Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 29 July 2015

Boikot Low Yat, Sokong Kedai Melayu-Muslim!

Gadgets World 666 yang menjual pelbagai produk aksesori telefon bimbit kini memiliki 13 cawangan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak, dalam tempoh setahun ia mula ditubuhkan.


 
Ia berkembang pesat hasil sokongan pihak terutama pembeli Melayu selain pengalaman berharga selama 10 tahun dalam bidang perniagaan aksesori telefon bimbit yang dimiliki pemilik kedai itu, Mohd Kamarulhuda Mohd Kamal.

Beliau yang berusia 46 tahun berkata, kedai alat telekomunikasi yang mula dibuka pada 4 Mei tahun lalu di Kota Damansara itu menawarkan pelbagai aksesori dan peralatan pelbagai jenis telefon bimbit pada harga borong dan sangat berpatutan iaitu serendah RM1 sehingga RM200 mengikut jenis aksesori.

“Hal ini kerana kami berurusan secara terus dengan pihak pembekal dan tiada caj orang tengah seperti kebanyakan peniaga aksesori yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, masyarakat perlu membuang persepsi bahawa perniagaan aksesori telefon bimbit hanya dipelopori oleh kaum tertentu.

“Orang Melayu juga boleh buka kedai aksesori telefon bimbit sama macam orang lain, malah kami menawarkan harga yang lebih istimewa berbanding kebiasaannya,” jelasnya.

Sehingga kini, 85 orang pekerja berkhidmat di Gadgets World 666 di seluruh cawangan.

“Tujuan kami ikhlas iaitu ingin membantu orang Melayu mendapatkan aksesori pada harga yang berpatutan, selain membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Melayu,” katanya.

Kedai itu beroperasi dari jam 10 pagi hingga 4 pagi.

Nama Gadgets World 666 mula diangkat di media sosial sebagai alternatif kepada Plaza Low Yat, berikutan plaza itu mula diboikot sejak tercetus insiden pada akhir bulan Ramadan baru-baru ini.



http://www.ismaweb.net/2015/07/kedai-aksesori-telefon-melayu-gadgets-world-666-dapat-sokongan-ramai/

Tuesday, 28 July 2015

Peguam Negara Baru : Tahniah Tan Sri Hj Mohamed Apandi Ali

Kami warga kerja Bangkit.info, ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baru bagi menggantikan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail.

Segala puji bagi Allah. 

Antara penghakiman yang pernah dibuat serta dikenang sebagai satu jasa yang besar kepada Agama Negara ialah penghakiman Kes Kalimah Allah yang pernah dibuat beliau di dalam Mahkamah Rayuan.

Penghakiman yang sentiasa digunakan sebagai rujukan kami ini boleh dibaca pada pautan di bawah :




Perlantikan ini mengingatkan kita semua tentang ayat al Quran berikut :

Katakanlah : "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran ayat 26)

Saturday, 25 July 2015

TPPA Ancam Kedaulatan Negara-Bahana ISDS Menggerunkan!

Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) kini berada di fasa akhir proses rundingan antara 12 negara yang terlibat, termasuk Malaysia. Antara klausa perjanjian yang menerima tentangan paling hebat ialah peruntukan ISDS yang kontroversi.
 
1. APAKAH ISDS?
‘Penyelesaian pertikaian pelabur-negara’ atau ISDS ialah suatu mekanisme undang-undang antarabangsa yang memberikan hak kepada pelabur asing untuk membawa kerajaan tuan rumah ke tribunal antarabangsa bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan kepentingan pelaburannya.

2. APAKAH INSTITUSI YANG MENJALANKAN PROSIDING ISDS?
Antara yang utama ialah Pusat Penyelesaian Pertikaian Pelaburan Antarabangsa (ICSID) yang berpangkalan di Washington dan ditaja oleh Bank Dunia. Institusi lain termasuklah Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London, Dewan Perniagaan Antarabangsa, Pusat Arbitrasi Antarabangsa Hong Kong dan UNCITRAL.
3. APAKAH MEKANISME PROSIDING ISDS?
Biasanya, prosiding pertikaian akan didengari oleh panel tiga arbitrator – setiap pihak memilih satu, dan yang ketiga akan dipilih secara bersama. Keputusan akan ditentukan menerusi undi majoriti dan ianya muktamad tanpa ada proses rayuan.
Jika keputusan memihak kepada pelabur, negara tuan rumah perlu membayar pampasan yang ditetapkan. Jika enggan membayar, aset negara tuan rumah di seluruh dunia boleh disita.
Jika keputusan memihak kepada negara tuan rumah, ini bermakna pampasan yang dituntut tidak dibenarkan. Pelabur mungkin hanya akan diarahkan membayar sebahagian kos guaman negara tuan rumah.

4. MENGAPAKAH ISDS MENJADI ISU?
ISDS telah digunakan secara berleluasa oleh syarikat pelabur sehingga mencabul kedaulatan negara tuan rumah. Dalam beberapa kes, tuntutan saman oleh pelabur telah menyulitkan kerajaan melaksanakan undang-undang sah berkaitan kepentingan awam seperti kesihatan rakyat, kesejahteraan alam sekitar, hak pekerja dan pengguna, serta polisi berkaitan kepentingan penduduk asal.

Saman yang dikemukakan oleh pelabur ini tidak sekadar menuntut semula kos yang telah dilaburkan tetapi turut memasukkan bahagian keuntungan yang didakwa bakal terjejas atas pelaksanaan undang-undang tertentu oleh negara tuan rumah. Nilai pampasan yang perlu dibayar negara tuan mencecah ratusan juta dolar, bahkan ada yang mencecah bilion dolar.

Risiko yang jauh lebih besar ke atas negara tuan rumah (seperti yang dihuraikan dalam bahagian mekanisme) membuatkan sebahagian negara tunduk kepada ancaman pelabur untuk mengguna pakai ISDS lalu mengubah undang-undang yang menjadi pertikaian. Secara tidak langsung, undang-undang tersebut yang telah diluluskan secara sah dan demokratik telah diveto oleh pihak asing.

