Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 28 October 2015

A Response To Zurairi AR's Tax Tale-Redwan Rodriguez

This is to respond to Zurairi's article "Do you know where your tax money is going?" which was posted on Malay Mail Online, dated October 25 2015. Don't get misled with the title. I personally believe that Zurairi's article isn't about educating people on government tax expenditure, but to incite the readers to hate Jakim. The whole article seems to vilify Jakim, and to show how terribly 'wasteful' it is to spend on Jakim.


No matter how Zurairi feels about Jakim receiving the financial support from the government, it doesn't affect Jakim's right for it. The Federal Constitution obliges Putrajaya to finance Jakim, and the government must include Jakim's expenditure in the budget each year. Why is it so?
The word "Islam" or its derivative appeared more than 20 times in the Federal Constitution of Malaysia, in nine different articles. The most prominent one of those articles is Article 3, where it says Islam is the religion of the Federation. This is a very important declaration. If we read Article 3 with Fourth Schedule, the oath of the Yang di-Pertuan Agong, it is clear that Yang di-Pertuan Agong, the supreme head of Malaysia has a constitutional duty to protect and promote Islam.
So how does Yang di-Pertuan Agong realize this oath of his? You got it right. Of course through Jakim, the main agency to manage Islamic affairs at the Federal level. Meaning, every cent allocated to Jakim is for Yang di-Pertuan Agong to realize his oath. So questioning and ridiculing the budget allocated for Jakim to run is tantamount to questioning and ridiculing Yang di-Pertuan Agong and his oath, although I earnestly believe that he has no intention to insult Yang di-Pertuan Agong intentionally. 
 
 
Jakim has its constitutional right to receive its funds from the government. No one has the right to complain about it. Our Federal Constitution of Malaysia doesn't oblige the government to fund the vernacular schools, yet that doesn't stop the government to fund the schools. For the sake of the discussion – although we dispute such assertion - suppose one were to agree that it is the right for any layman to ridicule the government for its budget allocation, we have more rights to voice our disapproval of the allocation for the vernacular schools.
The government has more obligations to spend on Jakim instead of the vernacular schools.  Article 12(2) clearly states, ”… it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.” Jakim presence is in accordance with the Federal Constitution of Malaysia while the vernacular schools aren't.
Zurairi kept repeating the phrase "your money" several times in the article. He seems to insinuate something. What is he trying to do? The phrase could plant a feeling of disgust in the hearts of the readers, especially among the non-Muslims, towards Jakim since a part of "their money" is allocated for Jakim . Does he want the non-Muslim readers to perceive Jakim as their enemy? Does he want the non-Muslims to express their disgust towards religious authorities and Yang di-Pertuan Agong's oath?
 
 
 
Zurairi wrote, "You might remember its Malaysian Shariah Index, which among others surveyed whether the government has succeeded in preventing the spread of Christianisation."
So what? The Article 11(4) of the Federal Constitution of Malaysia does mention, " State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam. That's Jakim for you and me. Jakim is just doing its job, to restrict and to control any proselytization attempt towards Malaysian Muslims. Insinuating the readers to hate Jakim for preventing the spread of Christianization is the same as waging war against the Article 11(4) of the Federal Constitution of Malaysia itself.
I can’t help but to ask this question, “Do Zurairi and Malay Mail Online really have a hidden agenda to provoke the readers to wage war against the Federal Constitution of Malaysia and the Yang di-Pertuan Agong's duty to protect the sanctity of Islam as vested by the constitution itself?”
 
Redwan Rodriguez adalah pembaca bangkit.info

Monday, 26 October 2015

Zaid Ibrahim & Konsep Islamofasisme Barat!

Zaid Ibrahim bekas ahli UMNO merangkap mantan ahli PKR merangkap ahli KITA (mantan?) meroyan lagi sempena perasmian buku baru beliau. Setelah anaknya Ezra Zaid Ibrahim dilaporkan mungkin bakal dipenjarakan kerana menerbitkan buku tokoh LGBT Kanada, Irshad Manji, Zaid Ibrahim kelihatan seperti tidak keruan jadinya.

Kali ini beliau mahu setiap Muslim berani memberikan definisi kepada 'Islam' mengikut kaca mata mereka sendiri. Katanya 'After all, at the end of the day it is about our life, about our happines and comfort in our relations with the Maker Allah Subhanu Wa Ta'aala'.


NGO yang telah difatwakan sesat Sisters In Islam (SIS) juga pernah berkata tentang perkara yang serupa. NGO liberal Islamic Rennaisance Front (IRF) dikhabarkan mahu terjemahan yang polos kepada nilai-nilai Islam dengan menidakkan hegemoni institusi-institusi agama atau tokoh-tokoh ulama kebangsaan.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa 'Any other definition of the Islamic way is fascism with a new name'.

