Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Sunday, 31 May 2015

Abu Chia menulis...

'tiada suami, aku okay'

Abu baru sahaja habis pening baca tulisan seorang wanita yang mendabik dada dengan kehidupannya tak bersuami. Abu tak pasti la sama ada dia ni mengamalkan celibacy atau tidak. Abu juga tidak dapat nak pastikan sama ada selera dia ni bagaimana bentuknya. Tapi apa yang nak Abu kata ialah bagus dan tahniah lah kalau dia bahagia hidup tanpa suami. Abu cuma mampu doakan dia bersuami cepat. Itu pun kalau itu lah yang dia nak. Apa pun yang dia nak Abu doakan semoga Allah makbulkan jika ianya baik untuk dia dan jauhkan jika ianya tidak baik untuk dia. Sesungguhnya, Allah SWT maha mengetahui segala sesuatu dan sebaik-baiknya kita berserah kepada kehendak-Nya.

Tapi apa yang Abu kurang senang ialah cara dia menceritakan  kegembiraannya itu seolah-olah hidup tidak bersyariat, er maksud Abu ialah hidup tanpa bersuami merupakan satu pilihan yang lebih baik. Seolah-olah gadis yang memilih berkahwin, apatah lagi yang berkahwin awal, pada usia 17 tahun, contohnya, tidak berfikir panjang. Tidak diberi kebebasan untuk berfikir untuk diri sendiri dan bakal ditindas. Ada orang pada umur 17 tahun sibuk fikir pasal SPM, itu kita tidak nafikan dan kita hormat. Mencari ilmu adalah amalan yang mulia dan dituntut agama. 

Perempuan jadi objek seks, 'diratah' dengan pelbagai cara dan gaya, 'percuma', feminis-feminis Malaysia tak pula marah-marah? SIS komen sikit?
Tetapi kepada yang mahu berumah-tangga ada umur 17 tahun, jalan halal seperti yang disyariatkan Islam, kenapakah pula sesetengah daripada kita cepat pula mahu menghina, memomokkan seolah-seolah ianya sesuatu yang songsang? Undang-undang Malaysia juga tidak melarangnya, jadi kenapakah pula sesetengah Muslim, seperti wanita ini yang bangga dengan label feminis ini, ditengah-tengah kebebalan dan kurang ajar sesetengah golongan bukan Islam yang melabelnya sebagai ‘child marriage’, cuba memberikan konotasi negatif kepada institusi perkahwinan tersebut, cepat pula bersetuju mahu menghina perbuatan tersebut, dengan ejekan-ejekan menghina?

Seolah-olah mereka-mereka yang berumah-tangga itu sudah melakukan satu kesilapan besar. Seolah-olah syariat agama itu salah. Seolah-olah sunnah yang diajarkan oleh junjungan besar kita juga salah. Itu Abu rasa tidak patutlah. Itu Abu rasa sudah melampau. Abu nak dia guna ruang dan kelapangan yang Allah SWT berikan kepada dirinya itu digunakan sebaik mungkin. Bukan apa Abu pernah terserempak dengan gadis ini dekat Bangsar masa makan tengah hari beberapa bulan dulu. Abu tengok orangnya lawa namun sayang seribu kali sayang, kata-katanya tidak selawa orangnya. 

Abu juga tak faham kenapa pula Muslim nak kena ‘govern’ hidup mereka dengan konvensyen yang ditetapkan oleh World Bank? Abu memang tak pernah faham dengan pemikiran feminis sempit macam yang seorang ni! 

Tapi Abu boleh faham kenapa yang mereka marah sangat apabila ‘pop culture’ cuba mengetengahkan konvensyen yang tidak selari dengan pegangan hidup mereka. Hey, siapa kata Abu cakap pasal ‘Suami Aku Ustaz’?

Talking Kok!

Satu lagi yang buat Abu pening kepala sebab banyak sangat geleng kepala bila baca kenyataan yang dibuat oleh andar DAP tu yang tak habis-habis meroyan pasal Perjanjian 10 Perkara. Kata ahli politik itu lagi bahawa kerajaan sudah melanggar ‘perjanjian’ yang dibuat tidak berapa lama dulu apabila bible berbahasa Melayu (Bahasa Indonesia?), Al-Kitab boleh diimpot atau diekspot ke Semenanjung Malaysia tanpa sebarang sekatan atau peraturan. 