Sistem ISDS juga pincang kerana tidak memberikan negara tuan rumah hak yang sama untuk membuat tuntutan pampasan ke atas pelabur, terutamanya berkenaan kegiatan pelaburan yang menjejaskan alam sekitar, kesihatan pekerja dan penduduk setempat.
Selain itu, prosiding ISDS yang sering dijalankan secara sulit dan anggota arbitrator yang mempunyai konflik kepentingan dan peranan telah menimbulkan keraguan yang berasas terhadap ketelusan ISDS dan kemampuannya berfungsi dengan adil.



5. APAKAH KAITAN ISDS DENGAN TPPA?
Hampir kesemua perjanjian dagangan antarabangsa yang terkini mensyaratkan peruntukan ISDS diguna pakai (dan mengenepikan saluran penyelesaian menerusi mahkamah negara tuan rumah) bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelaburan. 

TPPA kini sedang dalam proses rundingan peringkat akhir antara negara peserta dan dijalankan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi. Bagaimanapun, dokumen rundingan yang bocor mengesahkan bahawa Amerika Syarikat mendesak supaya peruntukan ISDS dimasukkan dalam klausa utama perjanjian.

6. APAKAH TINDAKAN NEGARA PESERTA TPPA BERKENAAN PERUNTUKAN ISDS?
Kesemua negara peserta, termasuk Malaysia, telah memberi persetujuan penuh untuk memasukkan peruntukan ISDS dalam TPPA, kecuali Australia yang meletakkan pengecualian bersyarat.

7. APAKAH ANTARA CONTOH KES ISDS?
Sejak tahun 2000, lebih daripada separuh negara di dunia pernah disaman oleh ratusan syarikat menerusi sistem ISDS. Antara kes yang menjadi perhatian ialah:
  • Pada 2012, Ecuador diarah membayar Occidental Petroleum sebanyak $2.3 bilion kerana membatalkan sebuah kontrak penerokaan minyak atas sebab perlanggaran terma perjanjian.
  • Jerman sedang menghadapi saman mencecah $4.7 bilion oleh syarikat tenaga, Vattenfall apabila menghentikan penjanaan kuasa melalui teknologi nuklear sebagai langkah berjaga-jaga susulan malapetaka reaktor nuklear di Fukushima, Jepun pada 2011.
  • El Salvador sedang menghadapi saman berjumlah $284 juta daripada syarikat perlombongan emas Pacific Rim, kerana tidak memberi permit penggalian emas atas sebab pencemaran, hak penggunaan tanah penduduk dan juga politik.
  • Australia disaman oleh Philip Morris kerana meluluskan undang-undang mengharamkan logo jenama diletakkan pada kotak rokok.
  • Uruguay turut disaman oleh Philip Morris apabila kerana mensyaratkan supaya saiz amaran kesihatan dibesarkan kepada 80 peratus bahagian depan kotak rokok.
  • Pada 2006, Afrika Selatan disaman sebanyak $350 juta oleh pelabur perlombongan granit dari Itali kerana menguatkuasakan undang-undang pasca-aparteid yang mewajibkan pemilikan minimum 26% kepada rakyat kulit hitam dalam syarikat perlombongan yang beroperasi di negara itu. Saman tersebut digugurkan apabila Afrika Selatan akhirnya bersetuju untuk hanya mengurangkan syarat minimum tersebut kepada hanya 5%.
Ternyata peruntukan ISDS ini menggugat kedudukan undang-undang dan hak rakyat sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia. Dan semua ini sedang dipaksa untuk diterima oleh negara peserta TPPA demi menjamin keuntungan kelompok kapitalis semata-mata, terutamanya syarikat-syarikat gergasi Amerika-Yahudi.



http://www.ismaweb.net/2015/07/tppa-ancam-kedaulatan-negara-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-isds/

TPPA, Perjanjian Paling Primitif-ISMA

Malaysia perlu keluar daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), jika tidak ia boleh dianggap sebagai perjanjian paling primitif di era moden ini, tegas Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mt Dali.



 
Sejak bermulanya perbincangan TPPA pada 2010, rakyat langsung tidak diberitahu mengenainya, malahan Kabinet dan Ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan.

“Persoalannya, mengapa perlu berahsia? Ini bukan zaman batu atau zaman kuno sehingga kerajaan mahu merahsiakan kepada rakyat.
“Lebih menjengkelkan apabila kandungan perjanjian itu akan diberitahu hanya mungkin selepas empat tahun ditandatangani. Ia bermakna jika tahun ini diputuskan, kita hanya akan mengetahui kandungan perjanjian itu pada tahun 2019.

“Tidakkah terlalu primitif sehingga meletakkan rakyat dalam kegelapan? Ini cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan,” katanya kepada Ismaweb.

Semalam media menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri bahawa perbincangan dan rundingan TPPA memasuki fasa akhir melibatkan ketua-ketua negara dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Meluahkan kebimbangan itu, kata Abdul Rahman, TPPA ini adalah agenda kerajaan AS yang ditekan oleh kuasa Yahudi yang mencengkam ekonomi dunia dan sangat memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara.

Ia memberi kesan yang menjangkau lebih daripada konteks perdagangan barangan dan perkhidmatan. Antaranya kepada masa depan kesihatan, sosial, ekonomi, politik, sivik, pendidikan dan budaya yang melibatkan berapa juta rakyat negara ini.

“Inilah satu penjajahan baru yang bakal ‘dinikmati’ oleh rakyat selepas ini. Ia adalah konspirasi Yahudi.
“Kita tiada pilihan lain, jika tidak mahu menggadaikan negara, sebagai rakyat Malaysia, kita wajib tolak perjanjian ini,” katanya.

Sebanyak 12 negara menyertai rundingan TPPA iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tindakan Malaysia menyertai rundingan TPPA menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya terhadap kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat, akibat perjanjian itu.



http://www.ismaweb.net/2015/07/tppa-perjanjian-paling-primitif/

Friday, 24 July 2015

Waspada Perangkap TPPA-Azril Mohd Amin (CENTHRA)

BANYAK yang telah di­per­­katakan tentang Per­janjian Pelaburan Trans Pa­sifik (TPPA) yang se­dang giat dicanang Ameri­ka Syarikat untuk ditandatangani menjelang akhir tahun ini. 

