Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Tuesday, 31 March 2015

Yang Dituduh Dan Terbukti Memfitnah Ialah TMI, Yang Kena Sekat NGO Islam & Melayu, Bos MAMPU Sakitkah?

Blogger Helen Ang membuat sebuah penulisan yang mencatatkan dosa-dosa TMI. Siapa yang tidak pernah dimangsai TMI?




Businessman, Ahli Politik, Bekas Perdana Menteri, Menteri, Pihak Berkuasa Agama dan terbaru, wartawan-wartawan mereka ditahan kerana menghadapi tuduhan memfitnah Majlis Raja-Raja.

Tetapi semua itu bukan satu dosa atau kesalahan bagi bos MAMPU.

Bagi Bos di MAMPU, kesalahan TMI belum cukup teruk untuk menyebabkannya menyekat laman tersebut daripada diakses oleh mana-mana perkhidmatan penyediaan internet yang disediakan MAMPU kepada pejabat-pejabat Kerajaan.

Seolah tidak apa untuk memfitnah Raja-Raja Melayu dan pemerintah. Itukan hak kebebasan bersuara?

Tetapi, jika pertubuhan anda merupakan pertubuhan yang giat memperjuangkan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan, maka itu seolah menjadi keutamaan kepada MAMPU untuk disekat.

Kami mula sedar bahawa Bangkit.info disekat daripada diakses melalui perkhidmatan internet yang disediakan oleh MAMPU sejak beberapa bulan yang lalu. Sekat Bangkit, kami tiada masalah. Sekatlah…

Kemudian, kami dapat lagi rungutan bahawa laman Majlis Ulama ISMA (MUIS) turut disekat MAMPU. Puas melampiaskan nafsu menyekat laman MUIS, MAMPU menyekat pula portal NGO ISMA.

PERKASA juga tidak berkecuali. Ia turut menjadi mangsa kerakusan nafsu songsang ala LGBT siber AMMPU. NGO yang memperjuangkan hak-hak Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan ini telah disekat oleh MAMPU.

Sangkanya panas sampai ke petang, rupanya hujan turun ditengah hari. Laman Pertubuhan Muafakat Sejahtera Rakyat Malaysia (MUAFAKAT), NGO yang bergerak mendidik masyarakat melalui pendekatan ilmu juga turut disekat oleh MAMPU.




Yang amat menghairankan, laman-laman seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Lawyers For Liberty, Sisters In Islam, Bersih.org, Islamic Renaissance Front dan sebagainya dibiarkan tanpa disentuh atau disekat oleh MAMPU.

Yang perjuangkan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan disekat, yang mempertikaikan serta saban hari mencabar undang-undang dan Perlembagaan dibiarkan tanpa sekatan dan bebas-sebebasnya oleh MAMPU.

Pendek kata, laman-laman NGO dan NGI yang Pertahankan Raja-Raja Melayu disekat,  laman-laman memfitnah Raja-Raja Melayu dibiarkan terus bebas sebebas bebasnya.

Hanya satu soalan terpacul di minda setelah melihat situasi ini,


“Sudah berfikiran songsangkah MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri?”

Monday, 30 March 2015

Sokong Hudud : Kenyataan Media PEMBELA


Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mengenai Hudud
9 Jamadil Akhir 1436 H
(30 Mac 2015)


Kami di Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menyatakan solidariti dan sokongan padu kepada satu usaha murni bagi memartabatkan kembali undang-undang asal TanahAir ini melalui langkah awal pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

PEMBELA juga melihat usaha memartabatkan semula undang-undang asal Tanahair ini menjadi satu titik temu kepada satu usaha perpaduan kembali umat Islam di Malaysia ini.

Ini merupakan detik yang sekian lama ditunggu oleh umat Islam secara keseluruhannya. Perpaduan melalui berpegangnya kembali semua pihak dan parti-parti politik Islam kepada tali Allah sebagaimana yang dianjurkan di dalam al Quran.

Yakinlah, apabila kita berpadu dan bersatu di atas jalan menegakkan yang hak, bantuan Allah itu pasti akan menyusul.

Tidak kira UMNO atau PAS atau mana-mana parti didukung umat Islam, usaha ini haruslah dipandang sebagai satu peluang untuk memperbetulkan keadaan negara yang semakin hari semakin parah.