Sudah Terang Lagi Bersuluh
Apakah andar DAP tu sudah lupa bahawa Perdana Menteri pernah direkodkan sebagai berkata bahawa Perjanjian 10 Perkara masih tertakluk kepada peruntukan enakmen negeri-negeri yang sesetengahnya melarang pengunaan beberapa perkataan atau kalimah Islam, seperti kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam. Hal ini telah dilaporkan secara meluas oleh media-media massa. 

Al-Kitab yang telah dirampas JAIS juga menjadi bukti bahawa pengedaran atau pengimpotan bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ tersebut sememangnya tertakluk kepada enakmen negeri Selangor yang jelas melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam. Sebab itu la, Kementerian Dalam Negeri nak adakan satu SOP supaya salah faham yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

Cuma yang Abu pelik, YB Kok ni tak baca suratkhabar ke asyik merepek meraban tak habis-habis? Ke memang jenis yang kaki penipu? Buat malu Abu je la!

‘Inferiority Complex’ 

Cakap pasal rendah jati diri atau sindrom rasa rendah diri yang melampau ni, Abu teringat pasal kedatangan dua orang ‘tamu’ ke negeri bertuah ini. Seorang aktivis Kristian Hong Kong yang baru saja dihantar pulang ke tempat asalnya oleh kakitangan imigresen kita sebab telah disenarai-hitam pada awalnya. Seorang lagi penasihat Majlis Eropah tentang Islam yang baru sahaja pulang ke tempat asalnya setelah menghina Muslim di negara ini kononnya kita akan terkebelakang dengan perlaksanaan Hudud kelak yang belum lagi disenarai-hitamkan.

Yang Abu ‘hairan bin ajaib’ tak dapat nak fikir ialah siapa yang pandai sangat pergi jemput dua susuk ini masuk negara kita? Apa yang banga.. er bijak sangat buat macam tu? Sekolah kat mana puak-puak ni?
Kalau setakat nak masuk ke dalam negara ni untuk ajar supaya segelintir rakyat Malaysia yang bersikap anarki supaya lebih terlatih untuk memporak-perandakan Malaysia, Abu ingat tak perlu kut. Budak-budak baju hitam geng Bard pun boleh buat lagi dasyat daripada tu. Nak merosakkan harta-benda awam rasanya, rakyat kita ramai yang pandai-pandai, kita tak payah berhabis duit nak jemput Joshua Wong. Unit Amal PAS mungkin boleh cerita pengalaman ngeri nak kawal pendemo-pendemo Bersih sikit lama dulu.

Tentu saja kita masih ingat dengan insiden kereta peronda PDRM terbabas di Sogo kerana dibaling objek keras oleh pendemo-pendemo Bersih hanya kerana mereka mahukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ‘dibersihkan’. 

Anal is a way of life for some
Demo yang sememangnya sangat tidak bersih itu telah menunjukkan wajah hodoh anak-anak muda Malaysia yang sering dihidangkan ide-ide filsuf Barat yang menolak Tuhan. Insiden Sogo tersebut puncak kepada ‘pembenihan’ elemen-elemen anarkis yang banyak dihidupkan oleh aktiviti seni dan bedah buku yang gagal dipantau pihak berkuasa. Sikap idealis anak-anak muda Muslim sedang digembleng elemen-elemen sekular dan liberal ala ‘Blue Ocean’.

Yang lagi Abu hairan ialah apabila ada juga orang-orang Muslim dewasa yang suka untuk terkesima dengan ‘cendiakawan’ Islam yang diimpot dari Barat seperti Jasser Auda.

