Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Monday, 31 August 2015

Selamat Hari Merdeka!

Selamat menyambut kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Maka eloklah kita bermuhasabah diri dan mengenang kembali asas kepada pembentukan negara ini.




http://mymassa.blogspot.com/2015/08/sumpah-batu-pahat-beri-dua-pilihan.html

Saturday, 29 August 2015

Bersih 4 & Agenda LGBT Seksualiti Merdeka!


Nampaknya, agenda yang dibawakan Bersih sudah jauh daripada apa yang pernah diusahakan badan NGO tersebut dulu, pada peringkat awal penubuhannya yang hanya mahu sebuah pilihanraya bersih. Bersih kini bukan saja menjadi alat parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR, ia juga sedia mendukung agenda songsang Seksualiti Merdeka. 

Sebuah poster dengan kartun Batman dan Superman sedang bercium kelihatan di beberapa tempat sejak beberapa hari kebelakangan ini.



Poster itu juga mengambarkan dua orang ‘nun’ sedang bercumbuan dan kita masih menunggu pertubuhan gereja atau Kristian supaya menyatakan bantahan terhadap amalan songsang LGBT yang sedang diperjuangkan Seksualiti Merdeka dan Bersih 4, dengan poster yang sangat menghina institusi gereja itu.

Sama ada keberadaan poster di bawah adalah untuk mendesak penglibatan pihak LGBT untuk menyokong atau perhimpunan demo Bersih kelak di rampas-curi oleh pihak LGBT untuk menghalalkan perjuangan mereka, tidaklah dapat dipastikan. Mungkin kedua-dua pihak boleh tampil untuk menerangkan hal sebenar.

Namun dengan keberadaan poster tersebut di sekitar Kuala Lumpur menjelang demo Bersih 4 menjelang Merdeka kelak, tanpa sebarang penafian daripada mana-mana pihak, termasuk oleh Maria Chin Abdullah sendiri, nampaknya poster tersebut yang semakin banyak dikongsi dalam media sosial, seakan-akan mendapat restu para pendukung agenda liberal di Malaysia.

Sehingga sekarang juga pihak gereja atau mana-mana pertubuhan Kristian seperti menghalalkan juga grafik dua biarawati yang sedang berlaku lesbian tersebut. 

Atau, apakah mungkin agenda LGBT yang dibawakan Bersih 4 sama, selari dengan agenda parti-parti politik seperti DAP dan PKR yang mendukung demo tersebut?

Adakah ini juga wadah progresif Islam yang dibawakan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) yang rata-rata terdiri daripada ahli-ahli Sorga? 


Tidakkah mereka 'peduli' dengan agenda LGBT Seksualiti Merdeka yang dibawakan oleh Bersih 4 itu?

Semoga mana-mana Muslim yang masih berkira-kira mahu menunjukkan sokongan kepada demo Bersih 4 kelak, harus memikirkan dalam-dalam agenda halus yang datang bersama-sama dengan agenda Bersih.

Melihat kepada Arab Spring dan ‘failed states’ yang melanda umat Arab sekarang ini, kita harus sedar dan insaf bahawa demo jalanan dan anarki bukanlah jawapan kepada permasalahan yang sedang dihadapi negara.

“Sepanjang masa British di sini, (hak istimewa Melayu) sudah ada, walaupun bukan dipanggil Perkara 153."-Prof. Emeritus Dr.Khoo Kay Khim

Perbalahan antara kaum yang berlaku di negara ini berpunca daripada kejahilan generasi muda berkenaan sejarah.
 
Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama wujud dan diiktiraf oleh pihak British.

“Kalau kita memberi tumpuan kepada sejarah, kita (akan) faham apa sebenarnya yang telah berlaku. British tak pernah menafikan ini adalah tanah orang Melayu.

“Pada tahun 1931, di Durbar, persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, ‘Malaya for the Malays’, itu sangat jelas, sebelum perang dulu, tak ada orang menyoal masa itu,” kata pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dalam satu temu bual eksklusif oleh Ismaweb di pejabatnya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ketika British berada di Tanah Melayu, orang Melayu mempunyai kelebihan berdasarkan status ‘rakyat raja’ yang diberikan kepada orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu ketika itu.

“Sepanjang masa British di sini, (hak istimewa Melayu) sudah ada, walaupun bukan dipanggil Perkara 153.