PEMBELA juga ingin menegaskan kepada pihak-pihak luar terutamanya parti-parti politik bukan Islam, golongan pemimpin politik Islam Liberal di kedua-dua pihak dan media-media yang didanai oleh dana dari negara luar supaya menghentikan segala polemik mengenai urusan Hudud ini yang dibenarkan untuk dibentangkan di dalam Parlimen negara ini di bawah Perlembagaan Persekutuan.

PEMBELA menyokong sepenuhnya ketegasan dan sikap serius yang diambil oleh Ketua Polis Negara dan PDRM yang memberikan amaran tegas dan bakal disusuli tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara melalui provokasi-provokasi yang dijalankan melalui polemik membenci undang-undang ini menerusi media termasuk media sosial.

PEMBELA akan bersama semua pihak yang meletakkan agenda perpaduan umat Islam dan seterusnya menegakkan kedaulatan Islam sebagai keutamaan agenda perjuangan.



Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Saturday, 28 March 2015

Tentang Hudud : Apakah Ketua Gereja Sabah Ajak Kristian Sabah Khianati Jesus Christ?

Apabila tiba masa kedatangan semula Jesus Christ ke muka bumi sepertimana yang dipercayai oleh golongan Kristian, Jesus Christ akan menyatakan perkara berikut kepada golongan yang selama ini mendakwa diri mereka mewakili suara Tuhan di dunia:

Matthew (Matius) fasal 7 ayat 22 -23
Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepadaku: Tuan, Tuan, bukankah kami bernubuat demi namamu, dan mengusir setan demi namamu, dan mengadakan banyak mujizat demi namamu juga?

Pada waktu itulah aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari padaku, kamu sekalian pembuat kejahatan!"

Persoalannya kenapa Jesus Christ mengatakan perkara demikian kepada golongan yang perasan bernubuwat dan mengubati manusia atas namanya?

Persoalan ini dijawab mudah di dalam sambungan ayat yang seterusnya di dalam fasal yang sama. Jesus Christ menyatakan mereka adalah golongan yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mengambil berat untuk melaksanakan pesan dan amanat yang ditinggalkan Jesus Christ kepada mereka.

Mereka hanya mahu mempamerkan diri mereka sebagai orang-orang yang ahli kepada kitab yang ditinggalkan tetapi tidak melaksanakan apa yang dipesankan di dalam kitab suci mereka yang sering dibaca saban hari.

Jesus Christ pernah berkata di dalam Matthew (Matius) fasal 5 ayat 17 hingga 20

5:17 "Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya 

5:18 Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat c  sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga

5:20 Maka aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar 3  dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

Amat jelas, Jesus Christ telah berkata bahawa semua hukum-hukum Taurat akan pasti ditegakkan kembali di muka bumi sebelum kiamat. Yang menolaknya dan mengajarkan bahawa hukum-hukum ini tidak akan ditegakkan merupakan golongan yang bakal terkeluar dan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan Sorga.

Hukum hudud adalah sebahagian dari legasi hukum-hukum Taurat sepertimana ia pernah dijalankan semenjak zaman Musa a.s.

Persoalannya, apakah Ketua Gereja Sabah sedang galak mengajak orang-orang Kristian sabah untuk mengkhianati pesan Jesus Christ dengan menakut-nakutkan mereka dengan hudud?



Sudahlah pembacaan Perlembagaan dan kontrak sosial dan kontrak Persekutuan yang dinyatakannya jelas cuba mengelirukan. Tetapi, yang lebih teruk ialah bilamana beliau sanggup mengajak rakyat Kristian Sabah untuk menolak hukum-hukum Taurat yang cuba ditegakkan kembali sepertimana yang pernah dipesankan Jesus Christ.

Apakah  beliau mahu semua golongan Kristian di Sabah termasuk dirinya sendiri termasuk di dalam kategori manusia yang ditolak Jesus Christ di hari akhir dengan kata-kata seperti yang dipetik dari Matius fasal 7 ayat 22 – 23 tadi?




