Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Tuesday, 28 April 2015

Soalan Hak Wanita Untuk Zairil Khir Johari

Zairil Khir Johari dilihat sedang galak memuatkan hak perjuangan seorang isteri dalam sistem keluarga. Beliau memuatkan beberapa keping Iklan yang memaparkan agenda "Marital Rape" yang sedang galak diperjuangkan oleh AWAM.

Islam sebuah agama yang memberikan pelbagai bentuk hak yang tidak pernah dinikmati wanita sebelum kemunculan Islam. Ketika zaman Kristian menindas wanita, malah sehingga hari ini, mereka diharamkan bercerai di dalam Katolik, Islam datang membawa hak bagi membela wanita dari sebarang bentuk penindasan.

Tetapi pelik apabila kempen seperti yang diperjuangkan AWAM ini kononnya sedang dinahkhodakan oleh beberapa orang pemimpin DAP untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Kasihan mereka. Tony Pua salah seorang daripadanya. Tetapi, rasanya membuang masa untuk berbicara tentang figura politik yang mempunyai otak berfungsi dari dalam rektum.

Yang menarik minat kami ialah komen seorang penulis yang pernah menulis di Bangkit.info kepada akaun facebook Zairil Khir Johari. Ketika Zairil Khir Johari sibuk memperjuangkan hak isteri dalam fantasi 'Marital Rape' AWAM dan DAP, beliau turut ditanyakan dengan pertanyaan berikut :

"Kalau ada isteri tapi bergambar peluk cium dan beromen perempuan lain dalam bilik, bilik air dan kereta, mangsa (si isteri) perlu lapor pada siapa En Zairil Khir Johari? Tolong.. ada kes pernah berlaku di Pulau Pinang."



Harap pihak AWAM dan Zairil Khir Johari dapat membantu kes seperti yang dikatakan pernah berlaku melibatkan seorang suami di Pulau Pinang yang menganiaya isterinya dengan beromen dengan perempuan lain.

Sekadar Gambar Hiasan.. Tiada Kena Mengena Dengan Mana-Mana Melayu Bermuka Cina Di Pulau Pinang.




Monday, 27 April 2015

Gereja Haram & Air Mata Buaya

Di zaman dunia melihat perbuatan meliwat seorang pembancuh kopi oleh majikannya sebagai suatu yang tidak perlu diberi peduli, maka tiada apa yang mustahil dan pelik dalam sisi persepsi tunggang terbalik rakyat Malaysia dalam memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.

 Terbaharu, kita melihat sandiwara berikut dipanggungkan. Gereja Langgar Undang-Undang, Gereja Sama Ampunkan Orang. Gereja di Taman Medan yang mencetuskan kontroversi kerana beroperasi tanpa permit dan memasang salib tanpa kebenaran cuba bertindak dengan satu tindakan tipping point perasan mulia.

Alhamdulillah.. Ong Kian Ming pun ada.. Tak berpuasa sunat  Rejab sambil minum air ke hari ni Ong? Apa bukan Ong Kian Ming??? la.. lim Lip Eng rupanya.. Hairan betul.. Susah nak bezakan diorang semua ni...

Untuk lebih mudah fahami keadaan ini, kita berikan contoh berikut.

Apabila seorang pelaku kesalahan melanggar undang-undang, dan kesalahannya dilaporkan oleh satu pihak lagi, dan perbuatan salah itu bakal mengundang persoalan kenapa tindakan undang-undang belum dikenakan ke atas pesalah, secara tiba-tiba, si pelaku kesalahan tersebut cuma memanggungkan sandiwara mulia dengan mengampunkan para pelapor kesalahan tersebut.

Untuk memudahkan contoh di atas, bayangkan seorang pencuri yang dilaporkan kesalahannya, kerana takut belang tindakannya diketahui orang, pihak yang mencuri tersebut membuat pengumuman, mereka mengampunkan pelapor kesalahan tersebut. Ia dilakukan dengan harapan tindakan itu akan memperlihatkan pihak pencuri tersebut di dalam potret kemuliaan dan pihak yang melaporkan kesalahan akan dilihat sebagai pencabul hak dan sebagainya.

Jika Malaysia punyai cukup penduduk dengan akal pada tingkat pemahaman isu seperti Wardina, maka taktik bombastik lapok itu akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Tetapi jika Malaysia mempunyai penduduk dengan tingkat pemikiran yang waras dan dapat melihat isu lebih dari apa yang cuba dipaparkan melalui media, maka tindakan ala Hippies oleh Gereja di Taman Medan tersebut,akan segera dihidu mempunyai maksud mahu menutup cerita sebenar mengenai kesalahan yang dilakukan mereka.