“Sebelum perang dunia kedua, sesiapa yang lahir di Negeri-Negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka, Singapura, – Negeri-Negeri Selat itu dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British – sesiapa yang lahir di situ termasuk orang Melayu menjadi rakyat British. Sesiapa yang lahir di negeri-negeri Melayu kalau ibu bapa mereka adalah orang Melayu, mereka menjadi rakyat raja. Kalau ibu bapa bukan orang Melayu, mereka menjadi stateless citizen.

“Kalau orang Melayu melangar undang-undang, membuat kesalahan serius, mereka boleh dibuang negeri tapi buat sementara, kemudian boleh kembali ke sini, Tanah Melayu tempat asal mereka.

“Tapi orang bukan Melayu dihantar balik ke negara asal, tak boleh balik sini.

“Jadi perbezaan itu sangat jelas,” katanya lagi.

Justeru beliau menyeru semua pihak agak kembali melihat sejarah bagi mengelakkan perbalahan antara kaum berlaku.

“Kalau kita tahu bagaimana keadaan dulu, bagaimana sempurnanya masyarakat kita, tiba-tiba timbul macam-macam masalah (hari ini), jadi kita seharusnya cuba kembali kepada keadaan dulu, yang sudah lepas tak semestinya tak baik, banyak yang lebih baik daripada sekarang,” katanya lagi.

Beliau tidak menolak kepentingan menjaga kaum sendiri tetapi seseorang yang telah menjadi warganegara mesti menzahirkan cintanya kepada negara kelahirannya mengatasi negara asal keturunannya.

“Pemikiran mereka macam itulah sejak kecil lagi memang tertumpu kepada keturunan mereka. Mereka tak faham, keturunan itu walaupun penting, tapI kalau seseorang itu sudah menjadi warganegara sesebuah negara, katalah seorang berasal dari Australia, dia duduk di Jepun kemudian menjadi warganegara Jepun, dia seharusnya menunjukkan perasaan cinta pada Jepun.

“Dia tak boleh kata Australia lebih penting dari Jepun, tapi (kefahaman) ini tidak dijelaskan kepada golongan muda, golongan muda tak faham tentang ini semua,” katanya



 http://www.ismaweb.net/2015/08/malaya-for-the-malays-kata-khoo-kay-kim/

Tuesday, 25 August 2015

JANGAN KELIRU!!!! BUKU ‘ALLAH, KEBEBASAN & CINTA’ (IRSHAD MANJI) MASIH MENJADI KESALAHAN

Orang ramai terutama umat Islam diminta jangan terkeliru dengan laporan media dalam kes rampasan buku ‘Allah, Kebebasan & Cinta’ tulisan Irshad Manji oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Mahkamah Persekutuan menolak permohonan JAWI untuk mendapatkan kebenaran bagi memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Disember 2014 yang mengistiharkan rampasan buku tersebut dari kedai buku Borders dan pertuduhan terhadap pengurus stornya, Nik Raina, dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) sebagai tidak sah.



Cubaan JAWI untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan bagi memfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan tersebut telah ditolak pagi tadi. Ini bukan bermaksud Mahkamah Persekutuan menolak rayuan JAWI dan KDN sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa media on-line. Perlu difahami kesalahan dibawah seksyen 13 Akta Kesalahan Akta Syariah untuk memiliki dan mengedar buku tersebut masih berkuatkuasa.

Kerana ia mengandungi berbagai pandangan dan doktrin yang menyanggahi dan mengancam akidah Islam, antaranya:

- Allah berasal dari nama berhala;
- Rasululah S.A.W. mengubah Al Quran mengikut kehendak popular;
- Rasululah S.A.W. pernah cuba membunuh diri;
- Rasulullah S.A.W. memuatkan ayat2 bisikan syaitan ke dalam Al Quran;
- Mengajak Islam diperangi sebagaimana stalinism dan nazism diperangi.

Penyanggahan ini adalah prinsip asas dalam akidah Islam dan tidak memerlukan kepada fatwa sebagai pra-syarat untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dibawah seksyen berkenaan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan ini berpunca dari kesilapan JAWI menarik balik pertuduhan di Mahkamah Syariah. Adakah hanya dengan gertakan oleh peguambela tertuduh, pendakwa syarie sudah tergugat dalam proses pendakwaannya?