Pelbagai pihak khususnya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), ga­bungan NGO – Bantah TPPA serta pertubuhan-pertubuhan Islam Bu­kan Kerajaan (NGI) - telah membuat pendirian jelas mengenai arah tu­ju yang sepatutnya ditempuh Ma­laysia. 


Gesaan mereka jelas – iaitu jangan menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana pelbagai ke­san yang tidak memihak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Selain hakikat bahawa siri perundingan TPPA dijalankan dengan penuh kerahsiaan, penulis berpandangan bahawa mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement - ISDS) merupakan isu paling dikhuatiri dan menjadi sebab mengapa Malaysia tidak sepatutnya menyertai perjanjian ini.
Meka­nisme ini membuka ruang seluas-luasnya bagi para pelabur asing atau syarikat multinasional mengheret sebuah negara yang berdaulat ke sebuah mahkamah timbangtara antarabangsa (international court of arbitration) lantas mengetepikan peranan sistem kehakiman domestik. 

Mekanisme ISDS boleh menyebabkan sesebuah negara berdaulat dituntut untuk membayar pampasan atas kehilangan pendapatan masa depan (lost of future earnings) akibat perubahan polisi awam yang dilakukan negara tersebut.

Kerajaan perlu sedar bahawa kekhuatiran sebegini mempunyai asas kukuh, khususnya setelah amaran demi amaran dikeluarkan oleh beberapa pakar ekonomi dunia, termasuk yang mutakhir oleh pemenang anugerah Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi (2001), Profesor Joseph Stiglitz yang menyatakan pada Mei lalu bahawa:

“Terdapat pelbagai kekeliruan mengenai ISDS, tetapi secara terang dan mudah: ISDS ialah cara merangka semula bagaimana ekonomi harus dikendalikan, dengan memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan nasib pekerja dan orang awam di sini (Amerika Syarikat) dan juga di negara lain.” 

Pada hakikatnya, ISDS direka untuk “mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat besar (corporation) dengan mengorbankan kepentingan awam.” Ini adalah asas kebimbangan yang paling nyata.

Selain itu, sikap AS terhadap penilaian kedudukan hak asasi manusia Malaysia juga membuktikan manipulasi yang boleh berlaku sekiranya kerajaan membiarkan Malaysia tunduk menyertai TPPA. 


Sumber media barat, Reuters melaporkan pada 8 Julai lalu bahawa pentadbir­an Presiden Barack Obama akan mengeluarkan Malaysia dari senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia yang paling teruk di dunia.

Di AS, tindakan ini telah dikritik kumpulan pejuang hak asasi manusia kerana menurut mereka akan merosakkan kredibiliti AS. 

Namun yang lebih dikhuatiri penulis ialah sikap manipulasi dan kepura-puraan AS mengenai penilai­an mereka tentang rekod hak asasi manusia sesebuah negara demi memperoleh peluang mencapai keuntungan perdagangan yang berat sebelah.

Apakah muslihat Presiden Obama di sebalik tindakan tersebut? Manipulasi itu akan membolehkan pentadbirannya meneruskan run­dingan perjanjian perdagangan kontroversi dengan Malaysia dan 10 negara Pasifik lain. 

Undang-undang yang dikarang oleh Senator Robert Menendez (DN.J.) dikatakan berkesan melarang AS daripada menggubal perjanjian perdagangan de­ngan negara-negara yang dianggap “Tahap 3” melanggar piawaian perdagangan manusia - yang tercorot dalam perhitungan rasmi Jabatan Negara AS berkenaan isu ‘perhambaan moden’.

Secara tidak adil Malaysia telah dituduh dan disenaraikan di dalam kedudukan sebegitu, di samping Iran dan Korea Utara, dan dikatakan terlibat bertahun-tahun di dalam jenayah penyeludupan manusia, termasuk perhambaan seks yang berleluasa dan kewujudan buruh paksa dalam sektor pertanian dan industri tekstil.

Tanggapan tersebut, yang diperoleh daripada laporan tahun 2014 Jabatan Negara AS turut menu­duh industri elektronik Malaysia dipenuhi buruh paksa.

Selanjutnya Reuters melaporkan bahawa Malaysia bakal dinaik taraf kepada “Tahap 2”, yang boleh mengetepikan larangan yang dikenakan oleh undang-undang Menendez itu. Dalam satu kenya­taan kepada media, Menendez berkata gerakan itu akan menjejaskan kesahihan antarabangsa usaha hak asasi manusia AS.

Pada hakikatnya, tuduhan berat sebelah AS terhadap Malaysia, dan kemudiannya manipulasi mereka untuk mengetepikan larangan tersebut demi meneruskan rundingan TPPA jelas menzahirkan sikap mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab terhadap negara-negara lain.

Gambaran yang dilaporkan di dalam penilaian tahunan senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia sering dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak tepat, berat sebe­lah serta diwujudkan semata-mata untuk menakut-nakutkan negara-negara lain.


Sekiranya mereka jujur mahu meningkatkan hubungan perda­ga­ng­an dengan negara seperti Malaysia, maka pada hakikatnya, laporan Jabatan Negara AS tersebut perlu mengambil kira secara tepat inisiatif domestik Malaysia di dalam menangani isu jenayah pemerdagangan manusia, dan bukan kerana hendak berunding mendapatkan hak perjanjian perdagangan.

Penyeludupan manusia telah lama diharamkan di Malaysia. Sementara keadaan sedia wujud di Malaysia masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, masalah jenayah pemerdagangan manusia ini perlu usaha kolektif dan berterusan kerana sebahagian besarnya melibatkan kerjasama serta upaya politik negara-negara ASEAN.

Pada hemat penulis, perkembangan ini sangat tidak sihat dan jangan kita terlalu naif untuk meneruskan hasrat menandatangani TPPA. Bukan sahaja tindakan menilai rekod hak asasi manusia Malaysia sering dilakukan secara berat sebelah, malah seringkali negara-negara barat tidak menghormati kedaulatan Perlembagaan Persekutuan apabila secara terang-terang menyerang kita dengan pelbagai isu.