Gereja dan taktik sembunyi kesalahan dengan berlakon mulia ini merupakan taktik yang lama. Gereja-gereja di Eropah berjaya menutup puluhan ribu kes pencabulan kanak-kanak di dalam gereja dengan sentiasa berlakon mulia. Ini isu yang sedang hangat diperdebatkan. Tetapi seperti biasa, sandiwara kemuliaan berjaya mengelabui tingkat lojik pemikiran manusia-manusia yang melihat hanya pada zahir perbuatan yang mahu ditampilkan.


Untuk pengetahuan pecandu evangelis, taktik lapok sandiwara mulia ini sudah tidak laku sejak zaman hippies yang berpusat di Height Ashbury mencucuk bunga ke dalam senjata pasukan keselamatan Amerika di hadapan Pentagon.

Terpana dengan tindakan golongan Fanatisme Evangelis mencontohi Hippies pada Ahad lepas, media- media upahan asing cuba membawa kisah sandiwara mulia ini untuk di bawa kehadapan rakyat Malaysia untuk dicandui.

Pihak yang melakukan demo dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam kes ini harus mengambil perhatian dan tindakan selanjutnya untuk mengheret gereja haram tersebut, HESI dan Kerajaan Negeri Selangor ke muka pengadilan atas dakwaan bersubahat melanggar, memansuhkan serta melumpuhkan undang-undang sedia ada tanpa melalui proses membuat dan memansuhkan undang-undang yang mengikut prosedur betul.

Jika dibiarkan budaya Gereja Koboi seperti ini, tidak mustahil tidak lama lagi situasi di Malaysia akan berubah menjadi Wild-Wild East.

Friday, 24 April 2015

Penduduk Melayu Islam Taman Medan, Marhaen Yang Dilupakan!

Megat Rizal M.H.

Setelah bergelut dengan adegan tuding-menuding terhadap episod bantahan salib di Taman Medan, Petaling Jaya, semalam Perdana Menteri berkata mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh beliau telah memutuskan bahawa 50 orang ‘flash mob’ yang berdemo secara aman di depan sebuah gereja haram yang telah meletakkan salib merah walaupun tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian di premis rumah kedai tersebut akan disiasat dan boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948.

Polis juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua para pendemo akan disiasat. Namun siasatan dibawah undang-undang apa, sama ada kesalahan jenayah atau menghasut tidaklah diperincikan.

Semalam juga abang kepada Ketua Polis Negara telah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dengan demo yang telah diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya itu. Diberitakan bahawa beliau yang bertindak sebagai orang tengah diantara para pendemo dan pihak gereja telah disiasat selama lebih 4 jam lama.

Diharapkan perkembangan ini dapat memuaskan hati sesetengah pihak yang sengaja mahu mengalihkan cerita sebenar disebalik episod sebuah gereja haram di premis rumah kedai kepada sebuah episod ‘salah guna kuasa’ dan ‘double standard’ layanan Ketua Polis Negara kepada saudaranya itu.

Namun semestinya ianya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Lim Guan Eng daripada parti DAP seperti masih tidak berpuashati. Kata beliau seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal ‘By refusing to arrest, handcuff and put Abdullah under police remand, the police have shown special treatment and double standards.’

“Adakah ini disebabkan oleh Abdullah merupakan abang kepada Ketua Polis Negara?” tanya Lim Guan Eng lagi. Ahli Parlimen Bagan itu juga menyifatkan tindakan 50 orang pendemo Taman Medan tersebut sebagai ‘barbaric and extremist protests’.

Rakan separti, Tony Pua pula bertanya sama ada Akta Hasutan 1948 yang baru dipinda akan hanya digunakan ke atas bukan Muslim? Tanya beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, “Or will the above case only go to show how the act was constructed strictly targeted only against non-Muslims while Muslims who infringed on the rights of others will get away scot-free?”
Tony Pua juga berpendapat bahawa pihak gereja tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila mempamerkan salib yang diminta para pendemo diturunkan tempoh hari kerana hak untuk berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itulah juga alasan yang telah digunakan oleh Elizabeth Wong daripada parti PKR yang mengetuai HESI (hal ehwal bukan Islam) bahawa semenjak tahun 2008 lagi, gereja telah dibenarkan untuk beroperasi di premis-premis komersil tanpa keperluan permit dan pihak gereja hanya perlu memaklumkan akan hal demikian kepada pihak jawatankuasa negeri terbabit.