Nota :
Untuk menjawab hujah Dusing mengenai Perlembagaan, sila ke artikel lama kami pada pautan berikut:

Untuk Meneliti sikap Dusing berbanding apa yang dinyatakan Jesus Christ di dalam Bible, boleh ke penulisan kami sebelum ini pada pautan berikut  :

Artikel yang memuatkan saranan Dusing boleh dibaca pada pautan berikut :


Friday, 27 March 2015

Kebal Hang Tuah Kerana Taming Sarinya, Kebal TMI Kerana Ada Pengembiri Undang-Undangnya?

Setelah menanamkan perasaan benci di kalangan orang Islam kepada Raja-Raja Melayu melalui berita penolakan Hudud oleh Majlis Raja-Raja, semalam seorang lagi kolumnis Malaysian Insider disiasat berkenaan penulisannya mengenai PDRM.

Rasanya sudah banyak laporan polis dibuat ke atas TMI dan sudah banyak kali mereka disiasat di atas penulisan-penulisan yang diterbitkan di dalam portal tersebut. Tetapi sehingga hari ini, portal itu kelihatan amat kebal dan masih belum dikenakan apa-apa bentuk tindakan undang-undang.

Perkara ini menimbulkan satu kesangsian dan persoalan di dalam masyarakat. Jika Hang Tuah, semua pihak yang membaca hikayatnya tahu bahawa Taming Sari yang bersamanya merupakan sumber kekebalan dirinya, tetapi bagaimana pula dengan TMI? Apakah TMI juga mempunyai Taming Sari berkaki dua dan boleh berjalan, makan, suap  dan tidur?

Kenapa apabila PDRM melakukan siasatan, akan berlaku keadaan di mana kes-kes tidak dapat diteruskan atas alasan-alasan tertentu. Seolah-olah wujud elemen undang-undang sedia ada dan usaha yang dilakukan PDRM dikembirikan oleh pihak-pihak tertentu.

Persoalannya, siapa punya kerja yang mengembiri semua jenis undang-undang sehinggakan tiada lagi undang-undang yang boleh digunakan untuk membantu Yang DiPertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa?



Perkara 11 (4) dikatakan pengembiri undang-undang ini sebagai tidak terpakai ke atas golongan bukan Islam.

Seksyen 298 di dalam Kanun Keseksaan juga tidak lagi ditafsirkan sebagai terpakai ke atas golongan bukan Islam yang membuat tindakan menghina dan berbaur provokasi ke atas umat Islam.

Siapa yang sedang membuat kerja gila memberi tafsiran songsang ala LGBT sehinggakan hampir tiada lagi undang-undang yang boleh digunapakai untuk mendakwa pihak-pihak bukan Islam yang mencetuskan provokasi ke atas umat Islam?

Pengembiri undang-undang ini harus dicari dan dikesan oleh pemerintah dan pihak berkuasa sebelum negara menjadi huru hara akibat tafsiran-tafsiran songsang undang-undangnya.

Kasihan dengan pihak PDRM, hampir semua siasatan kes yang melibatkan penghinaan ke atas Islam berakhir menjadi dedak anai-anai.

Siapa Sumber Berita Palsu TMI Dalam Kes Berita Palsu Majlis Raja-Raja Menolak Hudud?

Jelas, Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan. Satu laporan polis telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menafikan berita yang dimuatkan Malaysian Insider. Penafian turut dibuat untuk kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada 25 Mac 2015.

Syukur Alhamdulillah, pihak yang sepatutnya memberikan respons mengenai kewartawanan tidak beretika ini sudah pun melakukan perkara yang sepatutnya.

Kini, PDRM perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya termasuk mendesak Malaysian Insider mendedahkan sumber kepada berita tersebut. Sama ada benar-benar wujud atau hanya satu watak ilusi yang sering dimainkan sebelum ini, Malaysian Insider harus dipertanggungjawabkan.

Apa sahaja undang-undang negara yang ada dan boleh dikenakan ke atas mereka berkenaan dengan perkara ini, harap tinggi semua pihak agar ianya dapat dijalankan dengan sempurna tanpa ada pengembiri-pengembiri undang-undang daripada jabatan pengembiri undang-undang membuat sebarang kacauganggu kepada proses keadilan tersebut.

Ini bukan isu kecil.  Nama Majlis Raja-Raja telah mereka gunakan untuk mencetuskan rasa resah di dalam masyarakat. 

Ia berkemungkinan akan mencetuskan gelombang rasa tidak percaya umat Melayu Beragama Islam kepada Raja-Raja mereka.