Sebelum ini Barat sering mahu melabel mana-mana pendekatan Islam yang tidak selari dengan idea sekular dan liberal mereka dengan label fasisme yang sama.

Islamofasisme terma jahat yang dicipta Barat kini telah diguna-pakai pula Zaid Ibrahim. Syabas Zaid Ibrahim dan selamat berjual buku!


Thursday, 22 October 2015

Eric Paulsen BULI Liberti Bersuara!

Tindakan Eric Paulsen yang menyaman balas ISMA dengan menamakan juga Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sebagai defendan berdasarkan sebuah artikel “Jangan biarkan Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan” dilihat ramai sebagai satu bentuk buli peringkat tertinggi.

Usaha terdesak aktivis Lawyers For Liberty itu dilihat ramai sebagai sebuah tindakan penuh hipokrasi malah ianya berjaya menelondehkan wajah sebenar peguam terbabit dan NGO yang dipimpinnya itu sebagai sebuah pertubuhan batil dan munafik.



Eric Paulsen yang sering ditegur kerana dituduh sering menghina Islam dengan tweet-tweetnya yang melampau terutama sekali apabila menuduh 'JAKIM is promoting extremism every Friday' seperti yang pernah ditegur keras oleh Centre for Human Rights, Research and Advocacy' (CENTHRA) dan Concern Lawyers for Jusctice (CLJ) pada 12 Januari 2015.

'We note that this tweet is but the latest in a series of tweets by him and LFL that result in further undermining of the position of Islam enshrined within the Federal Constitution as well as having a negative effect of incitement against the Malay Muslim majority population in Malaysia and a chilling consequence for race and religious relations between different classes of the population of our nation.'

Dengan itu sebaiknya, kami mengalu-alukan perbuatan pejuang kebebasan bersuara hipokrit seperti Eric Paulsen yang nampaknya seperti kurang senang apabila orang lain bebas bersuara 'sepertinya'.


Makanya, kepada Eric Paulsen, elok dikatakan kepadanya, 'see you in court'!




http://www.malaysia-today.net/condemning-eric-paulsens-tweet-suggesting-jakim-promotes-extremism/

http://www.ismaweb.net/2015/02/jangan-biar-eric-paulsen-bebas-tanpa-perbicaraan/

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/civil-liberties-lawyer-counter-sues-isma-for-defamation

Wednesday, 21 October 2015

Usaha Gerakan Mencabar Hudud Kelantan Ditolak!

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan parti Gerakan untuk memulakan petisyen bagi mencabar perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan watikah perlantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zaharah Ibrahim pada majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi di Singgahsana Kecil Istana Negara-Mstar

 
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas yang mencukupi untuk pemohon memulakan tindakan berkenaan.

Kes bermula apabila Mei lalu, Gerakan memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan enakmen itu yang lebih dikenali sebagai hudud di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Gerakan mahu membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi membincang dan memutuskan persoalan undang-undang, sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).




 http://www.ismaweb.net/2015/10/mahkamah-tolak-permohonan-gerakan-cabar-hudud/

Thursday, 15 October 2015

Nabi Isa Pemberontak & Komunis? Apa Yang Projek Sesat Ini Mahu?

Berikut merupakan tulisan yang kami petik dari Blog Satuhala. Penulisan ini merupakan satu templakan kepada penulisan di dalam laman web Projek Dialog Sesat yangdimuatkan baru-baru ini.

Berikut penulisan sebagai jawapan tersebut :


****************************************************************************
oleh Imran Haaz


Apa yang ingin disesatkan Projek Dialog Sesat dengan artikel semalam?

Semalam Projek Dialog Sesat memuatkan sebuah artikel bertajuk :

ISA BUKAN KONSERVATIF BERKULIT PUTIH : ISA PEMBERONTAK BERBANGSA YAHUDI PALESTIN



Pertama mereka menulis berdasarkan pembacaan kepada beberapa penulisan dan makalah terbitan barat seperti tulisan Ben Norton yang bertajuk Jesus Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident” dan beberapa penulisan lain.

Apa yang mereka ingin sesatkan?

1. Isa itu pemberontak di zamannya menurut mereka. Mereka menyamakan perjuangan Nabi Isa a.s. dengan gerakan pemberontakan.