“This is based on the principle that Article 11 of the Federal Constitution embodies freedom of worship” katanya lagi.

Presiden MCCBCSHT, sebuah majlis bukan Islam, Jaghir Singh dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata, ‘Article 11(3) states that each religion has a right to acquire property and to regulate their own affairs without any approval’. Sama ada portal berita atas talian yang diragukan kredibiliti editorial mereka itu memetik Jaghir Singh dengan betul adalah tidak dapat dipastikan.

Ini kerana, seperti yang didedahkan oleh bangkit.info sendiri, ayat ‘without any approval’ sememangnya tidak wujud sama sekali dalam Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan!

‘Malah Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1), 11(3c), 11(4) dan Perkara 11(5) jelas meletakkan syarat-syarat yang mengikat Perkara 11(3) tersebut’

Kenyataan Jaghir Singh juga telah ditegur Aidil Khalid seorang pengamal undang-undang dan aktivis iPeguam ISMA. Seperti yang dipetik daripada portal ismaweb.net, beliau menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Presiden majlis bukan Islam itu sebagai satu trend yang tidak sihat.

“Sekiranya dia membaca Perkara 11(3) secara keseluruhan, tentu dia akan faham bahawa kebebasan untuk memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal agama mereka sendiri adalah tertakluk kepada peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

“Perkara 11(3), dibaca secara penuh, menyebutkan seperti berikut: Every religious group has the right (a) to manage its own religious affairs; (b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and (c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

“Ini bermaksud, dalam memperoleh dan mengawal selia hartanya, kumpulan-kumpulan agama hendaklah mematuhi dan memenuhi keperluan dan tuntutan undang-undang sedia ada.

“Dalam hal ini, peruntukan Seksyen 70(12) Akta 133 jelas memperuntukkan bahawa sesuatu bangunan itu hanya boleh digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan ketika dibina, melainkan sekiranya kebenaran bertulis diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan,”

Aktivis CLJ (Concerned Lawyers for Justice) itu juga mengatakan bahawa kumpulan seperti ini cuba untuk melanggar undang-undang.

“Kemudian dengan penuh tidak bertanggungjawab, mereka cuba pula memberikan justifikasi yang tidak munasabah dengan memetik secara salah dan tidak tepat peruntukan Perlembagaan Persekutuan” tambahnya lagi.

Dua hari lepas juga Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria dilaporkan berkata bahawa gereja tersebut yang telah beroperasi secara haram di premis rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dan salib yang dipasang juga tidak mempunyai sebarang permit kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

“Semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan.

“Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star Online tempoh hari.

Beliau juga menegaskan bahawa premis rumah kedai yang mahu ditukar status kepada tempat ibadat atau pusat meditasi hendaklah mematuhi Seksyen 70(12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan.

Persoalannya kini, kenapakah pihak gereja Kristian seperti kebal undang-undang dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?



Kenapakah juga yang melanggar undang-undang sedia ada seperti pihak gereja tersebut kerana terbukti  telah beroperasi secara haram dan meletakkan pula sebuah salib merah besar tanpa permit kebenaran seperti yang telah dilaporkan media-media tempatan dilihat sebagai mangsa yang dibuli oleh penduduk Taman Medan dan bukan sebaliknya?

Bukankah juga jika pihak berwajib dan pihak berkuasa tempatan melakukan tanggungjawab penguatkuasaan mereka dengan berkesan seperti yang dituntut undang-undang, episod bantahan salib tersebut tidak akan berlaku?

Sekarang ini sedarkah pihak berkuasa tempatan berkaitan dan kerajaan Malaysia amnya tentang kewujudan gereja-gereja haram yang sedang beroperasi di premis-premis rumah kedai di seluruh negara?

Berapa banyakkah pula yang mempamerkan lambang salib tanpa permit kebenaran pihak berkuasa tempatan seperti yang dituntut undang-undang sedia ada?

Jadi kenapakah pula apabila terdapat salah faham kepada perundangan sedia ada dan terdapat juga pelanggaran undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan berkaitan, namun rakyat bawahan yang menjadi mangsa kepada permasalahan tersebut, kepada sikap lepa, sambil lewa dan ‘tutup sebelah mata’ tersebut, yang bangun menyatakan bantahan kepada ‘salah laku’ yang berlaku, pula mahu dipersalahkan?