Telah lebih dari 1,000 tahun umat Melayu Islam berwaad dengan satu waad yang dipegang teguh dengan Raja-Raja Mereka.



Waad Melayu sejak lebih 1,000 tahun lamanya:

"Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah kaki ke atas. Jikalau Raja Melayu itu mengubah perjanjian dengann hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." (Waad antara Seri Tri Buana dan Demang Lebar Daun sepertimana yang dicatatkan di dalam Sulalatus Salatin)

Waadnya mudah, sentiasa memelihara kedaulatan Islam pada setiap saat dan masa. Ia dipaterikan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui sumpah jawatan Yang DiPertuan Agong di dalam Perkara 37 (1). 

Jika salah satu dari kedua yang berjanji gagal dalam menunaikan janji-janji tersebut, maka segala kemungkinan kepada persetiaan yang telah terjalin memungkinkan segala yang tidak dimahukan kedua-dua pihak untuk berlaku.

Umat Melayu Islam telah berjanji untuk bersetia dengan waad tersebut. Raja-Raja Melayu juga telah berjanji dan bersetia dengan waad tersebut. Selagi Islam kekal diperjuangkan kedaulatannya oleh kedua-dua pihak, selagi itulah waad itu kekal dihormati.

Percubaan TMI dengan membuat berita tidak benar mengenai Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak pembentangan hudud adalah satu percubaan besar yang cuba menggugat kepercayaan orang-orang Melayu kepada Raja-Raja Melayu yang telah bersetia dengan mereka sejak ribuan tahun lamanya.

Polis DiRaja Malaysia harus segera mengambil tindakan yang sepatutnya. Pejabat Peguam Negara harus memandang isu yang boleh mengundang fitnah kepada Majlis Raja-Raja Melayu ini dengan pandangan yang amat berat.

Ini bukan satu perkara untuk dibuat main-main.

Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan, undang-undang dan prinsip-prinsip asas Rukun Negara. 


Thursday, 26 March 2015

Malaysia Semakin Tidak Selamat, Terima Kasih Kepada Anak Professor Tajuddin

Ketua Polis Negara telah menyatakan kerisauan tentang perkembangan terbaru di dalam negara. Telah berlaku dengan begitu berleluasa tindakan demi tindakan provokasi yang dilakukan sehingga boleh mencetuskan reaksi balas yang keras dari pihak-pihak yang mungkin bertindak melampau.

Terima Kasih Prof Dan Keluarga

Terbaru, anak kepada ahli DAP, Prof Tajuddin Rasdi, yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan besar di dalam parti tersebut kerana warna kulitnya, telah membuat satu racauan yang mengganggu kestabilan dan keamanan hidup bermasyarakat di bumi Malaysia.


Video yang dilihat mempersenda-sendakan Islam, dibuat dengan kerjasama Projek Dialog yang sememangnya sudah sekian lama terkenal Kebal dari segi undang-undang melebihi kekebalan Majlis Raja-Raja. Sudah banyak laporan polis yang dibuat, tetapi dijadikan dedak untuk memboroikan anai-anai sebaik semua kes diklasifikasikan sebagai "No Further Action" oleh pejabat pengembiri undang-undang.



Aishah, mungkin bodoh. Umat Islam boleh memaafkan sesuatu tindakan yang dilakukan kerana si pelaku tidak mempunyai ilmu, atau pendek kata lembam. Tetapi masalahnya, Aishah dan keluarganya mengakui mereka dari keluarga intelektual dan bijak. Jadi bagaimana mungkin umat Islam boleh memaafkan sebuah keluarga yang setaraf dengan "Einstein Tanpa Pencapaian Ini", jika mereka melakukan satu bentuk tindakan yang mengganggu gugat keharmonian kaum dan agama di negara ini?

Apabila video yang menunjukkan seorang gadis dengan keupayaan memahami undang-undang secara lembam, tetapi mengakui dirinya lebih bijak, terbuka, Einsteinwati, mencetuskan kontroversi menghina usaha pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, maka perkara itu mencetuskan pelbagai bentuk reaksi dari kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia telah menggunakan hak kebebasan mereka untuk bersuara. Jelas apabila rakyat Malaysia menggunakan hak mereka untuk bersuara, pihak-pihak yang selama ini cuba menjadi juara hak kebebasan bersuara mula mempamerkan rasa tidak senang mereka. Ini termasuklah professor malang ini kerana perlakuan anaknya telah menyebabkan dirinya tidak dapat tidur malam.