Menurut Jasser Auda yang baru sampai sehari, Hudud tidak sesuai untuk Malaysia. Abu pelik bin ajaib tahap atuk gaban sebab Auda bukan orang Malaysia. Macam mana dia tahu yang Hudud bukan untuk Malaysia. Dia pun bukan orang Kelantan. Ada sisi apa dia berbuat kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab itu? Lagi kurang ajar lelaki ini juga menghina kita dengan mengatakan apa yang kita sedang amalkan sekarang ini, Undang-Undang Syariah dan Sivil dalam satu negara, tidak mengambarkan identiti sebuah negara maju. Jasser Auda buta? Mungkin kita tidak semaju Kesatuan Eropah, tetapi kita juga tidak pernah mundur, sedangkan kedua-dua sistem tersebut sudah lama kita amalkan. Skrip apa yang Auda pakai ni? 

Hairan betul Abu?!
Takkan kita nak layan kenyataan dangkal seperti ini. Macam mana kita nak layan kenyataan bias dan very uninformed seperti itu? Bukankah rakyat Muslim Malaysia yang lebih berhak untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu Hudud kerana ianya akan mempengaruhi hidup mereka. Terutamanya Muslim di Kelantan yang seperti yang dapat kita lihat melalui wakil-wakil mereka telah sebulat suara bersatu hati mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kenapa pula Auda yang jauh beribu batu nak beritahu kita apa yang boleh dan tidak baik kepada kita? Besar kepala sungguh. Auda dah kena sindrom ‘Beban Si Kulit Putih’ agaknya?

Abu nak tanya la macam tu, Greek mundur disebabkan Hudud ke Auda? Tapi ingat tak payah lah buang masa, jelas sangat si Auda ni tak faham satu benda pun pasal Muslim di Malaysia. Abu tahu, bila Abu baca kenyataan Auda yang mahu Muslim supaya tidak berprasangka dengan Gereja kerana katanya ‘Churches wont convert Muslims’, Abu istighfar panjang-panjang. Siapa kata, Auda tak pernah dengar pasal kisah Lina Joy ke? Azlina Jailani? 

Cendiakawan parachute macam Auda dan ramai yang sewaktu dengannya, masuk rumah orang selalu lupa bagi Salam.

Saturday, 30 May 2015

Reverend Mahu Rakyat Malaysia Langgar Undang-Undang?

Persekutuan Kristian Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang beberapa perkembangan yang berlaku kepada negara baru-baru ini. Perkembangan yang dikatakan sebagai sekatan kepada kebebasan beragama itu didakwa semakin menjadi-jadi apabila beberapa insiden kurang bertolenransi yang diamalkan oleh segelintir masyarakat Malaysia didakwa semakin mengambil tempat.

Persekutuan tersebut pada mulanya menyentuh tentang demo yang dibuat oleh sekumpulan penduduk Taman Medan yang membantah kewujudan salib yang diletakkan oleh sebuah gereja haram yang beroperasi di sederetan kedai dua tingkat di kawasan perumahan mereka.

Kata pengerusi kepada persekutuan tersebut, Rev. Dr. Eu Hong Seng bahawa kejadian tersebut tidak lain tidak bukan merupakan bait-bait kepada sikap tidak bertolak ansur sehinggakan salib simbol kepada kasih sayang dan pengorbanan ‘tuhan’ kepada manusia sejagat kini dilihat “or projected by some as threat”.

Masalahnya Rev Dr. bukan semua orang berkongsi pandangan yang sama dengan anda? Kami orang-orang Islam contohnya tidak menganggap Tuhan perlu ‘mengorbankan diri’ untuk manusia sejagat. 

Kenapakah Reverend tidak mahu bercakap tentang gereja-gereja supaya mematuhi undang-undang sedia ada dan cuba untuk tidak beroperasi secara haram? Kenapakah Persekutuan Kristian Malaysia tidak mengeluarkan arahan supaya gereja-gereja baru patuh undang-undang sedia ada?

Rev. Eu, Sudah Lupa Verse Bible Untuk Menghormati Undang-Undang Di Mana Bumi Dipijak? YDP Agong, jelas wajahnya pada Wang Kertas, sama seperti mana wajah Caesar digunakan 2000 tahun yang lalu. YDP Agong telah bersumpah untuk memelihara Islam pada setiap masa seperti di dalam Perkara 37 (1) PP kehendaki. Jangan melampaui apa yang diajarkan Jesus kepada umat Kristian.