Undang-undang rimba mana yang mahu kita percambahkan kepada masyarakat kita kini?

Adakah ini jalan wasatiyah yang sedang kita usahakan dan banggakan? Adakah ini juga jalannya untuk kita meningkatkan indeks maqasid syariah yang sedang kita usahakan?

Baru-baru ini penulis berkesempatan membaca satu penulisan yang menunjukkan jurang perbezaan di antara dua banduan yang dibenarkan melawat ibubapa mereka yang telah meninggal sementara mereka masih menjalani hukuman penjara terhadap jenayah yang disabitkan.

Seorang ialah banduan VIP yang semua rakyat Malaysia kenal. Dan seorang lagi ialah seorang banduan marhaen yang tidak terkenal. Banduan VIP tersebut melawat ayahnya yang meninggal dunia, dia datang dengan baju Melayu putih tanpa tangan bergari. Namun layanan yang serupa tidak diberikan kepada banduan marhaen tersebut.

Beliau melawat jenazah ibunya dengan tangan masih bergari. Penulis kurang jelas justifikasi yang telah dibuat pihak berwajib tentang pendekatan yang diambil terhadap dua banduan ini. Tapi layanan ‘double standard’ jelas sudah mengambil tempat. Dua-dua pesalah. Dua-dua banduan yang sedang menjalani hukuman penjara. Bezanya cuma seorang VIP dan seorang lagi bukan!

Mungkin inilah nasib yang sedang dialami oleh penduduk-penduduk Flat Desa Mentari dan Flat Taman Medan Cahaya. Demi untuk memelihara akidah anak-anak mereka, mereka kini dihina sebagai ‘barbaric’, ‘extremists’, ‘thuggish’, ‘animals’, ‘monkeys’ dan ‘vampire’ oleh kawan dan lawan. Dan sekarang ini disebabkan tindakan kumpulan marhaen itu yang tidak ‘berbincang secara aman dengan pihak gereja’, mereka mungkin didakwa Akta Hasutan 1948!

Mungkinkah penduduk-penduduk di Taman Tun Dr Ismail, Bukit Bandaraya, Bukit Tunku, Damansara Heights dan Bangsar akan membantah dengan lebih bertamadun jika berhadapan dengan masalah yang sama?

Mungkinkah juga dikawasan-kawasan ini, pihak gereja tidak akan berani berbuat sewenang-wenangnya?

Thursday, 23 April 2015

Gereja-Gereja Haram Di Seluruh Negara Mesti Ditutup

Malaysia ialah sebuah negara yang mendaulatkan prinsip kedaulatan undang-undang. Setiap satu perkara yang melanggar undang-undang, harus dikenakan tindakan undang-undang.

Sekiranya undang-undang itu ada serta lengkap, tetapi pelaksana undang-undang itu tidak melaksanakan undang-undang dengan penuh amanah, bukanlah undang-undang itu yang bermasalah. Tetapi si pelaksana undang-undang itulah yang harus dipersalahkan.


Telah dilaporkan bahawa tumbuh berpuluh gereja di bangunan lot-lot perniagaan yang dikatakan tidak mengikut peraturan dan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan. Kenapa boleh jadi begitu?

Ramai yang membuat pelbagai spekulasi, antaranya ialah rasuah yang terlalu berleluasa, sikap tidak apa, pihak berkuasa tempatan dikuasai oleh pemimpin-pemimpin kaki tidur, pemalas dan

Zaman berbahasa baik sudah lama berlalu. Malaysia perlukan pemimpin-pemimpin serta pelaksana undang-undang yang tegas. Kebiadaban sudah menjadi trend dan terlalu berleluasa. Rakyat sudah mula fed-up dengan aktiviti meliwat undang-undang yang saban hari dihidangkan dalam berita-berita mereka.

Sudah tiba masanya PBT-PBT di seluruh negara di audit dengan teliti dan pertumbuhan rumah-rumah sembahan haram di lot-lot perniagaan mesti diselesaikan dengan pantas.

SPRM juga harus menunjukkan minat untuk membuat kunjungan ke pejabat-pejabat PBT di seluruh negara untuk melihat apa punca sebenar penyakit ini. Pejabat-pejabat kesihatan juga perlu turun ke PBT-PBT di seluruh negara untuk mengukur indeks ukuran perut ketua-ketua jabatan di PBT.