Tindakan-tindakan tersebut termasuk mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan (fasal 3(1) dan fasal 11(4)) khususnya di dalam isu tuntut­an penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, hak kebebasan beragama, hak-hak LGBT, keabsahan sistem pentadbiran undang-undang dan Mahkamah Syariah serta tuduhan-tuduhan liar terhadap penguatkuasaan prinsip nahi mungkar yang diiktiraf melalui peruntukan-peruntukan di dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negeri-negeri.

Jika perkara-perkara asas di dalam Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan, maka tidak mustahil AS akan menuntut peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa Bumiputera dan keduduk­an tanah rezab Melayu diketepikan melalui medium seperti TPPA.

Sekiranya kerajaan AS tidak boleh menghormati perkara-perkara asas Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan negara, dan terus-menerus tidak jujur apabila menyentuh rekod hak asasi manusia negara kita, maka adakah patut kita menyertai TPPA yang terang-terangan akan menjejaskan kedaulatan dan kebebasan sistem kehakiman negara kita?

Implikasi ISDS yang jelas boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat perlu menjadi sebab utama kerajaan menolak menyertai perjanjian tersebut. 

Jika negara seperti Australia boleh melakukannya, mengapa Malaysia tidak boleh membuat keputusan yang tegas dan berani terhadap perkara yang sama?

Penulis percaya bahawa perdagangan di antara kedua-dua negara akan tetap berjalan baik meskipun tanpa TPPA yang jelas diselubungi kerahsiaan dan berat sebelah untuk dijadikan suatu perjanjian perdagangan yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang menyertainya. 

Penulis juga percaya bahawa kerajaan akan lebih berwaspada dan tidak terpesona dengan tindakan mereka menaikkan taraf Malaysia di dalam isu pemerdagangan manusia ini.

Pada hakikatnya, muslihat seumpama ini perlu dinyahkan de­ngan ketegasan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak terpedaya untuk menandatangani TPPA.


 
http://m.utusan.com.my/rencana/waspada-perangkap-tppa-1.115968

Thursday, 23 July 2015

Majoriti Rakyat Malaysia Tolak TPPA!

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), yang mahu dijadikan legasi pentadbiran Presiden Barack Obama, turut dibantah sebahagian rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Kerajaan Malaysia harus mendengar bantahan majoriti rakyatnya terhadap TPPA dan meninggalkan meja rundingan segera
 
Satu kajian awam terhadap sembilan daripada 12 negara yang menyertai perjanjian itu mendedahkan, sokongan paling lemah terhadap TPPA adalah di Amerika syarikat dan Malaysia dengan hanya mendapat sokongan 38 peratus rakyatnya.

“Negara yang menerima bantahan paling kuat daripada rakyatnya adalah Kanada (31%), Australia (30%),” laporan Pusat Penyelidikan Pew itu dipetik.

Di Amerika, kira-kira 12 peratus rakyatnya mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentang rundingan ini.

“Manakala 31 peratus rakyat di Malaysia juga mengatakan perkara serupa,” kata laporan itu lagi.

Asas kepada penentangan itu dikatakan berpunca daripada dasar perjanjian yang berat sebelah, dan kerahsiaan butir penjanjian yang menimbulkan keraguan dikalangan rakyat.

Laporan itu menyebut, hanya beberapa sahaja yang menerima sokongan kuat daripada rakyatnya termasuk Vietnam, di mana 89 peratus rakyatnya yakin TPPA memberi lebih manfaat kepada negara mereka.

Begitu juga, di Kanada, 70 peratus menyokong dan di Australia 67 peratus.



http://www.ismaweb.net/2015/07/kajian-sokongan-terhadap-tppa-di-amerika-malaysia-paling-lemah/

Wednesday, 22 July 2015

TPPA Musuh Rakyat Malaysia!

6 Ancaman TPPA yang perlu kita semua tahu. Dan kartel kapitalis antarabangsa (sesetengahnya jelas pro Zionis) yang perlu anda kenal. Salam Lebaran. #SayNoToTPPA #JanganJualNegara




Sunday, 19 July 2015

#SayNoToTPPA #JanganJualNegara

Lagi poster untuk kita kongsi bersama dengan sanak-keluarga sempena menyambut Syawal. Selamat Hari Raya. Selamat bercerita tentang keburukan TPPA kepada kenalan dan semua ahli keluarga kita.




Mari ramai-ramai kita sebarkan.

Saturday, 18 July 2015

#JanganJualNegara #SayNoToTPPA

Salam Syawal. Maaf Zahir Dan Batin. Sempena kita sedang menjamu juadah raya mari kita semua cuba bawakan sedikit mesej kesedaran dikalangan keluarga dan kawan-kawan kita terhadap isu penting TPPA yang bakal membawa seribu-satu kerosakkan kepada negara dan kita semua. 

Ini adalah tidak lain dan tidak bukan satu bentuk penjajahan ekonomi orde dunia rejim Amerika Syarikat.



Mari ramai-ramai kita sebarkan.

Friday, 17 July 2015

Rakyat Perlu Bangkit Tolak TPPA!

Salam Syawal & Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Disamping kita sedang menjamu selera bersama dengan sanak-saudara dan taulan, marilah sama-sama kita berkongsi cerita tentang malapetaka yang bakal dihadapi negara dan kita semua dengan termeterainya TPPA.

Video sidang akhbar yang dibuat oleh PEMBELA baru-baru adalah untuk menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bangun membantah TPPA yang dikatakan bakal ditandatangani kelak.



Jangan Jual Negara. Kami Rakyat Malaysia Bantah TPPA!




Mari ramai-ramai kita sebarkan.

Thursday, 16 July 2015

Gerakan Harapan Baru aka Jaringan Islam Liberal?

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Zuhdi berkata Gagasan pemikiran Muslim Progresif ini sebenarnya selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

 
Ulil Abshar Abdalla tokoh Islam Liberal yang telah diharamkan masuk ke Malaysia

Tambahnya, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990an.