Bukankah Jesus sendiri mengajar supaya "..render unto Caesar the things that are Caesar's.." di dalam Mark fasal 12 ayat 17?

Bukankah Jesus mengajar pengikut-pengikutnya untuk menghormati undang-undang di mana bumi berpijak? Jadi kenapa Rev. Eu mahu mengajak umat Kristian untuk menolak ajaran Jesus yang mudah ini? Tolong jangan bersikap biadap kepada ajaran-ajaran Jesus wahai Reverend!

Jelas, isu salib tersebut yang diletakkan secara semberono tanpa sebarang permit juga seperti didiamkan oleh pihak Persekutuan Kristian Malaysia.

Adakah golongan Kristian di negara ini boleh melanggar mana-mana undang-undang sedia ada atas nama kebebasan beragama? Adakah ini yang disyorkan oleh persatuan tersebut?

Kemudiaan persatuan tersebut menyentuh pula tentang larangan penggunaan beberapa kalimah Islam oleh bukan Islam seperti yang termaktub pada beberapa enakmen negeri sebagai satu lagi bentuk sekatan kepada kebebasan beragama. Larangan ini juga dakwa mereka telah menyebabkan beberapa insiden lain seperti rampasan bible Bahasa Malaysia di Selangor yang dipulangkan ‘after they were mutilated by endorsements of prohibitive words.’

Apa yang tidak diberitahu ole persekutuan Kristian tersebut ialah kewujudan kalimah Allah pada Al-Kitab yang jelas telah jelas melanggar enakmen negeri Selangor. Pulangan yang telah dibuat ‘in good faith’ itu kini telah dipolitikan oleh pihak tersebut apabila cop larangan penggunaannya di negeri Selangor, kononnya dikatakan telah merosakkan Al-Kitab. Persekutuan Kristian Malaysia nampaknya kena lebih jujur dengan diri sendiri dan orang ramai supaya mereka tidak dilabel penipu kelak.

Cop larangan tersebut bertepatan kerana ianya membolehkan penguatkuasaan supaya penggunaan dan pengedaran Al-Kitab yang dipulangkan itu tidak dibuat di Selangor. Sama seperti alasan awal bahawa Al-Kitab tersebut adalah untuk pengedaran dan  penggunaan di Sabah dan Sarawak, maka ianya sepatutnya tidak akan mendatangkan masalah langsung.

Adakah cop merah tersebut telah menutup mana-mana kalimah Al-Kitab sehinggakan menyukarkan pemahaman kepada mesej yang dibawakan oleh bible tersebut?

Solusinya mudah, Reverend dan Persekutuan Kristian Malaysia harus memastikan bahawa pengedaran Al-Kitab tidak dibuat di negeri-negeri yang mempunyai enakmen larangan penggunaan kalimah Allah dan beberapa istilah Islam oleh bukan Islam. Kecualilah jika persatuan tersebut mempunyai agenda tersembunyi seperti yang dituduh sesetengah pihak sebelum ini.

Tentunya Muslim masih berbekas dengan kisah Lina Joy yang dimurtadkan walaupun jelas undang-undang negara melarang perbuatan dakwah agama bukan Islam kepada orang-orang Islam. Tentunya kerisauan Muslim di Malaysia sememangnya berasas sama sekali.

Jadi atas dasar itu jugalah perlu diadakan satu bentuk SOP untuk pengedaran Al-Kitab di Sabah dan Sarawak supaya beberapa insiden salah faham yang sering berlaku di antara beberapa jabatan penguatkuasaan negeri dan persekutuan terhadap pengedaran dan pengimportan bahan-bahan dakwah Kristian daripada negara luar seperti Indonesia atau mana-mana tempat  dari dalam negara sekalipun dapat diselesaikan segera.

Tentunya kita tidak mahu kerajaan menutup sebelah mata apabila seorang paderi mengimport buku, atau makalah daripada luar, seperti Indonesia contohnya, berbondong-bondong hanya dengan alasan untuk kegunaan peribadi.