Wednesday, 22 April 2015

Majlis Kafir Berhalusinasi Gereja Tidak Perlukan Permit

Memalukan. Sangat-sangat memalukan. 

Memualkan. Sangat-sangat memualkan.

Keluhuran Perlembagaan sebentar tadi telah cuba diperkosa oleh MCCBCSHT. Sukar sangat menyebutnya. Oleh kerana semua ahlinya bukan Islam, maka lebih mudah merujuk mereka sebagai Majlis Kafir.




Apabila meletus isu salib di sebuah gereja di Taman Medan, maka timbulnya semua pekung yang selama ini ditutup dan disapu ke bawah meja PBT-PBT tempatan. Isu gereja-gereja tanpa permit yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan menjadi topik panas.

Dengan bantuan spin doctors dan manusia-manusia tidak bermaruah, isu ini cuba diputarkan oleh media-media termasuk portal-portal yang dibiayai oleh pembiaya asing dari luar negara. Lalu, semua usual suspects yang kerap digunakan sebagai human shield kepada semua tindak tanduk tidak berkeperlembagaan, diarahkan untuk memberi kenyataan demi kenyataan. 

Lebih menarik, mereka-mereka ini mempunyai kulit-kulit sangat tebal menggadaikan maruah intelektualisme sendiri semata-mata untuk mempertahankan sebuah kepalsuan tidak masuk akal.

Kenyataan Akhbar yang dipetik oleh Malaysian Insider, menunjukkan seolah-olah Presiden Majlis Kafir, Jaghir Singh sebentar tadi cuba mencipta Perlembagaannya sendiri. Beliau dipetik sebagai berkata :

"Article 11 (3) states that each religion has a right to acquire property and to regulate their own affairs without any approval,"

Sama ada Jaghir Singh ini menipu, atau Malaysian Insider yang menipu menggunakan nama Jaghir Singh ini, belum dapat dipastikan siapa yang melakukannya. Tetapi, apa yang pasti, perkataan "without any approval" memang tidak wujud sama sekali dalam Perkara 11 (3) Perlembagaan.

Malah, Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (1) ,  11 (3c) , 11 (4) dan Perkara 11 (5) jelas meletakkan syarat-syarat yang mengikat Perkara 11 (3) tersebut.






Sangat-sangat memalukan apabila melihat tindakan gereja menggunakan seorang warga tua untuk mencuci dosa-dosa mereka di muka bumi Malaysia.


Akhir nanti, Jaghir Singh akan dilihat seperti watak Sadarji Singh yang cuba memberikan penyelesaian bodoh kepada masalah pencabulan undang-undang oleh gereja-gereja tanpa permit tempatan.

Jaghir.. jangan sampai jadi Sadarji Singh untuk puak-puak gereja dan pelampau evangelis Malaysia.




Pelampau Evangelis memang tidak berhati perut mengenakan Jaghir untuk mencuci dosa mereka.

The Star Dan Kewartawanan Buta Perlembagaan

Selama ini kita hairan kenapa The Star cenderung membawa agenda sekular dan tidak seiring dengan prinsip-prinsip utama Rukun Negara.

Syukur, hari ini kita semua ditunjukkan jawapannya melalui keceluparan salah seorang wartawannya. Dengan sukarela, Nicholas Cheng telah mendedahkan sisi kebodohan tingkat kewartawanan yang dimilikinya.

Seekor kerbau pendek bawa lumpur, habis semua kerbau pendek yang lain terpalit. Itulah  yang berlaku apabila Nicholas Cheng, mengeluarkan kenyataan rendah akal serendah kerbau di dalam peribahasa tadi.

Nicholas Cheng bertanya, “Who gives you the right to claim this land as Muslim land?”



Inilah jawapan paling sopan setelah ditapis semua bentuk carutan yang tidak Bangkit Compliance. “Perlembagaan lah yang bagi, bodoh!

Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (1) menyatakan dengan jelas Islam ialah Agama bagi Persekutuan. 




Jelas tahap kesedaran mengenai Perlembagaan Persekutuan di kalangan wartawan The Star berada di tahap yang amat menyedihkan. Kita tidak pasti berapa banyak upah yang diberikan akhbar The Star kepada wartawan dengan tingkat pengetahuan seperti Nicholas Cheng. Jelas, The Star sudah mula sinonim dengan kewartawanan sampah.