2. Flip Flop penggunaan nama antara Isa dan Yesus dilakukan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.

3. Dengan menggunakan nama Isa ketika menceritakan kisah penyaliban berbanding Jesus di dalam penulisan tersebut, mereka cuba menyuntik doktrin bahawa Nabi Isa a.s. mati ditiang penyaliban. Mereka cuba membawa tafsiran sesat yang diimani sesetengah pihak ke dalam perwatakan Isa al Masih yang diimani orang-orang Islam.

4. "Hakikatnya, mengikut piawaian hari ini, Yesus akan dianggap sebagai komunis". Ini kata mereka di dalam artikel tersebut. Tujuannya sama seperti teknik propaganda penyekutuan tokoh terbilang zaman dahulu dengan naratif-naratif songsang. Ia untuk melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan Kosher dan  mengabsahkan perjuangan sesat lagi merosakkan yang sedang mereka perjuangkan.

5. Menyembunyikan fakta bahawa Jesus menolak LGBTIQ di dalam Bible dengan mengatakan perkara berikut : "...namun beliau tidak pernah anti-gay, tidak pernah menyebut tentang pengguguran kehamilan atau kawalan kelahiran..."

Sama ada kenyataan itu dilakukan dengan sedar atau dibuat kerana terlalu naif tetapi cuba berlagak pandai, yang nyata, Yesus yang dirujuk mereka di dalam Bible tidak pernah menolak hatta satu hukum pun di dalam hukum-hukum Taurat nabi-nabi sebelumnya.

Yesus menyebutnya dengan jelas di dalam Matius fasal 5 ayat 17 - 18 :

"Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

5. Penulisan itu juga cuba menggambarkan secara salah konteks apabila membicarakan tentang Yesus yang menolak hukuman badan ke atas kesalahan-kesalahan tertentu. Jelas mereka menafikan perkataan Yesus yang diimani oleh orang-orang Kristian sendiri di dalam Matius Fasal 5 ayat 17 hingga 18 di atas.

Apa yang mereka inginkan dari penulisan ini?

1. Menyamakan pemberontakan golongan mereka terhadap otoriti agama sama seperti perjuangan para Nabi terutamanya Nabi Isa a.s.

2. Menggunakan Isa al Masih dan menekankan aspek baginda dengan wajah Asia, mereka  sedang cuba mendapatkan sokongan supaya golongan Kristianberwajah Asia yang ditolak Jesus untuk didakwahkan di dalam Matius fasal 15 ayat 24 hingga 26 seperti berikut :

Matius Fasal 15 ayat 24 hingga 26:

Jawab Yesus : "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.” Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah dia sambil berkata : "Tuan, tolonglah aku.” Tetapi Yesus menjawab : "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing.” Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."

3. Sabitan seperti ini dibuat supaya golongan Kristian merasakan mereka mempunyai tanggungjawab perjuangan untuk menyokong kerja-kerja Projek Dialog Sesat.

4. Menghalalkan semua bentuk gerakan pemberontakan seperti kebangkitan golongan komunis satu ketika dulu sebagai satu perjuangan suci dan murni sama seperti perjuangan golongan nabi dan rasul.

5. Menghalalkan LGBTIQ dengan sengaja menyembunyikan pesan Jesus sepertimana golongan Kristian awal percaya di dalam Bible di dalam Matthew fasal 5 ayat 17 dan 18.

6. Agenda menanamkan mesej subliminal dan bawah sedar seolah hukuman badan yang bakal dijalankan melalui perlaksanaan hudud suatu hari nanti, ditentang figura yang diagungkan Kristian.

Ini bukanlah kali pertama Projek Dialog Sesat ini cuba menyesatkan pemikiran ramai dengan penulisan-penulisan serta agenda-agenda sesat. Mereka terus melakukannya kerana pihak yang diamanahkan untuk menjalankan kuasa undang-undang, tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sekiranya terlihat mana-mana pihak menyebarkan penulisan-penulisan serta artikel dari Projek Dialog Sesat, sila maklumkan kepada mereka supaya tidak memberikan promosi percuma kepada mereka, kecuali dengan menjelaskan serta memberikan jawapan balas kepada kesesatan yang cuba disebarkan.


Pautan asal :
http://satuhala.blogspot.my/2015/10/projek-dialog-sesat-jesus-disamakan.html

DAP Ibarat 'Rumah Gila Soviet'!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau, hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Negeri setelah 20 tahun berkhidmat, sehari selepas penyingkirannya daripada Jawatankuasa DAP Johor.
 
Sambil menyifatkan kepemimpinan parti sekarang sebagai ‘rumah gila Soviet”, dia menuduh mereka tidak mampu bertolak ansur dengan pandangan yang bertentangan dengan pendirian parti.



“Saya akui bahawa ia adalah satu kesilapan terbesar saya untuk membuka pintu Johor kepada jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya umum lepas.