Jika sekalipun prosiding menghina Mahkamah dikenakan terhadap pendakwa syarie, pembelaan dibawah Per 121(1A) masih boleh dibuat. Mahkamah Sivil adalah terhalang dari mengganggu prosiding di Mahkamah Syariah.



Dato' Prof Mahamad Naser Bin Disa
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)


Friday, 14 August 2015

Benarkah Individu Yang Terlibat Bersumpah Jadikan Kristian Agama Rasmi Negara Terlibat Dalam JKNMPP?

Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP). Beberapa nama telah dicadangkan olehnya untuk terlibat menerajui JKNMPP.

Yang menarik, ada diantara nama yang dinamakan sebagai salah seorang pemain utama tersebut, pernah terlibat di dalam upacara sumpah untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia.



Berdasarkan maklumat dan rekod yang ada pada pihak kami, salah seorang tokoh tersebut berada di Hotel Red Rock Pulau Pinang pada malam 5 Mei 2011. Kami juga percaya pihak berkuasa mempunyai rakaman peristiwa tersebut sepertimana yang pernah didedahkan bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng dan Pegawai Tugas-Tugas Khas DAP, Tuan Mohd Razali satu ketika dahulu.

Siapa Gerangan Lelaki Berbaju Batik Biru Di Red Rock Hotel ini pada malam kumpulan Kristian bersumpah untuk jadikan Kristian Agama Rasmi negara? Takkan Cawangan Khas lupa nasihatkan PM? Atau PM menerima "nasihat' dari tangan-tangan yang lebih berkuasa?

Persoalannya, kenapa Najib Tun Razak setiap hari korek lubang untuk menjatuhkan karier politiknya sendiri?

Dari buang ISA, AH48, RUU Harmoni, NUCC, TPPA, 1MDB, TERAJU, PEMANDU "mabuk", JPNIN, Solusi 10 Perkara, TALENTCORPSE dan terkini individu yang direkodkan bersumpah untuk menjadikan Kristian Agama Rasmi negara diangkat sebagai salah seorang peneraju JKNMPP? Apa sebenarnya yang mengganggu pemikiran Dato' Seri PM kita ini?

Siapa puaka disekelilingnya yang sering memberikan nasihat yang saban minggu merebahkan karier politiknya yang seharus cemerlang dari awal?

Teresa Kok Patut Minta Tutup SJKC-Pengerusi PEMBELA

“Mual rasa bila baca kenyataan Teresa Kok yang sangat tebal rasisnya.
 
“Teresa yang cauvanis sebenarnya tidak ada idea yang baik untuk kesejahteraan semua rakyat termasuk peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera,” kecam bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Teresa yang membidas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan penubuhan ‘Low Yat 2′ khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera menjual peralatan teknologi dan komunikasi (IT).

“Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?

“Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri Kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” kata Teresa, semalam.

Tegas Ustaz Hafiz, Teresa tidak jujur dalam memberi pendapat.



“Beliau hanya menjaga kaum sebangsa dengannya sahaja yang banyak memberi undi untuk memenangkan dirinya dalam pilihan raya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Selain itu mengulas mengenai kenyataan Teresa yang kononnya cadangan Ismail itu bercanggah dengan konsep 1 Malaysia, Ustaz Hafiz berkata:

“Entah apa yang dikhuatiri sangat oleh seorang YB cauvanis rasis seperti Teresa ini.

“Kalau Teresa nak sangat Ismail Sabri ikut gagasan 1 Malaysia kenapa dia sendiri tidak mulakan terlebih dahulu mendesak agar semua sekolah-sekolah jenis kebangsaan ditutup atas semangat 1 Malaysia?

“Dia juga tidak pernah mengajak kaumnya untuk pergi ke sekolah Kebangsaan.

“Apatah lagi mengajak kaumnya agar menutup sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang hanya mewujudkan jurang perkauman dalam negara kita selama ini.”

Kelmarin Ismail mencadangkan Tingkat Tiga Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk dijadikan pusat perniagaan alat telekomunikasi dan teknologi khusus untuk peniaga Melayu, dan ia diberi nama Low Yat 2.

Ustaz Hafiz berkata, cadangan tersebut adalah satu usaha untuk mewujudkan persaingan yang sangat sihat dalam bidang peniagaan alat telekomunikasi di negara majmuk seperti Malaysia.