Lebih menarik lagi, kenyataan Nicholas Cheng menunjukkan dengan jelas sheer stupidity sang wartawan tersebut. Dengan tindakan ini, ia banyak membantu ramai pihak di luar sini untuk membina persepsi tentang tingkat keupayaan pengetahuan wartawan-wartawan The Star.




Hak Penduduk Melayu Islam Taman Medan

Megat Rizal M.H.

Sekali lagi nampaknya sesi bertikam-lidah dan tuduh-menuduh berlaku diantara umat Islam dan penganut Kristian apabila sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya cuba meletakkan kayu salib di dinding luar unit gereja tersebut di kawasan sebuah rumah kedai berhampiran.

Alasan penduduk tempatan yang berdemo minta salib itu diturunkan ialah, gereja tersebut beroperasi di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam, dan dikhuatiri ianya lama-kelamaan bakal mempengaruhi anak-anak muda mereka kelak. Di Malaysia adalah menjadi kesalahan sekiranya agama bukan Islam, didakwahkan kepada umat Islam. Dan di sisi itu kelihatan apa yang diminta oleh para pendemo yang merupakan penduduk tempatan adalah berasas dan selari dengan aspirasi negara majmuk ini.

Permit
Mereka bukannya membantah kewujudan gereja tersebut, yang masih belum jelas sama ada mempunyai permit untuk beroperasi di premis rumah kedai di kawasan kediaman mereka atau tidak tetapi hanya meminta salib yang telah dipasang diturunkan. Mereka juga bukannya meminta supaya agama Kristian diharamkan terus daripada bumi Malaysia. Itu perlu jelas dan diperjelaskan.



Namun terdapat segelintir pihak, ‘yang entah apalah bala, entah siapalah yang kurang pahala?’ berlagak semberono menyalahkan para pendemo anti salib di Taman Medan sebagai satu perbuatan melampau, bersifat pembulian, ala ‘vampire’ dan menghasut!

Persoalannya adakah kita semua bertanya soalan yang betul sebelum jari kita mahu menuding kesalahan ke atas para pendemo yang mahu memastikan akidah anak-anak muda mereka tidak tergugat, kekal Islam, sama seperti ibubapa di kawasan-kawasan perumahan yang lain?

MELAYU TIADA HAK BERSUARA

Adakah hanya kerana mereka ini golongan marhaen sekadar penghuni flat dan bukannya anak-anak kepada pesara G25 contohnya, lalu segelintir daripada kita cuba membuli mereka pula dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas tanpa cuba mahu memahami isi hati dan harapan mereka mahu menjaga akidah anak-anak muda mereka daripada asakan bertali-arus kemodenan yang membawa bersamanya seribu satu kebobrokan?

Apakah hak mereka untuk menguruskan kehidupan seharian mereka jauh lebih rendah daripada hak warga Malaysia yang lain? Atau adakah dalam kita teruja mahu memperjuangkan hak minoriti, golongan minoriti pula bebas berbuat apa sahaja, waima melanggar undang-undang sekalipun?

Semata-mata kerana kita mahu Malaysia dipandang mulia di mata masyarakat antarabangsa, seperti yang digesa kumpulan G25?

Ada juga yang cuba menangguk di air yang keruh cuba mengaitkan keberadaan abang kepada Ketua Polis Negara sebagai ‘alasan’ mengapa seperti tiada tindakan yang bakal diambil ke atas para pendemo? Taktik jahat ini sepatutnya tidak dibiarkan begitu sahaja, apa kena mengena pertalian darah diantara mereka berdua, seperti yang diperakui oleh si abang yang bersangka baik dengan ‘wartawan yang bertanya’, dengan hak para pendemo mahukan salib diturunkan?

Apakah seseorang yang mempunyai adik dalam perkhidmatan polis hilang haknya untuk mempertahankan akidah anak-anaknya? Adakah beliau juga hilang hak untuk sedikit sebanyak memberikan sokongan atau bimbingan kepada masyarakat di sekelilingnya yang meminta dibantu untuk mententeramkan lagi keadaan?

Lalu ‘serigala-serigala jadian’ yang sememangnya sudah lama ‘mabuk darah’ Ketua Polis Negara atas ketidak-puasan hati dengan pelbagai isu dengan tidak berlengah masa sudah mula menyerang Tan Sri Khalid Abu Bakar!

