Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Tuesday, 24 February 2015

Tertuduh Pelarian Jenayah Perkauman Sedang Bergumbira Di Amerika

Tidak berapa lama dahulu, salah seorang pewaris takhta di UK mendapat kecaman teruk dari pelbagai pihak. Kesalahannya hanya satu. Beliau memilih memakai kostum Nazi ketika menghadiri parti hari lahir salah seorang sahabatnya. Seluruh dunia mengecam tindakannya. Rimas dan tertekan dengan tekanan yang dikenakan ke atasnya, beliau kemudian membuat permohonan maaf.




Kemudian, berlaku pula kisah tabik hormat ala Nazi yang dilakukan oleh pemain bola antarabangsa, Nicholas Anelka. Beliau dikecam sehingga ke Israel.



Baru-baru ini pula, ketua Kumpulan PEGIDA, sebuah pertubuhan Anti Islam di Eropah, telah meletakkan jawatannya disebabkan sebuah fotonya yang menggayakan fesyen misai dan rambut ala Adolf Hitler telah terlepas kepada tatapan umum. Beliau dikecam hebat oleh ramai pihak. Di Eropah lantas membuatkannya berasa tertekan dan mengumumkan perletakan jawatannya disebabkan meniru gaya pemimpin Nazi tersebut.


Malaysia, tidak kurang hebatnya. Alvin Tan atau pernah dikenali dengan pasangannya dengan nama Alvavi, telah dituduh di mahkamah atas perlakuan jenayah menghina Islam dan melakukan jenayah provokasi perkauman.

Belum sempat, kes dibicarakan sehingga tamat, beliau melarikan diri keAmerika. Di Amerika, beliau tidak menjalani kehidupan baharu. Tetapi beliau meneruskan sikap anti Islam, sikap perkauman anti Melayu dan perkauman anti lain-lain kaum.


Dalam posting di akaun facebooknya kira-kira seminggu yang lepas, beliau menjilat Uncle Sam sehingga Uncle Sam tidak perlu lagi risau dengan masalah kehabisan tisu tandas.

America is my home, for now and forever katanya. Wow! (mesti dibaca dalam nada teruja Tuan Husin Lempoyang Saudagar Unta Leher Panjang)

Alvin sayang Amerika. Persoalannya, apakah Amerika selepas ini akan sayang Alvin si Tertuduh Pelarian Jenayah Perkauman/Agama negara?


Mari kita sama-sama berpakat untuk menjalankan hak kebebasan bersuara kita dengan bertanyakan apa pendapat mereka-mereka ini mengenai Alvin, Si Nazi Sympathizer di atas.

Anti Defamation League (ADL)
ADL mempunyai akaun facebook. Tidak salah jika kita bertanyakan pendapat mereka mengenai kecenderungan simpati dan menyukai Nazi yang ada pada Alvin kepada mereka. Copy dan paste gambar posingnya untuk mengetahui pendapat mereka mengenai Alvin yang sedang berada di negeri mereka.

Facebook ADL : https://www.facebook.com/LA.ADL

AMCHA Initiative 
AMCHA Initiative merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk memantau, menyiasat, menyebarkan maklumat dan melawan kewujudan golongan anti Yahudi (anti semitik) di Amerika.


Menarik juga untuk mengetahui apa pendapat mereka mengenai Alvin Tan. Facebook mereka di sini : https://www.facebook.com/AMCHAInitiative

AIPAC

Apa kata AIPAC (American Israel Public Affairs Comittee). Copy gambarnya dengan T Shirt Nazi di atas, dan tanyakan pada akaun facebook dan email AIPAC apa pendapat mereka mengenai dirinya. 

1) Facebook AIPAC : https://www.facebook.com/aipac
2) Email AIPAC : 

B'NAI B'RITH

Apa pula kata B'Nai B'Rith. Copy gambarnya dengan T Shirt Nazi di atas, dan tanyakan pada akaun facebook dan email B'Nai B'Rith tentang apa pendapat mereka mengenai dirinya. 

2) Email B'Nai B'Rith  : direction@bnaibritheurope.org

Publisiti Percuma

Dia sukakan publisiti. Maka ada baiknya kita tanyakan juga pada Fox News soalan, apakah Amerika kini menjadi tempat Nazi Sympathizer seperti dirinya diberikan tempat berlindung? Jika Putera Harry yang hanya memakai armband Nazi dikecam teruk, bagaimana pula dengan Nazi Sympathizer di atas. Tanyakan kepada Fox News dan CNN tentang dirinya yang kini sedang merayau-rayau di California.