“Ianya menghinakan kerana pengkhianat-pengkhianat ini telah lupa akan usaha saya selama ini yang telah mengembangkan parti ini daripada peringkat akar umbi.

“Saya tidak meminta ucapan terima kasih tetapi mereka tidak perlu membunuh karakter saya. Lebih teruk lagi, pengkhianat ini adalah sekutu rapat saya suatu masa dahulu, ” katanya di pejabatnya di Skudai di sini, semalam.

Gejala ‘tikam belakang’ dalam DAP telah bermula sejak pilihan raya pada 2013.

“Saya telah diperli, terutama oleh pemimpin yang lebih muda dan diketepikan ketika acara dan aktiviti DAP di sini selama lebih dua tahun yang lalu,” kata Dr Boo, sambil mendakwa ada arahan bertulis terhadapnya supaya dia dilarang daripada menyertai mana-mana acara dan hal ehwal dalam kawasan pilihan raya yang lain.

“Malah mereka yang menjemput saya kadang-kadang diberikan amaran keras,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/10/kepemimpinan-dap-ibarat-rumah-gila-soviet-adun-dap/

Wednesday, 14 October 2015

Najis Di Tocang Azmi Shahrom & Boo Su Lyn

Ben Yaacob

Semakin hari, semakin ramai golongan Pelampau Liberal keluar mendedahkan sisi-sisi bangang mereka. Berkokok berdegar-degar ekor bergelumang tahi.

Dua minggu lepas, seorang wartawan tidak beretika bernama Boo Su Lyn yang kebal dari sisi undang-undang melebihi kekebalan Majlis Raja-Raja kerana tidak berani disentuh Dato' Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN, telah mengkritik kewujudan beberapa Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta ianya dihapuskan. Beliau menulis dan membuat komen mengenai penghakiman kes Ezra Zaid yang menterjemahkan buku sesat Irshad Manji.

Boo Su Lyn menyatakan perkara berikut berkenaan buku sesat yang ingin beliau pertahankan di dalam penulisannya :

I’ve not read the book, but a review (http://www.newrepublic.com/book/review/allah-liberty-love-irshad-manji) by Omar Sultan Haqu postdoctoral fellow at Harvard University, indicates that Allah, Liberty and Love questions “conformist religiosity” and that Manji belie having progressive ideas will allow Muslims to break taboos against things like killing apostates or gay people, or treating non-Musli equally. Muslims can think for themselves and use reason to dissent from mainstream religious opinion, according to Manji, who’s al feminist. 

Beliau tidak membaca buku tersebut tetapi berkokok berdegar-degar mempertahankannya hanya dengan membaca review yang dilakukan pihak ketiga. Bacalah dulu sebelum berkokok!

Malah dengan muka tebal, beliau membuat dakwaan dengan cadangan bahawa pihak berkuasa agama mengambil tindakan tanpa membaca buku tersebut terlebih dahulu. Jika beliau tahu menggunakan google dengan betul, tentu sahaja apabila tajuk "Allah, Kebebasan dan Cinta" ditaip, carian google akan menempatkan pada kedudukan teratas penulisan Ustaz Mohd Aizam Mas'od dari Seksyen Akidah JAKIM yang membedah dan mendedahkan kerancuan pemikiran Irshad Manji di dalam buku tersebut. 

http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Brave-New-World/Profile/Articles/2015/10/14/A-literalist-interpretation-of-the-law-Recent-judgments-have-an-impact-on-basic-freedoms-such-as-tha/
Boo Su Lyn mungkin antara kolumnis Malay Mail yang pemalas dan mungkin makan gaji buta dengan menulis tanpa memeriksa, menyiasat dan meneliti apa yang ingin disentuh olehnya terlebih dahulu. Tetapi, satu kehebatan Boo Su Lyn yang tidak boleh kita nafikan ialah, beliau kelihatan lebih kebal dari Majlis Raja-Raja sehinggakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi, kecut perut untuk mengambil tindakan  ke atasnya. 


Najis Di Tocang Azmi Shahrom
Kemudian, keputusan semakan kehakiman mengenai keabsahan Akta Hasutan 1948 berkait Azmi Shahrom pula diputuskan.


Alhamdulillah, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Lalu melalak, melolong dan berkokoklah seantero dunia, Professor bertocang ini mendedahkan sisi bangang dirinya ketika cuba mengulas Penghakiman Kes Ezra Zaid. Beliau mengkritik penghakiman tersebut tetapi dalam masa yang sama menulis perkara berikut :

I have not had access to the judgment but according to reports they held that the Selangor Enactment was not about expression as such, and more about the punishing acts that go against the “precepts of Islam” which the states are Constitutionally allowed to make law on.