Gangguan kepada sisi emosi dan mental Professor ini sehinggakan beliau mencampakkan keupayaan intelektual dan akademiknya ke belakang punggung. Prof Tajuddin Rasdi mula meracau membuat tuduhan tanpa bukti dan sandaran yang benar apabila menuduh anaknya diugut oleh orang-orang Melayu beragama Islam.

Persoalannya, apakah beliau boleh membuktikan tuduhannya itu dengan bukti yang tidak tertolak bahawa semua akaun laman sosial yang mengugutnya itu benar-benar milik orang Melayu beragama Islam?

Siapa sahaja boleh menjadi sesiapa sahaja di laman-laman sosial. Mat Afrika boleh menjadi seorang Jutawan Romeo dengan wajah ala Leonardo DiCaprio di laman-laman sosial. Ah Seng, tentera RBA boleh jadi Abu Bakar al Baghdadi di dalam laman-laman sosial. Jadi bagaimana beliau boleh memalitkan najis pada gelaran professor yang ada padanya dengan menuduh orang Melayu Islam melakukannya tanpa beliau sendiri boleh yakin dengan pasti pemilik-pemilik akaun itu bukan dari RBA?

Yang perlu Professor Tajuddin Rasdi buat ialah memastikan semua akaun yang mengugut bunuh dan rogol anaknya itu benar-benar akaun milik orang Melayu beragama Islam. Sehingga beliau boleh membuktikan perkara itu, barulah beliau boleh membuat rungutan dalam nada tuduhan tersebut.
Bawa bukti atau lebih baik diam dan didik ahli keluarga supaya kenal undang-undang dan prinsip-prinsip asas Rukun Negara wahai Professor.




Wednesday, 25 March 2015

Kenyataan Murka Majlis Raja-Raja Berkenaan Fitnah Tolak Hudud Oleh Malaysian Insider?

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i)  Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015


**************

Ini Berita Tidak Bertanggungjawab TMI. Tindakan Tegas Perlu Diambil Kerana Memfitnah Majlis Raja-Raja

Benarkah kenyataan di atas dibuat oleh Majlis Raja-Raja? Semakan kami kepada pemberi maklumat dalaman menunjukkan bahawa masih belum ada apa- apa berita pengesahan dari Majlis Raja-Raja mengenai kenyataan tersebut sebagaimana yang disiarkan pelbagai blog sejak petang tadi.

Walaubagaimanapun, sama ada sah atau tidak MRR ada mengeluarkan kenyataan di atas, TMI sudah seharusnya dikenakan tindakan kerana menggunakan nama Majlis Raja-Raja untuk sebuah berita yang dilihat memfitnah MRR seperti tidak berpegang dan mendukung sumpah Yang DiPertuan Agong untuk memelihara Islam pada setiap masa.

TMI perlu dikenakan tindakan.

Bodoh Dan Nazri Berpisah Tiada

Mungkin terjaga dari mimpi ngeri direjam dengan batu dan melihat ahli keluarga disebat seratus kali semasa tidurnya, Nazri Abd Aziz terbangun dan lantas mewiridkan satu-satunya wirid bombastik yang beliau tahu sejak dahulu.

“Itu Bodoh, Ini Bodoh, Begitu Bodoh, Begini Bodoh,”

Nazri Kata Hanya Orang Bodoh Bincangkan Hudud Di Malaysia



Kenapa La Sibuk-Sibuk Bincang Pasal Hudud. Bodohkan Diorang Ni?

Nazri dan Kebodohan memang sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Bagai Qarin yang dilahirkan bersamanya. Perkataan bodoh itu seolah sudah bersama dengan mindanya sebelum tali pusatnya dipotong.

Ini Ketika Pertama Kalinya Nazri Menunjukkan Kemampuan Menggunakan Perkataan Bodoh Ke Atas Gerakan Yang Perjuangkan Kedaulatan Islam di Malaysia.


Jika dihitung di akhirat nanti, mungkin perkataan “Bodoh” itu merupakan kosa kata yang digunakannnya dengan prolifik, kerap dan fasih tetapi sentiasa menyinggahi sasaran yang gagal tepat.

