket itu, NOW tanpa segan silu dengan menggunakan dokumen-dokumen ini yang diperolehi dengan cara yang paling tidak beretika mula menyerang Yapeim dengan “memutar-belitkan fakta bagi menfitnah”.

Tanpa merujuk kepada pihak Yapeim untuk penjelasan sebenar, NOW mendedahkan butiran dalaman yayasan tersebut melalui beberapa kenyataan akhbar dan keratan dokumen yang dikongsikan dalam media sosial dan diviralkan.
 

Hari ini, Yapeim telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu dikhuatiri “boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu” yang telah banyak membantu ekonomi orang Islam. Namun NOW yang teridiri daripada ahli-ahli Pakatan Harapan seperti tidak menghiraukan nasib 120, 000 peniaga kecil Islam yang terdiri daripada golongan miskin dan terpinggir yang cuba berjinak-jinak dengan sepak terajang dunia perniagaan melalui pembiayaan dan latihan perniagaan yang disediakan oleh Yapeim. 

Bagi NOW nasib golongan marhaen ini bukanlah keutamaan perjuangan mereka. Yang penting ialah agenda politik jijik mereka tercapai dengan apa cara sekalipun.

Nampaknya kepada kumpulan pembangkang yang suka menamakan diri mereka sebagai harapan kepada rakyat Malaysia, kononnya alternatif kepada kerajaan sekarang hanya tidak lebih daripada sekumpulan pembuli yang sanggup berbuat apa saja, termasuklah dengan menggunakan “dokumen curi” untuk mencapai matlamat hegemoni politik yang mereka idamkan.

Friday, 13 November 2015

Retort to Farouk Peru-Lukman Sheriff

Dear Farouk A. Peru


Your writing is erroneous and misguided lending credence to a false siege mindset on the practice of Islam in Malaysia.

Please be informed that Jakim does not have the power to "tangkap khalwat" and has no officer for the same. It does not have enforcement powers and has never prosecuted anyone for khalwat. 

Khalwat is a legal jurisdiction given to various state religious authorities and there is no law empowering Jakim to conduct and prosecute for khalwat. Your misrepresentation that their "favourite activity is tangkap khalwat" is not only erroneous but a false mischievous mala fide allegation. As an honorable person please withdraw your statement and rectify the article.



The basis of your many assertions in the article seems to stem from your well known continued angst against the religious authorities having jurisdictions over Muslims personal conduct to the point of you calling them islamofacists. Your criticism of their role on khalwat, Shiahism, liberal islam and Isis again bore fruit of your intent.

Please be informed that your assertion is diametrically opposed to the Islamic governance established by our constitution. It is an unfair misguided and erroneous understanding of our constitution. As you are aware, our constitution recognizes the pre existing Islamic governance practiced long before merdeka. Being a scholar you would have known that the state and the sultan have been regulating personal matters like Zina since Kanun Melaka of the fifteenth century. It's a practice adopted in many other states since and even recognized by the British.

When the constitution was promulgated and enacted, this practice was seamlessly adopted and continued until today. Muslims in general have never had an issue with this manner of governance. In fact as you may already know many Muslims are clamouring for more Islamic governance with the demand of hudud. To claim therefore that our religious authorities are islamofacists because of their governance on personal matters are a blatant misrepresentation of the Islamic governance recognized by our constitution and the people. To be blunt it is you who are seeking a change of the constitution against the demands of the Muslims here.

Farouk Peru Bersama Idolanya, Noor Farida Ariffin (G25)
Your other assertions on Shiah'ism, liberal Muslims and Isis are equally misguided and misrepresenting of what we are. Muslims here know how deadly and dangerous the Shiah Sunni schism can be and have no issue on the curtailment of the spread thereof holding firmly on the Sunni doctrines. On the "hostility of liberal Muslims" referred to in your article, you have failed to mention that it is them who have challenged many of the long held Islamic traditions and governance in courts and public forum including the Allah issue. Your omission that these challenges have been held to be unconstitutional reflects very much the selective facts on this matter. 

And finally your assertion on ISIS is self contradictory with your Shiah Sunni earlier argument. ISIS arose out of the Sunni Shiah conflict in Syria and Iraq which Jakim themselves sought to curtail. You on the other hand want this division to thrive and not be contained. You know that the Shiah Sunni schism arose out of a political conflict and has been unresolved for thousands of years. To feign ignorance of this fact shows a total disregard on the well being and harmony of the Muslims here and pay scant regard to avoid ISIS scenario occurring here.

I trust you would rectify the erroneous mistake in your article and thank you in advance in rectifying the misconception.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153049759962820
set=a.53657402819.76092.669402819&type=3&fref=nf

Wednesday, 11 November 2015

Tutup JAKIM : Tun M Kata Tawfik G25 & Pengikut Cadangannya (termasuk TMI) Gila

Kewartawanan sampah diamalkan sekali lagi oleh TMI. Tun Mahathir cakap perkara lain, mereka meletakkan tajuk seolah-olah Tun M bersetuju JAKIM ditutup.