Membaca kedua-dua artikel penulisan Azmi Shahrom dan Boo Su Lyn, amat jelas terpampang kepada rakyat bahawa inilah kualiti minda dan keupayaan golongan pelampau liberal yang sering berkokok kuat tetapi ekor mereka bergelumang tahi. Tetapi, pepatah itu sesuai untuk ayam. Untuk memanusiakan peribahasa tersebut, mungkin 'Menyalak berdegar-degar, tetapi tocang rambut bergelumang Najis."

Nama sahaja Professor, tetapi Penghakiman yang boleh diakses seantero dunia dengan hanya menggoogle pun tidak tahu. Patutlah ranking universiti Malaysia di tempat cencorot bersembunyi. Rupanya Professor-Professor sebeginilah  yang merosakkan ranking universiti Malaysia. Elok Universiti Malaya tubuhkan Fakulti Seni Tocang untuk diketuai Professor ini. Pemalasnya, Ya Ampun...

Prof Azmi dan Boo Su Lyn yang lembam google, biar kami bantu :

Link Penghakiman kes Ezra Zaid pada pautan berikut :



Link bedah buku Irshad Manji pada pautan berikut :


Kes Transgender-Matilda Bogner Jangan Hina Yang Di-Pertuan Agong!

Wakil Pejabat Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Asia Tenggara (OHCHR), Matilda Bogner tidak berhak untuk campur tangan dalam keputusan Mahmakah Persekutuan baru-baru ini berhubung isu transgender.
 
Ini berikutan Matilda dalam satu kenyataan mendakwa keputusan mahkamah telah mendiskriminasi dan melanggar hak mereka yang ingin menukar transgender.

Menyifatkan kenyataan Matilda itu sebagai talam dua muka, Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abd Khalid berkata Matilda tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan mahkamah.



“Kenyataan Matilda terang-terang merupakan satu percubaan untuk campur tangan dalam perkara kedaulatan sistem kehakiman negara dan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Bukan setakat itu, apa yang diperkatakan Matilda juga boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan institusi agama Islam Negeri Sembilan.

“Kenyataan beliau juga hanyalah satu percerminan daripada apa yang gagal diperjuangkan oleh penganjur-penganjur LGBT, Liberal dan seumpamanya di Geneva melalui tuntutan-tuntutan COMANGO,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Matilda berhubung keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada ketiga-tiga lelaki yang melanggar peruntukan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan baru-baru ini.

Susulan itu Matilda mendesak peruntukan Seksyen 66 itu diubah bagi menjaga hak asasi individu bersesuaian dengan standart hak asasi antarabangsa.

Bidas Tuan Luttfi, desakan Matilda ini tidak ada bezanya dengan komen-komen puak Liberal di tanah air yang sentiasa mencipta berbagai-bagai sebab dan alasan untuk mempertikaikan atau memperlekehkan apa sahaja yang melibatkan Islam dan umat Islam di negara ini.

Kini, kumpulan pendesak minoriti ini tidak segan silu membawa dan mengadukan kes mereka ke pihak luar pula.

“Apa yang sedih dan menghairankan mengapakah Matilda Bogner mendiamkan diri ketika mana Boo Su-Lyn menulis satu artikel di dalam portal berita Malay Mail Online bertarikh 2 Oktober 2015 yang terang-terang bersifat hasutan dan cuba memberi mesej supaya umat Islam mencabar Perlembagaan?
“Kenapa beliau tidak mengecam penerbitan artikel tersebut dan penulisnya?

“Justeru, kenyataan dan kritikan Matilda adalah berat sebelah, tidak berkredibiliti dan perlu ditolak. Ini kerana dia tidak berlaku adil dan jujur terhadap isu-isu keadilan, keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia,” katanya.




http://www.ismaweb.net/2015/10/kes-transgender-wakil-pbb-tak-berhak-campur-tangan-kehakiman-malaysia/

Monday, 12 October 2015

Dato’ Shafee Abdullah : Perlembagaan dan Bukan UDHR Menjadi Rujukan Mahkamah

Pada 29 September 2015, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengadakan seminar bertajuk SEMINAR On THE ROLE OF NHRIs IN THE PROMOTION OF HUMAN RIGHTS. Seminar bertempat di Putrajaya.

Antara pembentang tajuk ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. Tan Sri Shafee membentangkan kertas bertajuk AICHR and Its Workplan 2015-2020 sebagai wakil Malaysia ke AICHR (ASEAN Intergovernmental Comission on Human Rights).