Bergelumang dan berpelukan dengan kebodohan sentiasa menjadi acara publisiti media Nazri Aziz. Untung tangganya untuk memanjat ke puncak perdana kuasa sangat pendek kecuali cita-cita mahu menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama seperti jalan yang ditelusuri Yusof Ishak di Singapura digagahinya.



Alhamdulillah beliau hidup dikala umat melayu Islam belum ramai bermulut kreatif celupar tanpa takut dosa seperti Mat Sabu. Anwar Ibrahim dijuburikannya kerana sangkutan dosa menyemai benih diluar kebun-kebun yang subur.

Jika Sabu tidak sibuk dengan mengipas Maharaja Lim anak beranak, tentu sahaja Mat Sabu sudah menggelarkan Nazri Aziz al Bodowi kerana mulutnya gemar berwurud dengan perkataan tersebut.

Malu-Malu Pula.. Nasib Baik Tak Pakai Subang.

Kita sudah biasa melihat Nazri berpelukan dengan kebodohan. Kita tidak hairan dengan kecenderungannya itu. Nazri boleh terus memeluk perkataan bodoh dan kebodohan itu sehingga Izrail datang memanggil. Dipersilakan.

Thursday, 19 March 2015

Hudud & Keadilan Untuk Jeffrey Deskovic

Megat Rizal M.H.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang telah merencanakan setiap detik kehidupan yang sedang kita semua lalui kini. Hari ini bakal berlangsung perbahasan masuk hari kedua pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Seperti yang dijangka segelintir kafir harbi sedang meroyan dengan salah faham yang telah dihidupkan oleh propaganda fitnah yang telah mereka sendiri bawa sejak sekian lama. Mereka sudah gagal menggunakan akal dalam memahami kepentingan umat Islam, tidak kira latar belakang politik untuk menerima undang-undang yang telah ditetapkan Maha Pencipta kepada setiap makhluknya.



Apa yang lebih mengelirukan, walaupun telah diperjelaskan bahawa pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ini hanya untuk umat Islam, mereka masih lagi membantah keras seperti mahu meletakkan veto kepada bagaimana lebih 20 juta Muslim di Malaysia patut hidup. Sudah terang lagi bersuluh mereka-mereka ini bukanlah golongan yang mahu berdamai dan hidup aman harmoni dengan Islam dan umatnya. Walaupun Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelas menegaskan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan keadaan aman dan damai dengan Islam, Agama Persekutuan, mereka masih lagi mahu bersikap menentang.

Lazimnya mereka akan berhujah bahawa kebanyakkan negara yang melaksanakan hudud adalah terbelakang daripada segi kemajuan materialisme dan kekurangan serba-serbi. Kegagalan untuk golongan ini untuk memahami dengan lebih mendalam perebutan kuasa dalam percaturan geo politik dunia juga tidak membantu mereka untuk lebih memahami kenapa dan mengapa, Mesir, contohnya, kekal ‘a failed state’.

Mereka kemudiaannya akan mula menuding kepada kemajuan materialisme yang sedang dialami Barat. Mereka akan bercerita tentang Amerika Syarikat, Australia, Sweden dan negara-negara Kesatuan Eropah lain sebagai ‘bastion’ kepada ketamadunan yang sepatutnya ditiru semua negara Islam. Dalam memperkatakan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara tersebut, mereka akan mengelak daripada bercakap tentang ratusan tahun penjarahan kekayaan sesebuah negara seperti kebanyakkan negara rantau Asia Tenggara contohnya yang pernah dijajah Sepanyol, Inggeris, Belanda, Perancis dan Portugis.




Sejarah Itali di Afrika Utara juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun itu semua tidak penting kepada mereka. Mereka cuma mahu memperkatakan berkenaan dengan kekayaan yang dimiliki negara-negara tersebut dan bukannya bagaimana ianya diperolehi. Pandangan Islam bahawa matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara, bukanlah satu kayu ukur yang mahu mereka faham.

Tidak kiralah sebagaimana  kerap si ‘Economic Hit Man’ John Perkins berkali-kali membuat pengakuan tentang cara jahat dan terkutuk Amerika Syarikat, terus-menerus mengumpulkan kekayaan negara tersebut kini. John Perkins menjelaskan bahawa negara-negara membangun yang berhutang akan dipaksa untuk mengikut telunjuk ‘Koboi Dunia’ itu dalam setiap aspek pentadbiran negara tersebut.