Katanya, rakyat sedia maklum bahawa telah sekian selama peniagaan alat telekomunikasi hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja.

“Sebab itu timbul isu penipuan atau menjual alat klon dan sebagainya. Pengguna pula tiada pilihan kecuali membeli walaupun beberapa kali ditipu peniaga-peniaga yang tidak jujur berkenaan.

“Malah saya yakin dengan wujudnya pusat jualan IT Bumiputera nanti, pengguna bakal menikmati harga alat-alat telekomunikasi yang jauh lebih rendah dan original,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/08/nak-muntah-baca-kenyataan-teresa-kok-mengenai-low-yat-2/

Thursday, 13 August 2015

Melayu Bukan Rasis-Hasil Kajian Merdeka Center


Banyak yang telah ditulis tentang kaum Melayu di Malaysia. Ada yang mengatakan bahawa mereka pemurah kerana sanggup berkongsi negara dengan 2 juta pendatang sebelum dan selepas merdeka, tidak pernah dibuat oleh mana-mana bangsa sebelum ini. Malah sehingga sekarang juga ianya, masih belum dicabar oleh mana-mana negara atau bangsa!

Namun tidak kurang juga yang melabel kaum Melayu sebagai kaum paling ‘rasis’ sekali di Malaysia kerana mahu mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi sedikit keistimewaan, yang selalunya juga tersasar, kepada kaum pribumi di Malaysia. 

Lazimnya apabila kaum Melayu berteriak mahu Perkara 153 dihormati kerajaan dan lawan, mereka akan dilabel sebagai golongan ektremis.

Walaupun kaum Melayu tahu bahawa itu semua tidak benar namun mereka sering terperangkap dengan label rasis tersebut disebabkan oleh pembulian tegar oleh kumpulan dan media tertentu.

Masakan bangsa diplomatik sehebat Melayu yang membuka berpuluh negara, merentas lautan luas dengan kehebatan membaca cakrawala dan cuaca dengan kehebatan tahap deria keenam, jatuh kepada satu bentuk perbuatan bangsa yang rendah budaya?

Diharap satu kajian yang sering dijunjung mereka-mereka yang berhaluan kiri dapat meletakkan keadilan kepada tempatnya. Baru-baru ini Merdeka Centre mendapati bahawa kaum Melayu adalah kaum yang paling tidak rasis sekali. 

Ini kerana hanya 6% sahaja dikalangan bangsa Melayu yang mahu dikenali sebagai Melayu.

Ini berbeza dengan kaum Cina yang 24% daripada mereka mahu dikenali sebagai kaum Cina. Paling tinggi daripada semua pecahan kaum di Malaysia. Ini diikuti oleh kaum India yang mana 11% daripada mereka mahu dikenali sebagai kaum India.

Maka benarlah kata-kata Tun Sambanthan tentang bangsa Melayu yang tidak pernah rasis. Perkataan 'rasis' itu juga asing sekali kepada bangsa Melayu kerana harus dipinjam daripada perkataan Inggeris 'racist' bukti kukuh amalan tersebut sememangnya asing kepada bangsa Melayu.



Oh ya, kajian tersebut juga mendapat bahawa lebih daripada 60% kaum Melayu melihat mereka sebagai orang Islam lebih daripada yang lain. Sesuatu yang perlu diambil-kira semua, parti politik dan kerajaan dalam percaturan tentang isu Hudud dan lain-lain isu yang menyentuh Islam, Agama Persekutuan.

Idea 'Low Yat Melayu' Di Bangunan MARA Harus Disokong!

Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.

Pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Idea 'ICT Mall Melayu' Penting Untuk Social Engineering Dan Harus Disokong Semua Pihak

Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail Sabri, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa.

Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail Sabri selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis tersebut.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara.
 
 
 
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ismail-sabri-cadang-buka-low-yat-2-di-bangunan-mara-69357

Tuesday, 11 August 2015

Kes Low Yat: 3 Lelaki Cina Mengaku Salah Pukul Budak Melayu

Tiga lelaki berbangsa Cina hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan mencederakan seorang lelaki Melayu dalam satu insiden di Plaza Low Yat bulan lalu.
 
Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng; 23; dan Soo Weng Hing, 26.

Mengikut pertuduhan, Leong Seng, Chan Weng dan Weng Hing didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, jam 4.57 petang 11 Julai lalu.