Peniaga kain batik juga kalau diberi peluang mahu mengimport ratusan malah ribuan kain batik Indonesia atas alasan untuk kegunaan peribadi! Adakah kita akan menghalalkan pengimportan haram bahan bacaan, vcd dan lain-lain bahan atas nama agama? Adakah Malaysia sememangnya mengamalkan seluas-luasnya amalan langit terbuka?

Jika hal ehwal Islam juga dikawal selia oleh perundangan sedia ada, sama ada pada peringkat negeri dan persekutuan, kenapakah pula hal ehwal Kristian atau mana-mana agama sekalipun tidak dikawal seadanya?

Oleh itu langkah yang sedang diusahakan kerajaan bukan saja patut dipuji malah disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia jika mereka ikhlas mahu melihat keharmonian sesama rakyat Malaysia pelbagai agama terpelihara. Jadi adalah menjadi satu perkembangan yang amat merisaukan apabila langkah yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak disokong oleh badan Kristian tersebut.

Malaysia ialah negara pelbagai kaum dan agama, kita tidak boleh membiarkan urusan hal ehwal agama dibiarkan tanpa sebarang SOP yang jelas dan berkesan.

Jadi kenapakah pula Persekutuan Kristian Malaysia melabelkan langkah tersebut sebagai ‘in total violation of the federal constitution’s protection for freedom of religion’?

Bukankah kebebasan beragama juga perlu mematuhi undang-undang sedia ada seperti yang disarankan oleh Perlembagaan Persekutuan? Kenapakah agaknya badan ini sekali lagi seperti mahu rakyat Malaysia untuk tidak menghormati malah berterusan melanggar undang-undang?

Perlu di perjelaskan juga bahawa apa yang telah diusulkan oleh Solusi 10 Perkara tidak pernah membenarkan jalan mudah supaya Al-Kitab yang mengandungi kalimah Allah bebas beredar tanpa perlu menghormati enakmen-enakmen negeri  sedia ada.

Oleh itu permintaan Persekutuan Kristian Malaysia supaya Al-Kitab yang mengandungi kalimah Allah bebas beredar di seluruh negara tidak harus dilayan Putrajaya.

Sikap ‘Bagi Betis Nak Paha’ dan lagak seperti ‘Belanda Dapat Tanah’ harus dihentikan segera persatuan tersebut. Lagipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kalimah Allah dilarang pengunaan oleh bukan Islam.

‘Instead of building religiously self-confident communities of mutual respect in our multi-ethnic, multi-cultural, multi-religious nation, there has been a progressive layering of fear tension and suspicion.’

Kita bersetuju dengan pandang ini dan ini lah yang telah dibuat oleh segelintir pihak apabila memberikan pandangan jahil tentang Hudud yang sebenarnya bukan sahaja telah menghina Islam malah membuatkan ramai Muslim rasa kurang senang sukar untuk tidak berprasangka.

Ini juga yang telah dilakukan oleh badan itu sendiri, apabila mendakwa bahawa perlaksanaan Hudud kelak bakal membawa kepada kekeliruan dalam proses perundangan negara dan “In addition, a dual criminal system would not only result in legal confusion and lead inevitably to miscarriage of justice”.

‘Kata Dulang, Paku Serpih’ Rev Dr. Eu Hong Seng?



http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/shrinking-public-space-for-religious-expression-increasing-repression-

Thursday, 28 May 2015

Joshua Wong, Rasis Cina Dan Sebakul Sampah

Berita hari ini memuatkan kenyataan angkuh Joshua Wong. Seorang aktivis upahan yang diangkat dari budak hingusan kepada tokoh revolusi ciptaan barat. Ditungggang dan dipergunakan untuk memperkosa negara bangsanya sendiri.

Apabila sebuah syarikat penerbitan  berlogo satwa keturunan anjing yang dikatakan didalangi oleh sekumpulan aktivis menjemputnya untuk aktiviti ‘sarapan pagi’, radar semua pihak tertumpu kepada kenapa menu aktiviti sarapan tersebut perlu mendapatkan si budak ini sebagai salah seorang tetamunya.