Sebenarnya, Tun M mengatakan sesiapa sahaja yang mencadangkan JAKIM ditutup, otak orang yang mencadangkannya sedikit tidak betul. Jika yang mencadangkannya dirujuk mempunyai otak tidak betul tidak betul, yang bersungguh-sungguh mencadangkan serta mencari publisiti murahan dengan cadangan tersebut juga dikalangan mereka dengan otak yang tidak betul.



Terima kasih Tun M.

TMI benar-benar memalukan.

Tuesday, 10 November 2015

Alcohol Free Deepavali & Wiski Menteri Tawfik G25

Hari ini, penganut Hindu menyambut Deepavali. Malaysia Hindu Sangam, sejak beberapa hari yang lepas, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak penganut Hindu supaya sedaya upaya menjauhi minuman keras pada masa perayaan tersebut. Mereka juga berusaha keras supaya dikurangkan publisiti dan iklan di dalam media-media arus perdana yang berorientasikan penggunaan dan pengiklanan alkohol yang memabukkan. 

Kempen Alcohol Free Deepavali turut memuatkan kenyataan berikut :


"May this auspicious day kills the demon within us and seed love and humility for all"




Minuman keras lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan itu sendiri. Usaha menjauhkan rakyat Malaysia dari minuman keras adalah satu usaha yang terpuji. Mabuk dan kemabukan itu sendiri tidak membawa apa jua bentuk kebaikan.

Gambar Hiasan : Sekumpulan Orang Bakal Mabuk

Pada ketika Malaysia Hindu Sangam berusaha keras mengajak penganut Hindu menjauhi alkohol, seorang Melayu perasan prominent yang menganggotai Gagalis 25 (G25) pula berfikir sebaliknya. Dalam temuramahnya yang dipetik oleh The Malaysian Insider, Tawfik Tun Dr Ismail, menceritakan perihal situasi Malaysia yang menjadi idamannya. Malaysia yang ideal bagi Tawfik Tun Dr Ismail ialah Malaysia di zaman sebelum wujudnya JAKIM di mana para Menteri bebas minum wiski. 

Hairan benar, ketika mana Malaysia Hindu Sangam mahu penganut Hindu menjauhi alkohol, muslim perasan prominent seperti Tawfik Tun Dr Ismail dari kumpulan Gagalis 25 (G25) mahu hak minum wiski orang-orang Islam tidak dicampuri dan ditegah oleh Agensi Agama.

Apa masalah Tawfik dari kumpulan Gagalis 25 ini sebenarnya?











Monday, 9 November 2015

Tawfik Ismail G25 Mahu Malaysia Kembali Ke Zaman Menteri Mabuk Wiski

G25 ialah kumpulan orang pencen mahukan perhatian. Semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, nama- nama yang menyertai G25 terlibat dalam meluluskan IPP yang menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit saban tahun. Malah, Dato' Farida Ariffin juga gagal menjalankan tanggungjawabnya mempertahankan Kedaulatan Negara sehingga Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura. Ada laporan yang menyatakan bahawa bahan bukti bergambar yang digunakan pasukan Farida ialah foto palsu yang dimuatturun dari internet.

G25 ialah sekumpulan manusia Gagalis. Gagal dalam banyak tugasan yang pernah diberikan kepada mereka semasa mereka seharusnya memperkasakan Kerajaan dari dalam. Kini, mereka diluar, berlagak seperti hero. Seperti pepatah Melayu, ibarat Ketam Batu mengajar anaknya jalan betul.



Kini mereka cuba pula menjadi hero dan heroine tercandu perhatian yang sangat diperlukan mereka.

Dalam temuduga bersama Malaysian Insider, Tawfik Ismail, anak Allahyarham Tun Dr Ismail, beliau mencadangkan supaya JAKIM dimansuhkan dan beliau mahukan supaya amalan personal orang-orang Melayu jangan turut diganggu oleh agensi-agensi agama seperti JAKIM.

Beliau mahu Malaysia untuk undur berpuluh tahun ke belakang ke zaman di mana rumah keluarganya boleh menghidangkan minuman keras untuk dijamu pada menteri-menteri yang hadir.

Versi Malaysia undur ke belakang dengan menteri kabinet mabuk wiski itu adalah versi Malaysia idamannya.

Dibesarkan di dalam rumah penuh wiski, maka tidak hairanlah Tawfik Ismail selesa bersama Gagalis 25.

2 orang dari Gagalis 25 sudah pun kembali ke Rahmatullah. Baki Gagalis 25 bukanlah masih muda remaja. Ke mana sahabat mereka pergi, ke situ jugalah mereka akan turut serta.

Cukup-cukuplah dengan isu IPP yang membebankan negara dan hilang kedaulatan negara hasil tangan Gagalis 25 ini. 

Nasihat terbaik tidak mungkin kita akan dapati daripada mereka yang pernah gagal kecuali nasihat supaya manusia jangan meniru perbuatan mereka.

Semoga Tawfik diberikan Taufik dan Hidayah.