1) Email untuk pengendali program di Fox News

RancanganEmail
America Live w/ Megyn Kellykelly@foxnews.com
America's Newsroom w/ Bill and Marthaamericasnewsroom@foxnews.com
Bulls and Bearsbullsandbears@foxnews.com
Cashin' Incash@foxnews.com
Cavuto on Businesscavuto@foxnews.com
Forbes on FOXforbes@foxnews.com
FOX & Friendsfriends@foxnews.com
FOX News Specialsfncspecials@foxnews.com
FOX News Sundayfns@foxnews.com
FOX News Watchnewswatch@foxnews.com
FOX Report w/ Shepard Smithfoxreport@foxnews.com
FOX Report Weekendfoxreport@foxnews.com
Geraldo at Largeatlarge@foxnews.com
Hannityhannity@foxnews.com
Happening Now w/ Jon Scott & Jenna Leehappeningnow@foxnews.com
Huckabeehuckmail@foxnews.com
Glenn Beckglennbeck@foxnews.com
The Journal Editorial Reportjer@foxnews.com
On the Record w/ Greta Van Susterenontherecord@foxnews.com
Red Eye w/ Greg Gutfeldredeye@foxnews.com
Special Report w/ Bret Baierspecial@foxnews.com
Studio B w/ Shepard Smithstudiob@foxnews.com
The O'Reilly Factororeilly@foxnews.com
War Stories w/ Oliver Northwarstories@foxnews.com
Your World w/ Neil Cavutocavuto@foxnews.com

2) Pautan untuk maklumbalas di CNN : http://edition.cnn.com/feedback


Children Of Jewish Holocaust Survivors

Apa pula kata Children Of Jewish Holocaust Survivors di California jika gambar beliau dengan T Shirt Nazi ditampal ke wall akaun facebook mereka?

1) Facebook CJHS : https://www.facebook.com/cjhsla

Jewish Family And Children Services (JFCS)

Menarik juga kalau kita tanyakan pendapat JFCS mengenai Nazi Sympathizer yang sedang menghirup udara segar California. Caranya, pastekan gambar beliau tersebut ke wall mereka.


Rakan-Rakan Facebook "Mat Saleh" Alvin
Menarik juga jika sesiapa daripada sahabat-sahabat pengunjung dapat 'tag' semua 'mat saleh' Amerika yang bersahabat dengan Alvin di akaun facebooknya untuk dipertunjukkan gambar ini. Kita berminat untuk mengetahui apa respons mereka nanti.

Google dan cari..



Tidak kira Melayu, India dan Yahudi, semuanya menjadi mangsa sikap perkauman Alvin Tan. Kita semua harus mengambil inisiatif untuk bertanyakan pihak-pihak di atas tentang apa perasaan mereka mempunyai seorang tertuduh pelarian jenayah perkauman dan Nazi Sypathizer di negara mereka?




Monday, 23 February 2015

Nazi Alvavi Bebas Hina Islam Dan Lain-Lain Kaum, Apa Tindakan Susulan Penggubal Undang-Undang?

Sekitar November 2014, Bangkit.info menghantar wakil untuk menghadiri sesi soal jawab dan penceritaan ringkas mengenai Akta Hasutan 1948 yang dihadiri oleh Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan Tan Sri Zaman Khan. Kedua mereka, merupakan tokoh yang terlibat dengan perkembangan yang berlaku di dalam negara sebelum, semasa dan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang hampir menjadikan Malaysia sebagai medan pertumpahan darah antara kaum.

Pengalaman Tan Sri Aziz Abd Rahman yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat pindaan kepada Akta Hasutan 1948 amat menarik sekali untuk dikongsikan.

Justeru itu, sejurus berpeluang mendapat gambaran secara berdepan dengan tokoh-tokoh yang banyak berjasa itu, kami memuatkan catatan yang dibuat oleh pihak kami di majlis tersebut sebagai perkongsian untuk semua dalam penulisan dua bahagian sebelum ini.