Gambar Utusan Online

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Mohamad Khairul Azmi Mazlan, 22, pengadu dalam kes ini, pergi ke sebuah kedai telefon di bangunan itu bersama-sama mangsa, Shahrul Anuar untuk mengesan telefon bimbit pengadu yang hilang, namun mereka gagal menjumpainya.

Mereka kemudiannya beredar dan ketika Mohamad Khairul berada di tangga bergerak di tingkat G, beliau terdengar orang menjerit ‘Tahan-tahan…tangkap-tangkap…ada orang curi telefon’.

Mohamad Khairul kemudiannya melihat Shahrul Anuar dipukul oleh tiga lelaki dan dia yang cuba menyelamatkan rakannya itu turut dipukul dan dituduh bersubahat dengan Shahrul Anuar.

Shahrul Anuar kemudiannya ditangkap kerana disyaki mencuri telefon bimbit manakala Mohamad Khairul dilepaskan selepas mendapati dia tidak terlibat dalam kes itu.

Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan kes itu mendapat perhatian di seluruh negara dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. 

Pada 14 Julai lepas, Shahrul Anuar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat.

Tertuduh, yang tidak mengaku bersalah, dibenarkan diikat jamin RM3,000 dan 14 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes.



http://www.ismaweb.net/2015/08/kes-low-yat-3-lelaki-cina-mengaku-salah-pukul-budak-melayu/

Monday, 10 August 2015

'Tinggal Perintah Islam' Juga Matlamat Kristianisasi

JANGAN ada yang ‘lurus bendul’ dalam menilai matlamat gerakan kristianisasi yang bergerak aktif di negara ini.

Ada yang ‘bodoh’ berkata, ‘aku hadir konsert K-Pop’, ‘aku menonton filem Barat’ tapi tidak pula aku keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian!



Seorang paderi, Samuel Zwemer ketika berucap di Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 menyatakan:

“… tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam memegang pendirian bahawa agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka.

“Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam keluar daripada agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa.”

Ertinya, sekalipun umat Islam tidak murtad, cukuplah mereka meninggalkan ajaran dan perintah Islam, contohnya tidak bersolat lima waktu sehari semalam, itu sudah dikira sebagai salah satu kejayaan bagi gerakan kristianisasi.



Mengapa demikian? Ini kerana, setelah umat Islam tidak lagi berpegang teguh dengan ajarannya, maka mudah bagi mereka menguasai bidang-bidang lain termasuk politik dan tampuk pemerintahan negara.

Islam akan terus terperosok ke bawah dan diberi tempat sebagai amalan-amalan ritual di majlis-majlis rasmi sahaja. 

Nauzubillah min zalik!

Umat Islam wajib bersatu hati menentang apa juga yang dilihat memberi ancaman terhadap akidah.



http://www.ismaweb.net/2015/08/tinggal-perintah-islam-juga-matlamat-kristianisasi/

Saturday, 8 August 2015

Gadis DAP Cuba Fitnah Mufti Perak?!


Megat Rizal M.H.

Umum sudah ketahui bahawa politik DAP yang sangat memusuhi Islam dan majoriti umatnya yang patuh kepada syariat yang dibawakan agama Allah ini.

Politik inilah yang telah dibawa berpuluh tahun lama ke persada politik Malaysia dengan kemuncaknya Tsunami Cina seperti yang kita semua dapat saksikan pada pilihanraya PRU-13 lepas.

Politik inilah juga yang membawa kepada kemusnahan ‘tahaluf siyasi’ yang sangat superficial sifatnya kerana bertunjangkan  kebencian Asal Bukan UMNO (ABU). Makanya ideals Islam seperti Hudud yang mahu direalisasikan oleh PAS, telah ditentang hebat DAP yang sememangnya mahu Islam, Agama Negara tidak lebih daripada bersifat ceremonious semata-mata.



Maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Muslim yang cuba mengabsahkan Islam seperti yang termaktub pada Perlembagaan Persekutuan secara konsisten dan menyeluruh bakal ditentang hebat oleh DAP. Cuma kali ini, pasca Tsunami Cina, DAP mula menggunakan wajah-wajah bukan Cina (kecuali Zairil Khir Johari, tentunya) untuk mengkritik Islam dan susuk Muslim yang tidak mereka suka.