‘Economic hit men (EHMs) are highly paid professionals who cheat countries around the globe out of trillions of dollars. They funnel money from the World Bank, the US Agency for International Development (USAID) and other foreign “aid” organizations into the coffers of huge corporations and the pockets of a few wealthy families who control the planet’s natural resources. Their tools included fraudulent financial reports, rigged election, payoffs, extortion, sex and murder. They play a game as old empire, but one that has taken on new and terrifying dimensions during this time of globalization’ jelas John Perkins lagi.

Walaupun sering dianggap sebagai sebuah demokrasi contoh, kepada mereka-mereka yang sering mengikuti perkembangan sosio politik negara tersebut tahu bahawa Amerika Syarikat bukanlah sebuah utopia yang kita semua dambakan.



Jeffrey Deskovic sangat kenal dengan sistem keadilan yang diamalkan di Amerika Syarikat, lewat tahun lepas beliau telah dianugerahkan sebanyak RM158,270,000 setelah menang dalam kes samannya terhadap sherrif penyiasat Daniel Stephens dan Putnam County, New York.

Pada tahun 1989, seorang gadis sunti berumur 15 tahun, Angela Correa yang tidak pulang ke rumah ditemui mati dalam keadaan tercekik, dipukul dan dirogol. Jeffrey Deskovic yang menunjukkan minat yang mendalam tentang kes pembunuhan tersebut kemudiaan disyaki pula oleh pihak berkuasa.


Jeffrey Deskovic Semasa Remaja. Ketidakadilan bebanan sistem pembuktian sistem perundangan tersebut telah merampas usia muda dan remajanya.

Memetik laporan yang disediakan oleh innocentproject.org sebuah badan amal yang membantu mereka-mereka yang tidak bersalah dengan menggunakan teknologi ujian DNA dan lobi untuk mengubah kecacatan sistem keadilan sedia ada supaya kes serupa tidak berulang, ‘Police spoke with Deskovic eight times in December 1989 and January 1990. Descovic began his own “investigation” of the case, giving officers notes about possible suspects. Police asked Descovic to submit to a polygraph examination and he agreed in late January 1990. He believed that, if cleared, he could continue to help the police with their investigation.’



‘Deskovic was taken to a private polygraph business run by an officer with the local Sheriff’s Department, who, according to trial testimony, had been hired to “get the confession.” Deskovic was held in a small room there with no lawyer or parent present. He was provided with coffee throughout the day but no food. In between polygraph sessions, detectives interrogated Deskovic.’

Menurut lohud.com, ‘At the 1990 criminal trial, jurors knew Deskovic’s DNA test did not match the semen found on the victim. But they relied on Assistant District Attorney George Bolen’s spin that the victim could have had consensual sex with someone else before the killer raped her. Bolen was able to do that because Stephens claimed Deskovic told him that the killer may not have ejaculated.’

Lelaki tersebut menafikan bahawa beliau ada berbuat pengakuan sedemikian rupa kepada sheriff penyiasat Daniel Stephens dan mendakwa bahawa lelaki tersebut menipu dan merekayasa kenyataan tersebut setelah mengetahui bahawa ujian DNA telah gagal.

Dia walau bagaimana pun tetap disabitkan kesalahan walaupun ujian DNA sperma yang terdapat pada mangsa, Angela Correa tidak sama dengan DNA sperma yang diambil daripadanya. Setelah lebih enam belas tahun beliau menjalani hukuman penjara di Elmira Correctional Facility sebuah pusat tahanan maksimum, DNA tersebut didapati menyamai seorang lelaki bernama Steven Cunningham yang kemudiaannya mengaku terhadap jenayah rogol dan bunuh yang dilakukannya ke atas gadis malang tersebut.



‘I spent 16 years in prison, wrongfully convicted at age 17 of murder and rape, despite a negative DNA test. I lost all seven of my appeals, and I was turned down for parole. Finally, at age 32, I was exonerated after further DNA testing that identified the actual perpretrator’, keluh beliau yang kini menjalankan kerja amal dengan sebuah yayasan yang diasaskannya sendiri. The Jeffrey Deskovic Foundation of Justice juga telah berjaya membebaskan seorang lagi mangsa kepada kecacatan sistem keadilan ciptaan manusia yang terbukti zalim iaitu mendiang William Lopez.