Penulisan Bahagian Pertama boleh dibaca pada pautan ini. (KLIK 1)

Penulisan Bahagian Kedua boleh dibaca pada pautan berikut. (KLIK 2)

Penghakiman kes Alvavi, anak muda pro Nazi berperangai lucah, bersifat perkauman dan anti prinsip Rukun Negara agak mengejutkan. Seksyen 298 Kanun Keseksaan dikatakan tidak terpakai kepada perbuatan menghina Islam berikutan Mahkamah terikat dengan penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan (1988).

Tiba-Tiba Teringat Hero Kollywood Malaysia, Uthaya Sankar Yang Cuba Jadi Hero Satu Malaya Semasa Isu Perkataan "Pariah' Digunakan Dalam Novel Interlok. Entah Kenapa Dia Diam Bila Rasis Nazi Alvavi Berulang-Ulang Sebut Perkataan Tersebut Dalam Nada Menghina. Tercekik Cucur Peneram Ke?
Segera kami teringat kepada soalan yang dikemukakan kepada Tan Sri Abd Aziz semasa sesi perjumpaan tersebut. Soalannya, kenapa pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibuat pada oleh jawatankuasa yang turut dianggotai beliau pada 1970 itu tidak memasukkan penghinaan ke atas agama Islam sebagai sebahagian daripada perbuatan yang dikategorikan sebagai perbuatan dengan kecenderungan menghasut?

Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Aziz ialah, pada waktu itu (1969-1970), semua panel merasakan bahawa undang-undang negara sedia ada, terutamanya Seksyen 295 hingga 298 Kanun Keseksaan sudah cukup untuk melindungi Islam dan mendakwa mana-mana kesalahan provokasi ke atas agama Islam.

Kami juga masih ingat dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Dato' Seri Rais Yatim kepada media bahawa terdapat cukup undang-undang di dalam negara untuk mendakwa mana-mana pesalah yang melakukan penghinaan atau provokasi ke atas agama Islam. Keratan akhbar tersebut boleh dibaca pada pautan di bawah.

Baca 1 : Rais Yatim Kata Cukup, AG Kata Tak Cukup, TPM Kata Kalau Tak Cukup, Cukupkan
Baca 2 : Rais Yatim Bercakap Benar
Tahun berganti tahun, akhirnya, undang-undang yang disangka selama ini boleh mengekang perbuatan menghina Islam, kini terikat dengan penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan (1988).

Dalam penghakiman tersebut, Mahkamah Agung pada ketika itu membuat penghakiman dengan menyatakan Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah dianggap sebagai melampaui kuasa (ultra vires) kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Kanun Keseksaan adalah bertujuan menjaga serta memberi penekanan kepada aspek ketenteraman awam dan bukan sebuah undang-undang melindungi agama.

Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan pada Jadual ke Sembilan menyatakan bahawa semua hal berkenaan agama adalah berada di bawah tanggungjawab kuasa Negeri-Negeri dan perkara berkaitan ketenteraman awam adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, maka Seksyen 298A tersebut dianggap sebagai melampaui kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Penghakiman ini seolah-olah telah menjadikan Seksyen 298A seperti sudah tidak lagi "wujud" dan dapat berfungsi apabila terikat dengan kes penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan oleh penggubal undang-undang dan pihak pendakwaan dalam menghadapi kes-kes yang hampir sama pada masa akan datang supaya apa yang berlaku di dalam kes Alvavi tidak mendedahkan Islam kepada lapang sasar penghinaan dan provokasi terbuka.

Alvavi masih belum terlepas dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948. Semoga keputusan penghakiman di bawah Akta Hasutan 1948 ke atasnya akan membawa sehingga ke hukuman penjara. Walaupun dia telah merasa selamat dan melarikan diri dari Malaysia dan berada di Amerika, bukanlah satu masalah bagi mana-mana pihak dengan akal fikiran yang bergerak untuk membuatkannya merasakan dirinya seperti terpenjara di Amerika.

Esok saja kami tuliskan mengenainya.

Sebelum menutup penulisan ini, team gerak kerja Bangkit.info ingin mengajukan soalan berikut kepada sebahagian manusia di bawah MAMPU di PMO:

Bangkit Tanya Apa Khabar?

Sunday, 22 February 2015

Presiden Bar Penyokong LGBT Dikecam 100 Peguam

Seratus orang Ahli Majlis Peguam telah sepakat membuat satu kenyataan akhbar mengecam tindakan celupar Christopher Leong yang dikatakan melakukan satu bentuk tuduhan melulu ke atas badan kehakiman negara berikutan kes Anwar Ibrahim meliwat pekerjanya.