Dalam pembentangannya, beliau menyentuh mengenai isu-isu tuntutan yang yang dirujuk sebagai tuntutan hak asasi manusia yang sedang hangat di Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa prinsip keadilan Mahkamah di Malaysia hanya akan mengambilkira perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menegaskan bahawa prinsip UDHR adalah tidak digunapakai di dalam sistem keadilan Mahkamah di negara ini.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dilihat selama ini gagal dalam menangani masalah pembunuhan serta genosid kemanusiaan besar-besaran di Palestin, Arakan (Myanmar), Syria, Iraq dan beberapa negara Islam yang lain, hari ini membuat kenyataan menyokong genosid kemanusiaan tanpa pembunuhan dengan menyokong perubahan undang-undang yang menjaga hak asasi manusia yang paling utama iaitu “Survival Bangsa Manusia”

LGBTIQ membunuh survival kemanusiaan itu sendiri. Reproduktif yang menjamin kelangsungan survival bangsa manusia menjadi terancam jika majority daripada manusia memilih jalan hidup sedemikian rupa.

https://www.malaysiakini.com/news/315425

Apabila Matilda Bogner cuba masuk campur dalam keputusan Mahmakah Persekutuan yang mengiktiraf Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan sebagai sah dari segi Perlembagaan, Matilda sebagai wakil PBB sendiri telah melanggar Perkara 29 Deklarasi Hak Asasi Manusia :

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Jelas beliau sendiri tidak faham bahawa masyarakat di dalam sesebuah negara berhak menentukan set-set moral tersendiri untuk perkara yang melibatkan maslahat umum.


Cina DAP Ekstrem Dan Melampau!

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan pendirian melampau dan ektstrem yang ditonjolkan parti rasis dan cauvinis DAP telah menimbulkan tanggapan buruk orang Melayu kepada kaum Cina di negara ini.

Ng Wei Aik adalah bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng
  
Beliau turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa DAP telah lama menyemai benih kebencian antara kaum terutama dalam kalangan Melayu dan Cina.

“Saya sokong kenyataan Liow Tiong Lai. Orang cina perlu faham bahawa mereka telah memberi mesej yang salah apabila menyokong DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net hari ini.

Dalam kenyataan Tiong Lai berkata pendekatan konfrontasi yang dipraktikkan DAP dan anasir radikal yang dilahirkan mereka akan membawa kerugian terutama kepada kaum Cina.

“Walaupun mereka sering melaungkan perjuangan yang meliputi semua kaum, namun DAP sebenarnya telah memperolok-olokkan dan membohongi rakyat dengan sering kali memainkan isu dan sentimen perkauman,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata pendirian dan ‘ego’ DAP seolah-olah menunjukkan semua orang Cina bersikap sama seperti parti itu sekaligus ia mencetuskan kepada ketegangan antara kaum.

Katanya lagi, MCA dilihat lebih memahami konsep permuafakatan antara kaum di negara ini, justeru parti itu berperanan untuk meneutralkan dan mencari jalan damai kepada perkara ini.

“MCA lebih faham pemuafakatan antara kaum di negara ini, sebab itu MCA boleh memainkan peranan yang lebih mendamaikan,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/10/rasisme-dap-punca-melayu-marah-cina/

Friday, 9 October 2015

Golongan Pondan Kata Mereka Menang Dalam Kalah

Ini merupakan pemerhatian dari wakil pihak kami di Mahkamah Persekutuan semalam.

Golonan pondan yang mendakwa diri mereka berpenyakit mental ini, apabila ditemuduga, mereka menganggap keputusan kelmarin merupakan satu keputusan berstatus MENANG DI DALAM KALAH.

Hujah mereka:
Sepanjang kes selama 4 tahun kes ini berlangsung, mereka telah berjaya mencapai perkara-perkara berikut :

1) Stigma masyarakat kepada golongan pondan sudah berjaya diubah. Jika dulu mereka dirujuk sebagai golongan pondan, kini mereka mula dirujuk sebagai golongan TRANSGENDER. Mereka berjaya lunakkan persepsi masyarakat dengan melunakkan label penggunaan label yang lebih mereka sukai ke atas mereka.

2) Mereka juga berjaya mengurangkan serbuan ke atas golongan serta aktiviti-aktiviti pondan dengan membudayakan satu budaya melawan setiap penahanan oleh pihak berkuasa diperingkat mahkamah sivil. Ini kaedah nyah-motivasi pihak berkuasa agama untuk menanamkan rasa sangsi dan gusar untuk melakukan serbuan dan tangkapan. Ia sebuah taktik untuk menakut-nakutkan.


3) Mereka berjaya menempatkan perjuangan golongan pondan ke peta arus perdana.