Revolusi Payung di Hong Kong tidak membawa apa-apa kecuali kerosakan yang diinginkan kepada imej China sebagai sebuah negara. Lumrah dunia, mahu glamer di mata barat, maka menyalak-nyalaklah mengikut skrip-skrip lolongan yang ditetapkan.



Joshua Wong, seorang rasis Cina. Bila dia ditahan, dia menempelak dengan berkata beliau akan lebih dikenali oleh orang-orang Cina nanti. Sana Cina, sini Cina, itu Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina Cina, ini Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina. Cina, Cina, Cina, Cina, Cina, Cina.

Kasihan. Worldview dan matlamat penghujungnya cuma kepada satu segmen manusia yang berbangsa Cina. Itulah juga yang berlaku kepada produk Vernakular tempatan. Dunia ini, bukan dihuni Cina sahaja. Nenek moyang saya juga berketurunan Cina dari Kwan Tung. Tetapi tidak totok dan sekeji orbit Cina orang-orang seperti Joshua Wong.

Kerana orang-orang seperti inilah, orang-orang Cina di Malaysia ini dilihat dalam satu bentuk prejudis yang tidak sepatutnya berlaku.

Melihat namanya Joshua, sesuatu yang asing bagi nama orang-orang Cina Tradisional. Ini juga mungkin jadinya apabila orang-orang Cina meninggalkan budaya asal mereka yang agung, meninggalkan kepercayaan tradisi untuk memeluk satu kepercayaan asing yang tidak pernah tahu mahu menghormati di mana bumi dipijak.

Confucius, Tao dan sebagainya mengajar manusia menghormati manusia dan tuan rumah. Tetapi Joshua mungkin tidak mempunyai konvensyen yang sama.
Lalu, dikatakan Malaysia takut kepada budak hingusan ini sehingga menahan beliau di muka pintu negara.

Maaf. Bukanlah Malaysia takut, tetapi bayangkan jika sebakul sampah yang tidak dikehendaki oleh jiran kita cuba dibuang ke dalam laman depan rumah kita, apakah kita akan membiarkan sahaja sampah-sampah itu masuk begitu sahaja?

Tentu sahaja tidak.

Budaya sampah dan manusia-manusia kecanduan budaya ini tidak harus masuk ke halaman tempat tinggal kita.

Itulah yang Malaysia lakukan. Memastikan Malaysia sentiasa Hijau dan Bersih. Maka elemen sampah sarap seperti Joshua Wong memang patut dihantar kembali di mana dia lebih diperlukan.

Wednesday, 27 May 2015

Bayangkan Melayu Sekat Tongkang Atok Moyang Ramasamy

Ramasamy bukan pribumi. Ramasamy darah keturunannya di Tanah Melayu ini tidak merentas jauh dari 5 generasi. Ramasamy ialah keturunan kepada sekumpulan manusia yang mencari ikhtiar hidup membina satu bentuk kehidupan baru untuk anak cucunya di bumi Tanah Melayu.

Ketika tongkang Atok Moyangnya mendarat, tiada orang Melayu memberi alasan negeri-negeri Melayu ini tidak cukup tanah untuk memberikan sedikit harapan kepada sekumpulan manusia yang mencari sinar kehidupan baru. Semuanya diberikan peluang untuk membina kehidupan.

Pada saat negara ini hendak merdeka dari cengkaman penasihat British, nenek moyang Ramasamy dibawa berpimpin tangan bersama untuk menjayakan sebuah Malaya yang Merdeka.

Mereka tidak dihalau pulang malah diberikan taraf warganegara. Taraf kewarganegaraan ini pula dilindungi oleh Perlembagaan. Malah Perkara di dalam Perlembagaan yang memberikan taraf kewarganegaraan ini seterusnya dilindungi oleh Akta Hasutan 1948.

Tiada siapa pun boleh mempertikaikannya hatta di dalam Parlimen itu sendiri. Inilah yang disungutkan oleh Nurul Izzah di Oslo setelah berkongsi masalah jerawatnya kepada dunia di sana. Ketika seluruh dunia bercakap mengenai gagasan kemanusiaan, dia bercakap mengenai jerawat batunya dipentas dunia. 