Ada yang menuduh beliau tidak layak untuk menyiasat kes bantah salib yang berlaku di Taman Medan atas alasan keterlibatan abangnya itu. Kita berharap semoga moral dan rasa bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan dan undang-undang Ketua Polis Negara tidak akan goyah dan kekal utuh. Jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Polis Negara bahawa pihak polis tidak akan berpihak kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sama ada mereka itu terdiri daripada saudara-mara beliau mahupun anak-pinaknya adalah sesuatu yang patut dipuji.

Usaha ‘pembulian’ yang cuba dilakukan ke atas Ketua Polis Negara dan keluarganya harus dikutuk!

Dalam pada itu ada juga yang cuba menyalahkan sebuah parti politik Melayu Islam dibelakang kejadian demo tersebut untuk mengalihkan keadaan. Usaha untuk memencilkan desakan berasas yang selari dengan aspirasi negara ini nampaknya cuba dipatahkan oleh golongan anti Islam dan benci Melayu dengan usaha pecah perintah yang pernah diamalkan oleh British dengan jayanya suatu ketika dulu. Cuma kali ini modus operandi yang sama diguna-pakai golongan anti parti Melayu Islam untuk mengekang sebarang usaha atau sokongan pihak lain yang bersimpati atau yang turut bersetuju dengan demo yang dibuat penduduk Melayu Islam kawasan perumahan tersebut.

Sungguh licik musuh-musuh Islam bekerja. Tentunya jika pelampau agama bukan Islam dibiarkan berleluasa, memilih untuk hidup di Malaysia dengan keadaan yang tidak pernah mahu aman dan damai dengan Islam, Agama Persekutuan, tentunya negara kita bakal menjadi sebuah lagi ‘Lebanon’, apatah lagi dengan perkembangan geopolitik serantau kebelakangan ini.

Persoalannya, kenapakah cerdik pandai kita sebagai kumpulan moderat yang mahu tindakan diambil terhadap para pendemo Melayu Islam yang membantah perlambangan salib di kawasan rumah kedai tersebut bertanya sama ada gereja tersebut beroperasi secara sah, dengan kelulusan permit atau lesen operasi rumah ibadat daripada pihak berkuasa tempatan?

Kenapakah pula seseorang yang kelihatan bijak dan petah berbicara, walaupun mahu bersolidariti dengan penganut Kristian sekalipun, tidak bertanya sama ada gereja tersebut mempunyai lesen untuk meletakkan lambang kayu salib berwarna merah di luar dinding premis bangunan rumah kedai tersebut? Bilakah permit tersebut dikeluarkan, diluluskan oleh siapa dan sah sehingga bila?

Mungkin Majlis Perbandaran Petaling Jaya boleh memberikan pencerahan?

Dan adakah kelulusan tersebut, jika ada, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain negara? Apakah pula keperluan dan rasional sehinggakan kelulusan operasi gereja tersebut di kawasan majoriti Melayu tersebut diberikan? Sudah berapa banyak pula gereja yang sedang beroperasi di kawasan tersebut berbanding dengan populasi penganut Kristian tempatan? Apa tidak wujudkah gereja-gereja sedia ada di kawasan yang berhampiran?

Mungkin Dr Herman Shastri daripada Majlis Gereja boleh jawab dengan penuh ikhlas dan telus, senarai gereja-gereja yang sedang beroperasi di premis-premis rumah kedai di seluruh negara? 

Jika pembinaan Masjid dan Surau untuk penganut Islam juga dipantau rapi dan perlu mendapat kelulusan sebelum dibangunkan, kenapakah pula tempat beribadat penganut bukan Islam tidak perlu mendapat sebarang kelulusan terlebih dahulu? Tentunya kita berharap supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terus memeluk tubuh membiarkan kontroversi ini berterusan tanpa sebarang tindakan yang adil dan saksama kepada semua rakyat negeri tersebut. Berlawanan dengan pendapat sesetengah pihak, ini bukanlah isu PKR atau UMNO atau PAS. Ini adalah isu kemaslahatan umat Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.

Pihak penguasa negeri juga perlu mengadakan garis panduan rumah ibadat bukan Islam terutamanya di premis-premis perniagaan dan menguatkuasakannya dengan kemas dan telus. Jika garis panduan tersebut sudah ada tersedia maka ianya haruslah segera dikuatkuasakan. Percayalah wahai kakitangan pihak berkuasa tempatan, sikap tutup sebelah mata kelak hanya akan memakan diri anda.