Semalam, bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu bulan lalu, melancarkan wadah baharu mereka yang dinamakan “Gerakan Harapan Baru”.

Kata Dr Mohd Zuhdi, gagasan pemikiran Muslim Progresif jauh bertentangan dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif.

“Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

“Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/gerakan-harapan-baru-dukung-gagasan-muslim-progresif-selari-dengan-islam-liberal/

Wednesday, 15 July 2015

Boikot Low Yat Sampai Tutup!

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sehingga tercetusnya rusuhan pada malam Ahad lalu masih menjadi perbualan hangat dan topik utama di media sosial.
 
Rata-rata pengguna laman sosial meluahkan ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang diberikan peniaga di plaza itu sejak sekian lama. Bahkan bukan sahaja di Low Yat, tetapi juga di tempat lain seperti Kompleks Pertama, Kota Raya dan lain-lain.

Susulan itu hasil aduan dan luahan orang ramai secara bertubi-tubi selepas insiden itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo, Oppo serta Nokia bernilai RM500,000 di Kompleks Pertama.


Pengarah KPDNKK, Muez Abd Aziz berkata semua produk berkenaan dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti pembekal kepada peniaga di pusat berkenaan.



Bagaimanapun hasil tinjauan Ismaweb mendapati pengguna laman sosial masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan penipuan yang berlaku di Low Yat. Mereka menggesa KPDNKK membuat serbuan dan siasatan pula di Low Yat.

Menceritakan pengalamannya menurut Adi Samad, beliau bersama isterinya pernah ditipu peniaga di Plaza Low Yat.


“Beli dua biji handphone setelah berkali-kali tanya tentang keaslian handphone tersebut.

“Berkali-kali juga si penjual kata original. Dah beli tergerak untuk semak dengan kedai lain. Didapati ianya tidak ori. Terus naik balik ke kedai di mana handphone tersebut dibeli. Minta balik duit. Dekat sejam juga bertekak baru dapat,” ceritanya.

Muhammad Taufik Ali Hashim pula berkata, beliau ditipu oleh peniaga di tingkat 2 plaza itu.

“Saya kena tipu dekat tingkat 2.Tunjuk handphone ori, bayar RM 2 ribu lebih. Buka depan dia kotak handphone. Tengok clone, minta duit balik dia tak bagi. Ugut polis dorang dah beli. Saya pergi tribunal tiada respon. Akhirnya bawa polis teman selesai kes,” ujarnya.


Begitu juga Sahrizal Zainal menceritakan pengalamannya.

“Saya pernah kena tipu. Bila minta tukar baru buat muka ketat. Kemudian berbulan-bulan tunggu untuk baiki. Beli barang baru tetapi terpaksa tunggu berrbulan. Buat malu la. Kasi tutup je la,” katanya.


Susulan itu, pengguna-pengguna laman sosial mula melancarkan kempen memboikot Plaza Low Yat berikutan kes menipu barangan gadjet yang sering berlaku tetapi tiada penguatkuasaan diadakan.

Mereka mendesak agar Plaza Low Yat ditutup.
 
Mohd Taib Mohd Said berkata, ada yang beritahu Low Yat menipu orang Melayu sahaja. Semua sekali mereka tipu. Cuma Melayu tidak faham apa peniaga cakap dan sebab itu paling kerap kena tipu.

“Jadi jom boikot Low Yatt kerana penipuan bukan kerana sebab lain,” katanya.



 http://www.ismaweb.net/2015/07/pengguna-kongsi-pengalaman-ditipu-di-low-yat-ajak-boikot/

Tuesday, 14 July 2015

Peniaga Cina Dilaporkan Banyak Menipu-Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Umum maklum bahawa ‘penipuan’ adalah salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi apabila menjalankan urus niaga dengan peniaga Cina.
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dalam masyarakat Cina, sebahagian mereka beranggapan bahawa menipu adalah salah satu cara untuk mendapat keuntungan lebih.



“Kita tidak nafikan itu memang amalan mereka, sudah menjadi budaya mereka pun dalam berniaga.

“Bahkan mereka beranggapan dengan menipu mereka boleh cari makan. Tetapi malangnya, orang yang selalu kena tipu itu adalah orang Melayu, ” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu lalu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di Plaza Low Yat. Rentetan itu, sekumpulan tujuh lelaki ‘melepaskan geram’ di premis berkenaan.

Jelas Datuk Nadzim, isu penipuan di Low Yat ini adalah perkara biasa. Hakikatnya tempat seperti Low Yat, Kota Raya, Pertama Kompleks sudah menjadi lubuk penipuan sejak azali lagi.

“Kita sudah biasa dengar amalan penipuan oleh para peniaga ini. Banyak laporan yang diterima daripada pelancong antaranya dari Arab Saudi, Bangladesh dan lain berhubung penipuan ini.

“Jadi tidak pelik bila insiden pergaduhan yang berlaku itu pun disebabkan perasaan marah kerana ditipu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat pantauan yang lebih kerap dan berkala berhubung isu ini.

“Orang ramai perlu memberikan kerjasama, lapor kepada pihak berkuasa supaya isu seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/banyak-laporan-peniaga-cina-menipu-ketua-aktivis-ppim/

Sunday, 12 July 2015

Faisal Tehrani Mula Biadap?

SALAH seorang tokoh liberal yang perlu diambil perhatian adalah Faisal Tehrani (FT) atau nama sebenarnya adalah Mohd Faizal Musa.



Akhir-akhir ini, FT kelihatan semakin berani menyatakan perlawanan dan penghinaan terhadap institusi Islam di negara ini dan institusi ulama pada umumnya. FT kini berterus terang tentang pendirian liberalnya setelah beberapa bukunya diharamkan oleh JAKIM.

Sebagai seorang Muslim sewajarnya setiap perkara buruk yang menimpa diri kita menjadi pengajaran agar kita kembali ke jalan yang benar, namun tidak begitu yang dilakukan oleh FT.

Terlalu banyak kesesatan pemikiran, penyelewengan fakta serta penafsiran yang salah terhadap Islam yang dilakukan oleh FT dalam karya-karyanya.