Deyy Ramasamy! Jika Melayu boleh berperikemanusiaan satu ketika dahulu, kenapa kamu tidak boleh bersikap serupa kepada Rohingya? Bukankah mereka juga manusia dan sama seperti kamu?

Sejak zaman berzaman, di Tanah Melayu ini, siapa sahaja yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakannya. 

Sejak zaman berzaman, di Tanah Melayu, siapa sahaja yang setia diambil sebagai warganegara.

Di Tanah Melayu, siapa sahaja asal mereka, mereka diterima dengan hati penuh terbuka.

Ini kerana semuanya adalah manusia dan semua manusia itu perlu dilayan dengan penuh perikemanusiaan.

Tetapi Ramasamy lebih Thosai dari daun pisang. Amat wajar dia dicarutkan dalam bahasa ibunda nenek moyangnya. 



Satu soalan kepada Zahid Hamidi, setelah Ramasamy membuat spekulasi berbaur fitnah yang mencadangkan projek IC akan dijalankan jika pelarian Rohingya ditempatkan di Pulau Pinang, kenapa kerajaan masih belum cukup kuat kerandutnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas fitnah tersebut??? Banyak makan Koay Teow Goreng tanpa telur ke???

Dengan Hubungan Rapat Seperti Ini Diharapkan Menjadi Pelincir Kepada Kemasukan Yang Ditunggu-Tunggu..

Kenapa pemerintah begitu mudah diuli dan dijadikan Capati untuk disantap oleh golongan yang biadab seperti Ramasamy??

Tuesday, 26 May 2015

Lim Guan Eng, Berperikemanusiaanlah…

Baru dicadangkan, terus sahaja ditolak. Begitu angkuh nada Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketika Diana Sofea bersyarah tentang kemanusiaan kepada seluruh dunia, Lim Guan Eng menolak untuk menunjukkan sikap perikemanusiaan terhadap nasib malang pelarian Rohingya. Kemudian selepas dibantai kiri dan kanan, depan dan belakang, kenyataan pada tahap "putar Halim" dikeluarkan beliau menyepak bola isu ke kiri dan ke kanan.



Tanah Melayu ini tidak pernah menolak tongkang-tongkang hanyut sejak ratusan tahun lamanya. Tidak kira dari Negeri Atas Angin atau Di Bawah Angin. Semua tongkang yang membawa manusia-manusia yang menuju Tanah Melayu untuk sebuah kehidupan baru, diterima dan diberi peluang menjalani kehidupan dibumi bertuah ini. Rezeki yang Allah kurniakan ke atas negeri ini tidak pernah berkurang malah berterusan bertambah.

Malah generasi-generasi orang-orang hanyut, pelarian, pekerja, pedagang yang dibawa masuk dari luar dan pelbagai ragam manusia yang bukan berasal dari Tanah Tumpah Darah Melayu dari zaman berzaman kini sebahagian besar daripada mereka telah diterima dengan penerimaan bersyarat sebagai warganegara negara ini.

Jadi adalah tidak adil untuk Lim Guan Eng untuk menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan untuk tidak mahu memberikan sedikit ruang daripada tanah yang ada di muka bumi Pulau Pinang bagi membantu manusia-manusia yang sedang menghadapi nasib malang di Tanahair mereka sendiri.

Bayang jika orang Melayu membuat dasar menutup pintu sama seperti  dasar tutup pintu bagi mengekang pengaruh Katolik dan orang luar dari Jepun semasa Sakoku-Rei berlangsung dan dasar Chinese Exclusion Act di dalam Perlembagaan Amerika pada ketika zaman begitu rami buruh-buruh dari China mencari tapak dan peluang kehidupan baharu di negara-negara luar dari China.




Berperikemanusiaanlah wahai Lim Guan Eng.

Mohon Diana Sofea bisikkan sesuatu ke telinga Zairil Khir Johari supaya berpesan ke bosnya untuk memberi ruang kemanusiaan bagi pelarian-pelarian Rohingya tersebut.