Syerleena Abdul Rashid adalah salah satu suara Melayu (daripada yang beberapa kerat) yang sering digunakan DAP untuk memberi legitimasi kepada kempen hina Islam dan Muslim atas label kebebasan bersuara, berekpresi dan intelektualisme.

Kelmarin melalui artikel yang cuba menghina sentimen Muslim, Syerleena mendakwa negara ini sedang hancur kerana banyak mendengar pandangan ‘false self-declared prophets.’

Walaupun beliau tidak menamakan siapa yang dinamakan beliau sebagai ‘nabi palsu’ itu. Namun ayat yang merujuk kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan dengan kenyataan beliau bahawa Islam tidak harus dinilai sengan logik akal semata-mata, diejek dan diputar belit Syerleena sebagai penolakkan kepada intelektualisme, muncul sejurus selepas terma tersebut.

Mufti Perak sebenarnya tidak menolak intelektualisme tetapi menekankan bahawa dalam memahami syariat Islam, banyak keilmuan yang diperlu diketahui seseorang itu dan bukannya dengan berbuat kenyataan sesukati hati mengikut proses logik akal semata yang tidak bertunjangkan tradisi keilmuan Islam yang sangat luas dan beragam sifatnya.

Lebih daripada itu Islam adalah berdasarkan iman. “Iman itu boleh diukur dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh dikeluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.”

Dan akal pula dipengaruhi oleh nafsu dan ianya tentunya terdedah kepada ‘bisikan’ syaitan. Bukankah hakikatnya ini telah diperjelaskan dengan nyata dan terang dalam Surah An Nas sendiri? 

Say, "I seek refuge in the Lord of mankind, The Sovereign of mankind. The God of mankind, From the evil of the retreating whisperer - Who whispers [evil] into the breasts of mankind - From among the jinn and mankind."

Kenyataan Mufti Perak itu pula dibuat untuk menegur seorang Menteri Muslim yang terkhilaf dengan sebuah kenyataan dan Menteri tersebut juga telah ditegur oleh beberapa tokoh lain seperti, Dr Zaharuddin Abdul Rahman (MURSHID), Ustaz Kazim Alias, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak).

Tentunya seorang intelektual akan faham dengan kebenaran teguran tersebut. Jika seseorang berbuat kenyataan tentang sesuatu yang bukan bidangnya, bukankah itu lazimnya akan dibakul sampahkan saja rata-rata orang bijak?

Adakah kita meminta pandangan seorang ahli politik tentang bagaimana mahu membina sebuah bangunan lapan puluh tingkat sekompleks KLCC, contohnya? Atau kita mengupah jurutera pakar, arkitek pakar dan kontraktor pakar, terbaik dalam bidang masing-masing untuk berbuat demikian?

Tentunya ahli DAP Pulau Pinang tidak pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng untuk mengadu sakit belakang, contohnya, kerana mereka semua sedar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukanlah seorang doktor!

Dan Lim Kit Siang juga bukanlah seorang pengarah filem tentunya tidak mampu untuk menghasilkan sebuah filem sehebat ‘The Raid’ contohnya?

Jadi kenapakah masih terdapat mereka-mereka yang bukan ahli dengan ilmu Islam sering cuba berlagak pandai dengan berkomentari tentang Islam dan syariat yang dibawakannya? Kenapakah pula ianya sering juga datang daripada ramai susuk bukan Islam sendiri? Adakah mereka-mereka ini lebih ‘ahli’ daripada seorang mufti?

Dan pada abad ini, masih wujudkah ‘self-declared prophets’ asli dikalangan kita? Bukankah Rasullulah itu merupakan Nabi dan Rasul terakhir? Jadi label bangang apakah yang cuba dicerna DAP dengan idea ‘false self-declared prophets’ yang dinukilkan oleh artikel tersebut?

Self declared prophets at this day and age, kalau pun ada, are naturally false. Jadi terminologi tersebut juga merupakan suatu kebangangan yang jelas dan nyata.

Persoalannya gelombang ‘intelektual’ bentuk apakah ini yang sedang cuba dihidangkan DAP kepada rakyat Malaysia kini?




Rujukan:
3-      http://quran.com/114

Wednesday, 5 August 2015

SPRM Buat Solat Hajat Perdana-Bukti Kukuh Malaysia Bukan Sekular!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan solat hajat perdana 'Untukmu SPRM' di seluruh negara bagi memohon badan itu dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Solat hajat di surau ibu pejabat SPRM di sini diadakan selepas solat Zuhur yang diimamkan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.