Memetik deskovic.org, ‘Deskovic immediately recognized Lopez’s case as having the classic hallmarks of a wrongful conviction: a dearth physical evidence, a prosecutor who withheld exculpatory evidence, hapless defence attorneys, a hostile judge. Especially alarming was the fact that the trial had turned on the testimony of two eyewitnesses, one of whom had described the killer to police as a dark black man taller than 6’3 (Lopez was short, with a lighter complexion). The other had been on a two-day crack binge at the time of the crime. Later she would tell a cellmate at Riskers Island that Lopez was not really the killer, according to the cellmate, who sent a letter describing the recantation to Lopez’s lawyer. The letter arrived after trial but before sentencing, yet his lawyers did nothing with it at the time.’

‘Deskovic’s team eventually uncovered more evidence of Lopez’s innocence. Most significantly, they tracked down another witness to the crime, who had since been deported to the Dominican Republic. Via video feed, he testified at a hearing that he was “certain” Lopez was not the man he saw, describing the real killer as having dark black skin’

Mendiang William Lopez juga menerima nasib yang hampir sama dengan Jeffrey Deskovic kerana telah disalah tuduh dan dihukum. Namun malangnya mendiang telah diserang asma yang kronik sehari sebelum kes saman berjumlah RM471,200,000 akan bermula.

Kedua-dua lelaki ini merupakan statistik kepada ketidakadilan sistem kehakiman yang diamalkan di Amerika Syarikat. Menurut buku Convicted But Innocent: Wrongful Conviction And Public Policy yang ditulis oleh C. Ronald Huff, pengarah di Criminal Justice Research Center, School of Public Policy and Management di Universiti Ohio State, terdapat seramai 10,000 orang tidak bersalah yang dijatuhi hukuman jenayah berat setahun di Amerika Syarikat.

Menurut video yang disediakan oleh yayasan kelolaan Jeffrey Deskovic pula terdapat lebih daripada 120,000 orang yang dipenjarakan walaupun mereka sebenarnya tidak bersalah. Bayangkan pula dengan nasib mereka-mereka yang dijatuhi hukuman mati walaupun sebenarnya tidak bersalah?!



Undang-undang ciptaan manusia sememangnya tidak sempurna dan tidak mampu memberikan keadilan yang sebenar seperti mana sistem perundangan syariah. Sistem keadilan Islam, sama seperti sistem perbankan Islam yang telah mendapat tempat dan terbukti lebih adil dan selamat perlu dibenarkan untuk terus berkembang kerana ianya bersifat mendidik dan bukannya untuk menghukum semata-mata.

Dalam ketika sesetengah daripada kita sedang mengkritik keras sehingga ada yang menuduh sistem kehakiman kita telah ‘bersekongkol dengan Syaitan’ hanya kerana kurang berpuas hati dengan hukuman yang djatuhkan terhadap Anwar Ibrahim sehingga didakwa dengan Akta Hasutan 1948, maka moleklah kiranya kita melihat kembali kepada sistem perundangan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada setiap makhluk-Nya.

Undang-undang jenayah syariah bukanlah sekejam yang digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang jahil. Dakyah dan fitnah yang telah digerakkan oleh para orientalis benci Islam sejak sekian lama tentulah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi segelintir daripada penduduk bukan Islam yang jahil dan jumud pemikiran.

Masakan Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mensyariatkan sesuatu yang zalim kepada kita semua, Islam sebagai rahmat seluruh alam amatlah menitik-beratkan kepada konsep keadilan kepada semua.



Dan kepada mereka-mereka yang saban minggu berdemo dan saban hari memegang lilin solidariti kepada Anwar Ibrahim, elok juga mereka merenung kembali kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah Ketua Pembangkang itu didapati bersalah meliwat pembancuh kopi dan dipenjarakan selama lima tahun bahawa ‘hanya undang-undang syariah sahaja yang dapat member keadilan sebenar’.

Mungkin ada benarnya kenyataan itu?



Baca Juga :
http://www.westchesterda.net/Jeffrey%20Deskovic%20Comm%20Rpt.pdf