Entah Kenapa Diana Tiba-Tiba Senyap Macam Tercekik Cekodok Bukit Bendera Bila Guan Eng Tolak Menolong Pelarian Rohingya



Sijil Halal Secret Recipe Ditarikbalik : Kenyataan Media JAKIM




Double Standard Lim : Demo Taman Medan & Demo Jalan Kelawei

Baru-baru ini sekumpulan penduduk Jalan Kelawei Pulau Pinang telah berdemo menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan sebuah sebuah bangunan komersil dan pusat membeli-belah setinggi 20 tingkat yang bakal dibina berdekatan dengan kawasan kediaman mereka.

Projek yang dikenali sebagai Sunrise Tower 2 itu bakal dibangunkan di tanah yang berkeluasan 1353.35 meter kaki persegi berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk tersebut yakni Tingkat Kelawei.



Antara alasan yang diberikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai ‘Group Kelawei’ itu ialah kawasan tersebut telah diklasifikasikan sebagai ‘kawasan kediaman’ oleh itu keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat haruslah menjadi keutamaan. Salah seorang penduduk juga mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tempatan tidak memberikan notis kepada beliau sebagai salah seorang pemegang hak strata bersebelahan dengan kawasan terbabit.

Penduduk juga tidak mahu masalah kesesakan jalan raya berlaku apabila kawasan tersebut sesak dengan pengunjung kerana ia bakal menyusahkan mereka yang tinggal untuk keluar masuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Kawasan tersebut juga sudah sekian lama sesak dengan kenderaan pada setiap hujung minggu atau cuti umum. Kumpulan tersebut sudah merayu kepada majlis perbandaran tempatan supaya membatalkan saja kelulusan kepada projek berkenaan seperti yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini.



Kita masih menunggu kenyataan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini di Parlimen telah mempersoalkan kenapakah penduduk Taman Medan yang berdemo terhadap Gereja haram yang dengan berani pula meletakkan ‘Palang’ tanpa sebarang permit kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan ditangkap dan digari hanya kerana mereka membantah keberadaan ‘Palang’ tersebut?

Nampaknya penduduk di Kelawei seperti lebih berhak daripada penduduk di Taman Medan untuk menguruskan kehidupan seharian mereka?

Tentunya kita masih ingat dengan ugutan dan herdikan yang dilemparkan kepada pendemo-pendemo penduduk Taman Medan yang menyatakan bantahan kemunculan ‘Palang’ yang diletakkan sebuah gereja haram dikawasan kediaman mereka.

Penduduk di Taman Medan nampaknya seperti tidak berhak menyatakan sebarang bantahan terhadap gereja haram tersebut walaupun hakikatnya mengikut Kanun Tanah Negara seluruh bangunan tersebut boleh dirampas kerana ianya telah melanggar syarat kelulusan pembinaannya.

Dalam pada itu ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey berkata “ All proposals must be put on hold until traffic flow, flood mitigation, congestion and various concerns are addressed”.

Persoalannya, kenapakah layanan yang sama tidak diperolehi oleh penduduk Taman Medan tempoh hari?

Kenapakah ‘concerns’ mereka tidak dipertimbangkan sewajar-wajarnya sebelum Gereja tersebut mendapat ‘kelulusan’ oleh Elizabeth Wong dan kawan-kawannya dalam HESI?

Bukan itu sahaja kenapakah pula ada dikalangan kita yang tidak kurang pandai boleh mencadangkan bahawa mungkin pendemo Taman Medan bakal dikenakan Akta Hasutan?

Kenapakah mereka yang berdemo terhadap pelaku yang melanggar undang-undang sedia kerajaan tempatan dan kanun tanah negara boleh bergerak bebas dan mereka yang membantah perlakuan tersebut dibuli dan diugut akan ditangkap dan dihumban ke penjara?

Kenapakah pula apabila pihak berkuasa tempatan gagal untuk buat kerja, golongan marhaen yang menjadi mangsa pula yang dipersalahkan?

Menjelang 2020 undang-undang rimba apa yang sedang kita budayakan kini?