Di sini saya hanya ingin menggariskan perkara-perkara penting dalam siri serangan terhadap institusi Islam di negara ini. Dalam sebuah wacana bertajuk Hak Asasi Manusia: Cabaran Pelaksanaan di Alam Melayu pada 2 Julai 2015, beliau menggelar para ulama di negara ini sebagai ‘jadong’ yang merupakan singkatan daripada jahat, bodoh dan sombong.

Jadong adalah istilah yang dicipta oleh Syed Husein Alatas bagi merujuk kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang rosak moralnya sehingga boleh menghancurkan bangsanya sendiri. Istilah ini ternyata telah disalahgunakan oleh FT untuk merujuk kepada para ulama yang berkhidmat untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

Dengan penghinaan terhadap ulama ini, FT berusaha untuk menghakis kedudukan mulia dan tinggi para ulama di mata umat Islam.

Dalam bukunya yang terbaharu – Aku____, maka aku ada – FT mengangkat slogan “usah ajari aku bagaimana menjadi seorang Muslim, engkau tidak semua tahu aku tidak selalu jahil”. Kata-kata yang ditujukan kepada para ulama yang baginya mengongkong sehingga ia tidak bebas berkarya sesuka hatinya.
Lebih dari itu, dalam wacana di atas, FT juga memburuk-burukkan institusi raja yang telah berdaulat sejak lebih kurang seribu tahun lamanya. Hanya semata-mata terdapat kepincangan di sana sini tidak mewajarkan seseorang itu meruntuhkan institusi yang telah sebati dengan jati diri Melayu itu dan telah mengalami proses Islamisasi.

FT tidak faham bahawa konsep zillu’Llah fi al-ard bukannya alat legitimasi yang diberikan oleh ulama untuk para sultan memiliki kuasa mutlak, melainkan ia adalah ungkapan bagi mengingatkan para sultan bahawa dirinya bukanlah siapa-siapa melainkan bayang-bayang yang perlu sentiasa mengikuti perintah dan kehendak Allah SWT.

Kebebasan perlu ada batasnya. Agama Islam dan nilai-nilai ketimuran kita khususnya tidak dapat menerima kebiadapan, sifat kurang ajar yang ditunjukkan oleh kelompok liberal.

Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris


Tidak ada negara dan bangsa di dunia ini yang boleh berkompromi terhadap sebarang usaha meruntuhkan dan sikap biadab warganya terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang menjadi tiang seri pembinaan negara dan bangsa tersebut.

Dalam buku terbaru itu, FT semakin menyerlahkan kesesatan pemikiran yang dibawanya. 

Beliau menegaskan: “Akhlak menentukan seseorang itu kafir atau tidak. Kekafiran tidak tersangkut pada perbezaan keyakinan, kepercayaan atau akidah”.

Selanjutnya FT menjelaskan: “Jika anda berada di atas jalan, kekafiran anda tidak terungkap pada akidah atau kepercayaan. Jika anda tidak berakhlak di atas jalan raya, semberono dan hilang santun, jika anda seorang pembuli jalan raya, jika anda seorang pencarut tegar maka anda seorang kafir walaupun anda berserban berjubah, atau berhijab litup.

“Contoh besar; jika anda meyakini kepercayaan atau kaum anda lebih superior dan benar, anda pun mengherdik kepercayaan orang lain, lantas menghina kaum lain dengan begitu angkuh dan sombong, justeru, walaupun ada seorang alim di mata komuniti anda, tetap menurut al-Quran anda adalah seorang kafir. Justeru, pencabul hak asasi manusia terkelompok dalam golongan kafir, biar batang tubuhnya membawa nama Islam, atau nama bukan Islam.”.

Definisi yang diberikan oleh FT ini sebenarnya merupakan luahan dendam ke atas peristiwa yang terjadi ke atas dirinya apabila seseorang telah menzahirkan kemarahan dan kebenciannya kerana kecelaruan dalam karya-karya FT sehingga menghamburkan kata-kata kasar serta tuduhan kafir ke atasnya.

Persoalannya mengapa pengalaman peribadi perlu diangkat sampai ke tahap mahu merombak definisi kufur yang telah disekapati zaman berzaman. Sewajarnya jika tuduhan itu tidak benar ia abaikan sahaja, tidak perlu marah, apalagi membuat satu gerakan liberalisme bagi merombak prinsip-prinsip Islam.

FT telah mengelirukan konsep Fasik dengan Kafir. Orang Fasiq adalah orang yang melakukan dosa besar, meskipun melakukan dosa besar para ulama tidak menjatuhkan hukuman kafir kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Meskipun ia akan mendapat seksaan neraka kerana dosa-dosanya itu tetapi dari segi akidah, pada zahirnya, ia tetap dianggap sebagai seorang Muslim dan hukum-hukum Islam berlaku ke atasnya. Justeru, dengan kayu ukur di atas FT telah dengan mudah menjatuhkan hukum kafir kepada orang Islam yang melakukan dosa, dan dengan itu menerakakan ramai orang.

Pandangan seperti ini dalam sejarah Islam adalah pandangan para pelampau daripada golongan Khawarij dan sebahagian Mu’tazilah. Dengan demikian jelaslah bahawa pemikiran yang dikemukakan oleh FT ini adalah ajaran yang sesat dan menyesatkan.

Dalam artikel di malaysiakini yang bertajuk “Aku, Liberalis”, FT seolah-olah mengisytiharkan perlawanan besar- besaran terhadap institusi agama di negara ini.

Beliau membayangkan dirinya seperti tokoh reformis Barat yang menentang pemerintahan absolutis dan kuku besi yang bersekongkol dengan gereja untuk menindas rakyat dan mengekang kemajuan. Institusi ulama disamakan dengan institusi gereja di “zaman kegelapan”.

Seseorang yang waras akan sedar bahawa apa yang dikatakan oleh FT ini jauh panggang dari api. Meskipun institusi Islam seperti Jakim ini memiliki kekurangan namun ia tidaklah seburuk yang digambarkan oleh FT. Selain gagal membuktikan dakwaannya di atas, FT ternyata sangat berlebihan dan hal ini didorong oleh rasa tidak puas hati yang bersifat peribadi.
 