Zakaria berkata solat hajat itu diadakan bagi memohon supaya badan itu dikurniakan petunjuk serta takdir yang terbaik dalam membanteras rasuah.

"Kita minta supaya ALLAH SWT bantu kita apa yang kita tidak tahu di masa akan datang. Kita juga memanjatkan doa supaya SPRM, semua pegawai serta keluarga mereka diberi kebaikan oleh ALLAH SWT," katanya kepada pemberita selepas solat hajat itu.

Selepas solat, Zakaria membacakan doa mathurat yang dipenuhi dengan kata-kata membesarkan ALLAH, merendahkan hati serta meminta agar warganya dijauhi dari tergolong dalam kalangan mereka yang memberi dan menerima rasuah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki.  - Bernama



http://www.sinarharian.com.my/politik/sprm-buat-solat-hajat-perdana-mohon-yang-terbaik-1.416218

Monday, 3 August 2015

Rampasan Barangan Tiruan Bernilai RM150,990-Low Yat Sarang Penipu?

Hasil aduan orang ramai yang sering ditipu di Plaza Low Yat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan operasi pemeriksaan di 120 premis dan merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan.


 
Rampasan dalam operasi bersepadu bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imegresen semalam itu bernilai RM150,990, lapor Utusan Online hari ini.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya telah membuat risikan selepas menerima banyak aduan orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

“Kakitangan Jabatan Imegresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

14 Julai lalu, KPDNKK telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo, Oppo serta Nokia bernilai RM500,000 di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur juga hasil aduan orang ramai.

Sejak insiden di Plaza Low Yat beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, orang ramai berkongsi cerita ditipu ketika membeli di premis Low Yat dan menyeru semua pihak agar tidak membeli di plaza berkenaan.



http://www.ismaweb.net/2015/07/low-yat-11174-aksesori-telefon-bimbit-tiruan-dirampas/

Sunday, 2 August 2015

Kerajaan Disyor Laksana Undang-Undang Jenayah Islam-Majlis Dakwah Negara

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, pihaknya mencadangkan untuk membawa undang-undang jenayah Islam, diyat bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan di negara ini.
 
Katanya, perkara itu akan dibawa secepat mungkin kepada pihak kerajaan selepas perbincangan dalam jawatankuasa yang ditubuhkan MDN berkaitan diyat selesai.



“Diyat adalah satu bentuk pampasan yang akan diberikan oleh pelaku kepada mangsa dalam kes kematian ataupun kecederaan yang dilakukan tanpa sengaja.

“Dalam undang-undang sekarang, apabila berlaku kemalangan, pampasan yang dibayar oleh pihak insurans adalah sedikit dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mangsa.

“Manakala, individu yang menyebabkan kemalangan itu pula akan masuk penjara. Sedangkan dalam diyat, pesalah hanya perlu membayar pampasan dan tidak akan masuk penjara jika kemalangan terjadi tanpa sengaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas persidangan meja bulat mengenai diyat sebagai satu agenda pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, semalam.

Mengulas lebih lanjut Dr Mahmood berkata, beliau yakin hukuman ini akan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada dan sebelum PRU-14 akan datang.

“Masyarakat bukan Islam akan turut menyokong hukum diyat ini. Diyat memberi keuntungan kepada semua pihak terutama kepada mangsa ataupun individu yang menyebabkan kemalangan.

“Saya yakin masyarakat bukan Islam menyambut baik perkara ini. Dalam masa yang sama ia akan mengurangkan rasa prejudis orang bukan Islam terhadap hukum Islam,” katanya.
 
Selain itu tambah beliau, sekiranya diyat dilaksanakan, keluarga mangsa dapat meneruskan hidup apabila tertegaknya konsep keadilan kepada individu yang tidak sengaja menyebabkan kemalangan itu.

“Ini apabila dari segi pembayaran, bukan pelaku yang akan membayarnya, sebaliknya ia terpulang kepada pihak insurans. Berkaitan pembayaran dan dana ianya akan dikaji dahulu dalam jawatankuasa,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/majlis-dakwah-negara-syor-kerajaan-laksana-undang-undang-jenayah-islam/