4) Golongan pondan kini tidak lagi bersembunyi dibelakang lorong-lorong tapi terkehadapan dalam menuntut hak untuk dilihat wujud dalam masyarakat.

Kes ini menyebabkan perjuangan tuntutan hak mereka sedikit goyang. Kenyataan yang dikeluarkan jurucakap mereka menyatakan perjuangan selama 4 tahun ini sangat memenatkan. Tetapi mereka tidak akan berhenti.

Jadi kepada kita semua di sini, kita perlu rapatkan saf dan tingkatkan kesabaran kita dalam kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar melebihi kesabaran pihak-pihak ini. Walaupun ternampak kemenangan, satu pesan yang sentiasa biasa diungkapkan ialah, terlihat kemenangan, Bukit Uhud jangan ditinggalkan.


PEMBELA Menyokong Sepenuhnya Keputusan Mahkamah Persekutuan



Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam dan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Kami dari pihak Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam ingin merakamkan perasaan bersyukur kami ke hadrat Ilahi dan menyambut baik keputusan demi keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengangkat kembali maruah kedudukan Islam kepada kedudukannya yang sepatutnya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan kes Ezra Zaid melawan Kerajaan Selangor dalam kes penerbitan buku yang melanggar hukum syarak dan terbaharu kes Transgender mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, menunjukkan dengan jelas bahawa Undang-Undang Syariah tidak bercanggah malah sah dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang tertinggi negara.

Pihak PEMBELA merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan ke atas para hakim yang terlibat di dalam penghakiman kedua-dua kes tersebut. Semoga rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama mereka-mereka yang berjasa kepada usaha mendaulatkan Islam di tanah air tercinta ini.

Bersama Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara.


Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)



Thursday, 8 October 2015

Alhamdulillah! Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan Kekal dan Sah

Sidang panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Raus, membuat keputusan dan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan di dalam penghakiman sebelum ini telah melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa Seksyen 66 enakmen tersebut sebagai tidak sah dari segi Perlembagaan.


Berikutan keputusan hari ini, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah kekal sah dari segi Perlembagaan. 

Tan Sri Dato' Dr Muhammad Shafee Abdullah ketika mengulas keputusan tersebut menyatakan bahawa, keputusan ini bukan hanya membuktikan penghakiman di peringkat Mahkamah Rayuan tertolak, malah ia turut menunjukkan Mahkamah Tinggi juga tidak seharusnya melayan tuntutan yang dibuat kerana ianya sepatutnya ditolak dari awal dengan mengambilkira kedudukan Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan.

Tan Sri Shafee turut menambah, sebarang usaha atau percubaan untuk mencabar mana-mana undang-undang negeri mestilah mengambilkira Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Implikasi keputusan ini menurutnya lagi ialah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah 1992 adalah kekal dan sah dari segi Perlembagaan.






Keputusan Kes Transgender Cabar Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan Petang Ini!

Petang ni (8 okt 2015) Mahkamah Persekutuan akan  bersidang dan membuat keputusan ke atas kes semakan kehakiman ke atas Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Seksyen 66 menjadikan kesalahan perbuatan lelaki berpakaian seperti wanita. Cabaran yang dibuat ialah untuk mengisytiharkan Seksyen 66 tersebut bercanggah dengan Perkara 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Jika kes ini umat Islam kalah, seksyen 66 tersebut akan diisytiharkan sebagai undang-undang yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini berlaku, dijangka akan berlaku ripple effects, di mana terdapat kemungkinan satu persatu seksyen yang sama di dalam undang-undang jenayah syariah negeri-negeri lain akan turut dicabar pada masa hadapan dan diisytiharkan tidak sah dari segi perlembagaan.

Kesan kepada umat Islam:
1) Golongan muslim yang terlibat dengan kes-kes berpakaian wanita akan mendapat

2) Masalah psikologi melibatkan kecenderungan lelaki berpakaian wanita dikalangan umat Islam akan bercambah dan tidak akan dapat dibendung melalui kaedah undang-undang.

3) Hak-hak umat Islam untuk menjalankan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dalam mengawal institusi keluarga sendiri akan dikategorikan sebagai usaha pencerobohan serta penindasan hak asasi jika cuba membetulkan ahli keluarga yang mempunyai kecenderungan masalah psikologi yang sama.

4) Tuntutan-tuntutan hak yang lain dari golongan transgender seperti menuntut tandas khusus dipusat membeli belah, pejabat-pejabat kerajaan akan dipergiatkan sebaik hak berpakaian sebagai wanita diiktiraf sebagai satu hak asasi yang sah dari segi perlembagaan.