Persoalannya adakah rumah ibadat bukan Islam dibenarkan beroperasi di premis-premis rumah kedai seperti sebuah perniagaan? Berapakah pula saiz salib yang dibenarkan untuk dipamerkan di premis-premis rumah kedai yang beroperasi sebagai gereja kini?

Badan guaman tempatan juga seperti mahukan undang-undang rimba ditegakkan di Malaysia apabila mengutuk kumpulan pendemo tersebut tanpa menggesa pihak berkuasa tempatan menyiasat latar belakang gereja tersebut, sama ada ianya beroperasi secara sah di kawasan rumah kedai tersebut penyebab kepada protes yang diadakan itu? Adakah badan tersebut juga bersikap anti Islam dan benci Melayu dan hanya mengeluarkan kenyataan rasmi berdasarkan kayu ukur tersebut? Kenapakah tiada seruan supaya siasatan juga dilakukan ke atas pihak gereja Kristian?

Jika ‘flash mob’ bebas menganjurkan demo mereka di hadapan pasaraya SOGO, KLCC, Penjara Sungai Buloh dan di jalanan sekitar Kuala Lumpur, berhari dan berminggu lama, atas nama kebebasan bersuara, berekpresi dan berkumpul, seperti yang dibenarkan perlambagaan negara, kenapakah pula Steven Thiru tidak mahu mempertahankan hak ‘flash mob’ Taman Medan ini?

Tentunya kita menunggu badan-badan seperti Bersih, COMANGO, Negara-ku, #KitaLawan, Lawyers For Liberty dan SAMM contohnya untuk membuat kenyataan menyokong sepenuh hati hak untuk berdemo dan bersuara seperti yang ditunjukkan 50 ‘flash mob’ daripada Taman Medan tersebut dan mengutuk sebarang usaha untuk menafikan hak berdemo kumpulan tersebut yang dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti yang dibuat oleh kumpulan pesara kerajaan G25, Majlis Peguam, Majlis Gereja, ahli-ahli politik dan beberapa personaliti tempatan!

Tentu juga kita mengharapkan parti-parti yang mengaku Islam dan NGO-NGO yang mengaku membela Islam supaya tampil bangun mempertahankan hak saudara seagama yang mahu memelihara akidah anak-anak muda mereka kekal terpelihara seperti yang diperincikan dengan jelas oleh undang-undang tertinggi negara. Seharusnya dalam isu penjagaan akidah dan iman, umat Islam tidak perlu apologetik atau berasa bersalah dalam menyuarakan bantahan.

Masa untuk kita semua bersikap apati, berpeluk tubuh, menutup sebelah mata, bersikap sambil lewa, tidak apa, dan buat-buat lepa perlu dinoktahkan. Seperti yang dilaporkan, jika operasi gereja di premis rumah kedai tersebut melanggar undang-undang dan tidak mempunyai permit kebenaran pihak berkuasa tempatan, wakil gereja tersebut dan badan yang mengawal selia gereja-gereja harus dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Malangnya isu sensitiviti umat Islam terhadap kewujudan rumah ibadat bukan Islam di kawasan kediaman mereka sering saja timbul. Dan jika isu rumah ibadat bukan Islam tidak diurus dan dikawal selia dengan baik oleh badan-badan berwajib, sama ada di peringkat negeri dan persekutuan, maka kejadian serupa seperti yang kita lihat di Taman Medan, Petaling Jaya, tentunya bakal berulang.

Mungkin sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil langkah bijak menyelaraskan penguatkuasaan larangan sedia ada ke atas rumah-rumah ibadat yang didirikan sewenang-wenangnya atas nama ‘kebebasan beragama’. Kerajaan Negeri Selangor harus bersikap lebih pro-aktif dalam mengekang sebarang operasi haram rumah ibadat di negeri tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang salah-faham yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Namun hakikat yang tidak boleh kita lupa ialah Islam adalah Agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan selagi ianya bersifat aman dan damai dengan Islam, tidak boleh tidak. Islam juga tidak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain. Itu harus jelas dan harus segera dan sentiasa dikuatkuasakan.

Persoalannya, segelintir daripada kita yang sepantas kilat suka menuding jari menyalahkan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang membantah salib merah yang diletakkan pada sebuah premis rumah kedai di kawasan kediaman mereka sedarkah tentang ini semua?

Nampaknya untuk sesetengah daripada kita, belajar jauh sampai ke Australia sekalipun masih belum cukup untuk mencelikkan minda nampaknya?!