Seorang Muslim semestinya memahami bahawa peranan negara dalam Islam adalah memelihara agama. Jika terdapat kefahaman agama yang menyeleweng dan sesat adalah menjadi tugas pemimpin memastikan fahaman tersebut tidak disebarluaskan kepada masyarakat.

Kerana itu tindakan JAKIM dan MAIN mempunyai asas yang kuat, justeru, seyogianya FT memikirkan semula kefahaman agamanya agar tidak dianggap sesat dan mempertahankannya secara ilmiah jika sememangnya tidak sesat dan bukannya menimbulkan kekacauan.

Hak asasi manusia hanyalah salah satu “topeng” yang digunakan oleh FT bagi mengaburi pembacanya. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang seni beliau mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pentingnya penggunaan topeng ini dalam seni persembahan.

Ia dapat diumpamakan seperti persembahan silap mata yang memerlukan kemahiran dalam seni persembahan, jika tidak karya-karyanya tidak akan diminati anak muda. Sememangnya terdapat ramai remaja di luar sana yang sentiasa mahukan bahan-bahan bacaan yang menghiburkan. Mereka ini sukakan unsur-unsur kejutan, kelainan, bagi membuang kebosanan, maka dengan menampilkan sesuatu yang berlainan persembahan itu akan mendapat sambutan di kalangan anak muda.

Justeru, kita khuatir mereka sebenarnya lari dari satu bencana hanya untuk menyerahkan diri kepada bencana yang lain. 

Karya FT yang dikatakan berbaur syiah?


Kita tidak menafikan banyak yang diperjuangkan oleh UDHR adalah selari dengan yang diperjuangkan oleh Islam. Sekitar 85% kita boleh bersetuju, ini kerana yang 85% ini merupakan produk pemikiran manusia yang telahpun mengapung dalam korpus ilmu masyarakat dunia, menjadi sebahagian daripada peradaban manusia, prinsip equality before the law, the rule of law, jaminan terhadap kebebasan bersuara, beragama, kebebasan mendapatkan keselamatan dan kecukupan (freedom of speech and faith, freedom from want and fear) telah menjadi norma yang diterima pakai dalam masyarakat antarabangsa.

Semua ini telah ada dalam peradaban Islam dengan nama dan konsepsi yang berbeza. Dalam perbincangan pemikiran politik Islam semua ini disebut sebagai al-daruriyyat, necessities, yang menjadi kewajipan pemerintah untuk menyediakannya tanpa perlu dituntut sebagaimana dalam konsep hak.

Barang diingat Magna Carta tahun 1215 bukanlah perlembagaan pertama di dunia melainkan piagam Madinah yang ditulis oleh Rasulullah pada tahun 622, tiga natural rights yang dikemukakan oleh John Locke (1704) bukanlah perkara baru kerana Imam al-Ghazali (1111) telah terlebih dahulu mengemukakan 5 maqasid al-Shari’ah.

Terdapatnya 15% perkara-perkara dalam UDHR yang bercanggah dengan hukum Islam, norma masyarakat Timur, seperti kebebasan untuk murtad, menyebarkan ajaran sesat, seks bebas dan songsang, hak LGBT, dan sebagainya.

TIDAK boleh dipandang remeh, kerana hal ini melibatkan perkara pokok dalam agama dan cara hidup orang Islam yang perlu diatur mengikut agama.

Umat Islam tidak boleh dipaksa menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan Shari’ah Islam.

FT telah menikmati kebebasan bersuara sejak sekian lama, banyak karya tulis beliau telah pun mempengaruhi ramai generasi muda yang dahagakan hiburan. Hanya baru-baru ini JAKIM mengharamkan sebahagian buku beliau kerana kandungannya yang melampau.

Kebebasan bersuara yang diberikan kepada penulis ini telah disalahgunakan untuk menyebarkan fahaman yang sesat dan keliru, meracuni pemikiran anak muda dengan menyelewengkan fakta sejarah dan memburuk-burukkan institusi Islam di negara ini dengan tujuan yang jelas iaitu meruntuhkannya.

Ini kerana ia adalah institusi yang memartabatkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak menerima Akidah Syiah. Seandainya FT akur dengan undang-undang negara, termasuk kekangan kepada penyebaran fahaman Syiah niscaya buku-buku beliau tidak akan diharamkan.

Pengharaman buku oleh JAKIM di negara ini bukan untuk mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, melainkan untuk memelihara agama Islam daripada diselewengkan dan diputarbelit bagi memenuhi nafsu ajaran sesat serta memelihara keamanan dan kedamaian.

Universiti tidak sewajarnya menjadi tempat bagi golongan liberal menyebarkan kekeliruan. Apalagi memberi ruang kepada penulis yang telah menunjukkan sikap biadab kepada institusi Islam dan institusi raja.

Negara kita tidak mengamalkan absolutisme kerana di luar universiti golongan ini mempunyai ruang yang besar dengan adanya sebahagian anak muda yang cenderung kepada liberalisme dan fahaman Syiah. Ini bermakna negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dan kerana itu juga NGO liberal seperti IKD, SIS dan IRF masih kekal berleluasa.

Jika kelompok ini mendapat dana yang besar dari luar untuk menyebarkan faham liberalisme dengan tujuan menguasai pemikiran umat Islam secara halus, kerajaan yang bertekad untuk mendaulatkan Islam dan telah pun mengambil pendirian yang tegas terhadap liberalisme tentunya berhak menyekat gerakan ini daripada terus meracuni pemikiran masyarakat Islam.

Semoga Allah SWT menjauhkan diri kita dan saudara-saudara kita daripada kesesatan yang datang dalam pelbagai bentuknya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/luahan-kemarahan-faisal-tehrani-satu-kebiadaban-terhadap-islam-institusi-raja/

Saturday, 11 July 2015

PEMBELA Lancar Kempen 'Rakyat Bersatu Tolak TPPA'

Hampir 200,000 ribu risalah ‘10 sebab mengapa TPPA mesti ditolak’ disebarkan di seluruh negara hari ini sebagai permulaan kempen mendesak kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA).