5) tuntutan supaya Islam mengiktiraf kewujudan golongan ini.

6) tuntutan supaya semua bentuk polisi, undang-undang, serta sikap yang dianggap sebagai menceroboh hak mereka diubah.

Jangkaan kami mengenai kes ini:
Kami menjangkakan terdapat kemungkinan kes ini akan ditolak atas alasan teknikal iaitu salahguna prosedur mahkamah yang melibatkan Perkara 4(4) Perlembagaan.

Harapan kami :
Supaya umat Islam menyebarluaskan berita ini dan sama-sama mendoakan supaya para YAA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang bakal bersidang pada petang ini, mendapat ketenangan dan kekuatan untuk memastikan kedudukan Islam yang berdaulat di dalam Perlembagaan Persekutuan kekal dipertahankan.

Semoga kes ini dimenangi oleh pihak Islam. Amin..

Mufti Pahang & JAIP Tidak Perlu 'Kowtow' DAP!

Tulisan Wan Ji Wan Hussin yang antara lain mahu Mufti Pahang bersemuka dan berdialog dengan pihak DAP adalah sesuatu yang amat memalukan.

Cadangan beliau bahawa Mufti Pahang perlu berdialog dan jika tidak ianya akan memalukan lagi institusi mufti di mata umat Islam adalah sesuatu yang kelakar kerana pendirian Mufti Pahang mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan politik dan NGO Melayu dan Islam akar umbi.

Adakah Wan Ji Wan Hussin yang menulis pandangan-pandangan tersebut?

Malah kerajaan Negeri Pahang pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri telah menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Mufti Pahang yang mempertahankan isu kandungan khutbah Aidil Adha lepas.

DAP yang sedar keseorangan dan bakal dilihat sebagai sebuah parti yang sememangnya anti Islam jika parti tersebut meneruskan saman terhadap Mufti Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang berada di bawah Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang.

DAP jika berbuat demikian bakal berdepan dengan resam ‘menang jadi arang, kalah jadi abu’, bakal dilihat sebagai sebuah gerakan subversif yang mahu menggugat institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu dan Institusi Agama Islam itu sendiri.

Jadi pendirian yang telah dibuat oleh Mufti Pahang bahawa ianya adalah hal ehwal agama Islam yang DAP tidak perlu masuk campur dan tiada hak untuk berbuat demikian adalah amat bertepatan sekali. Malah tegas Mufti Pahang bahawa beliau berpegang kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran yang menjelaskan larangan orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin adalah benar sekali.



Hujah Wan Ji Wan Hussin kononnya DAP tidak pernah memberontak adalah dangkal kerana bantahan demi bantahan DAP terhadap nilai-nilai Islam seperti Hudud amnya yang disokong semua orang Melayu dan Islam di Kelantan khasnya, berdasarkan kepada keputusan sebulat suara yang dicapai di DUN Kelantan sendiri, adalah dilihat ramai Muslim sebagai usaha yang bertentangan dengan Islam.

Persoalannya adakah Wan Ji Wan Hussin mahu Mufti Pahang dan JAIP amnya untuk ‘kowtow’ kepada DAP yang jelas tidak mempunyai sebarang hak untuk mempersoal hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan khutbah orang Islam?


Mufti Pahang dan JAIP tidak melaporkan tugasan mereka kepada DAP dan Wan Ji Wan Hussin perlu jelas akan hal tersebut. Ianya bukanlah bakal menjadi satu amalan yang baik jika JAIP terpaksa merujuk kepada parti politik untuk melaksanakan syariat Islam. Adakah ini yang Wan Ji Wan Hussein mahu sebenarnya?

Maka jawapan yang diberikan oleh pihak Mufti Pahang bukanlah sesuatu yang memalukan malah perlu dibanggakan malah disokong penuh NGO Melayu dan Islam, Barisan Nasional dan Pas sendiri.

Tentunya budaya rahmat tidak bermakna yang bukan Islam boleh menghina dan memijak nilai-nilai Islam itu sendiri seperti yang dibuat oleh BooSu Lyn dan Malaymail Online berkenaan dengan artikel meminta memansuhkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, contohnya.


Sememangnya juga permusuhan berasakan kaum dan agama boleh dielak jika parti politik seperti DAP tidak memilih untuk setiap kali menyerang atau mempersalahkan Islam seperti yang pernah dibuat oleh Teresa Kok dan P. Ramasamy, apabila sesuatu isu sekular seperti kod pemakaian sopan di jabatan-jabatan kerajaan tidak dipolemikkan sebagai isu Islam. 

Namun malangnya, dan DAP tahu sendiri, itu sememangnya tidak berlaku!