 
Serentak itu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) melancarkan kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’ bagi memperjelaskan kepada masyarakat mengenai bahaya TPPA dan sekali gus menyatakan bahawa masyarakat menentang tindakan kerajaan yang mahu mempertaruhkan Malaysia ke tangan Yahudi.
Kempen ini akan bergerak ke seluruh negara dengan pelbagai aktiviti antaranya tandatangan petisyen bantah TPPA, secara online di www.janganjualnegara.com, siri ceramah di seluruh pelosok tanah air, edaran risalah setiap minggu, kempen melalui media sosial, melobi anggota-anggota Parlimen dan pelbagai lagi.


Timbalan Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, berkata kempen itu bertujuan menyeru rakyat agar menolak hasrat kerajaan menandatangani perjanjian TPPA sekali gus mendesak kerajaan membatalkan rancangan mereka itu.

Katanya, PEMBELA amat yakin bahawa TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialis kapitalis Amerika-Yahudi.

“TPPA ini adalah agenda syarikat gergasi multinasional Amerika-Yahudi yang mahu meluaskan empayar kekayaan dan kekuasaan mereka di rantau Asia, bagi mengekang kemaraan China yang diramalkan akan menjadi kuasa besar ekonomi, politik dan ketenteraan dunia sedikit masa lagi.


“TPPA dirunding tanpa kebenaran rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera, yang tidak tahu menahu masa depan mereka sedang menjadi pertaruhan. Malah, pihak kerajaan sendiri belum lagi mengemukakan apa-apa hasil kajian kos dan manfaat akibat perjanjian yang amat dicurigai oleh kebanyakan rakyat dunia ini.

“Jika ia ditandatangani, sudah pasti ia akan merentap maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan pelbagai keistimewaan yang kita nikmati selama ini tidak lagi diperolehi,” katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, menjelaskan bahawa kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’ ini dilaksanakan secara habis-habisan selama beberapa bulan sehingga kehadiran Presiden Ameraka, Barrack Obama ke Malaysia.



“Ini kerana kita dimaklumkan, TPPA ini akan ditangani ketika Obama hadir ke Malaysia. Jadi sebelum apa-apa berlaku, kita desak kerajaan agar tidak memilih pendirian untuk menandatangani perjanjian tersebut,” ujarnya.

Antara NGO yang terlibat dalam kempen ini ialah Isma, Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukhuwah Ummah (Promuslim), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

Selain itu ialah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (Ikkdas), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (Imedik), Gerakan 153 (G153) dan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati).



http://www.ismaweb.net/2015/07/pembela-lancar-kempen-rakyat-bersatu-tolak-tppa/

Wednesday, 8 July 2015

Kes Pertubuhan Haram SIS Lawan MAIS Didengar 12 November

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 November ini bagi mendengar permohonan semakan penghakiman oleh pertubuhan haram – Sister in Islam (SIS) – dan dua yang lain berhubung keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap mereka.
 
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhasniah Abdul Razak menetapkan tarikh itu di dalam kamar ketika kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Majdah Muda, yang mewakili MAIS, memberitahu wartawan bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar kes itu.

SIS haram!

Permohonan SIS dan dua yang lain itu dibuat berikutan tindakan MAIS mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam dan menggesa ahlinya bertaubat.

Pada 10 Disember tahun lalu, SIS dan pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar serta Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk permohonan semakan penghakiman.

Ketika mmembenarkan permohonan itu, Asmabi memutuskan bahawa permohonan ketiga-tiga pihak itu tidak remeh.

Ini berikutan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan SIS sebagai pertubuhan haram kerana didakwa menganuti dan menyebarkan fahaman agama “liberal dan pluralisme.”.

Dalam laman web tersebut ia menggazetkan Sisters In Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.



http://www.ismaweb.net/2015/07/kes-pertubuhan-haram-sis-lawan-mais-didengar-12-november/

Ambiga Mahu Kebebasan Bersuara Disekat??

Pendakwah dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa Datuk Ambiga Sreenevasan lebih berbahaya kepada negara ekoran perjuangan hak asasinya yang bercanggah dengan Perlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan.
 
Membidas bekas Pengerusi Majlis Peguam itu, Ridhuan berkata, adalah tidak adil jika pandangan dan pendapatnya mahu disekat sedangkan kumpulan hak asasi dibiarkan bercakap dengan bebas.

Ambiga sudah mabuk ke, dulu mahu kebebasan bersuara sebebas-bebasnya, sekarang mahu sekat kebebasan bersuara sesetengah pihak, manyak cantik itu muka?!

“Pejuang hak asasi manusia yang bercanggah dengan Perlembagaan dan agama seperti dia sendiri (Ambiga) boleh pula bercakap. Bukankah dia lebih bahaya daripada orang yang dituduh perkauman. 

“Kenapa mereka dibiarkannya bebas bercakap. Saya pula tak boleh membalas apa yang mereka cakap. Jika apa yang saya cakap itu salah, buktikan, mari kita berdebat,” katanya kepada Ismaweb.

Ridhuan berkata, selama ini beliau hanya mengeluarkan pendapat bagi mempertahankan hak orang Islam di tanah air mereka sendiri daripada pihak yang cuba mengganggu mereka.

“Saya tak akan ganggu orang lain selagi mana mereka tak ganggu hak Islam di bumi Islam sendiri.

“Saya tak kisah dituduh perkauman selagi yang saya pertahankan itu menjadi hak orang Islam. Apakah ultra kiasu tidak perkauman?,” soalnya.

Ambiga, ketika berucap dalam forum “We are convinced – Time for a new Malaysia away from racism”, di Petaling Jaya hari ini menyifatkan Ridhuan sebagai “ekstrem perkauman”.

Ekoran itu beliau menggesa akhbar tidak memberi lebih ruang kepada Ridhuan menyampaikan pandangannya, termasuk sebagai kolumnis.



http://www.ismaweb.net/2015/07/ambiga-lebih-bahaya-bukan-saya-ridhuan-tee/