Memetik kenyataan Majlis yang diterajuinya sendiri seperti di bawah, jelas menunjukkan cara kerja sembrono seolah sudah menjadi sebahagian S.O.P. Majlis Peguam tersebut.

The Malaysian Bar has not yet had the opportunity to peruse the extensive written grounds of judgment of the Federal Court, and makes no comment at present as to the grounds for the affirmation by the Federal Court of the conviction and sentence of Datuk Seri Anwar Ibrahim, save to say that in a criminal trial and any appeals arising therefrom, the accused need only raise a reasonable doubt in the prosecution’s case. Where there is any such reasonable doubt, the accused must be acquitted. 

Kenyataan 100 orang Ahli Majlis Peguam yang mengandungi kecaman penuh ke atas Presiden Bar, yang juga merupakan penyokong LGBT, boleh dibaca pada bahagian bawah penulisan ini.





Apa yang dikesalkan ialah, ini bukanlah kali pertama Majlis Peguam yang diketuai Christopher Leong, Presiden yang dilantik melalui pemilihan yang dipertikaikan, membuat kenyataan melulu tanpa usul periksa.


Sebelum ini, semasa kes Akta Hasutan 1948 sedang hangat diperkatakan, beliau turut memberikan kenyataan melulu dan mengaku beliau tidak mempunyai sebarang sandaran fakta dalam memperkatakan majoriti rakyat negara ini menyokong pemansuhan Akta Hasutan 1948.


Di bawah pentadbiran Christopher Leong dan rakan-rakannya, Majlis Peguam negara menjadi bahan lawak jenaka antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang ditertawakan dunia dengan etika yang langsung tidak professional yang ada pada mereka.

Memalukan! Sangat-sangat memalukan!



**********
PRESS STATEMENT

CALL FOR RETRACTION OF THE PRESS RELEASE DATED 11 FEBRUARY 2015 BY CHRISTOPHER LEONG AS PRESIDENT OF THE MALAYSIAN BAR AND A PUBLIC APOLOGY THEREOF TO THE JUDICIARY FOR BRINGING THE JUDICIARY INTO CONTEMPT AND MISLEADING THE MALAYSIAN PUBLIC

21 FEBRUARY 2015


WE, concerned members of the Bar, note with utter disbelief and amazement the Press Release of Christopher Leong of 11 February 2015, which implies that Dato’ Seri Anwar Ibrahim was ‘persecuted, not prosecuted’ in respect of his charge and conviction by the Federal Court of Malaysia on 10 February 2015 for sodomy pursuant to Section 377B read with Section 377A, of the Penal Code.





Firstly, what is glaringly obvious from the said press release, is that, in one breath Christopher Leong admits having not read the judgment of the Federal Court, and yet in the same breath, the day after the Federal Court decision he makes disparaging remarks that the judgment of the Federal Court was without any basis in law, by reference to media reports of the trial, solely.



This is a direct attack on the Federal Court without any legal basis with the effect of bringing the Federal Court into disrepute and odium.



The stand and public statement made by Christopher Leong militates against the fundamental and statutory duties of the Malaysian Bar, which includes the protection of the integrity and sanctity of the judicial system.



Christopher Leong must appreciate the legal position that “trial by media” is not only wrong but must be abhorred in any civilised judicial system, since it is a fundamental requirement that the courts of law can only determine a dispute based on evidence presented in court and not otherwise. As cautioned by His Lordship Mohamad Ariff Md Yusof JC (as His Lordship then was) in the case of Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin v Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir [2009] 1 LNS 1827:



“I believe the course of conduct I took falls quite closely with this recommended practice. It was not an outcome or a reaction against adverse comments on blogsites or certain sections of the mainstream media. It will be a sorry day for the judiciary if a judge’s conduct has to be conditioned by these extraneous factors, since they will fetter the independence of the judiciary unduly.”



Christopher Leong has brought the judiciary, a fundamental element in the administration of justice in Malaysia established under Article 121 of the Federal Constitution, into public contempt and ridicule by misrepresenting both facts and the law applicable in Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial and conviction by the Federal Court. He does this by questioning why the complainant, Mohd Saiful Bukhari Azlan, is not charged with abetment under Sections 377A and 377B read together with Section 109 of the Penal Code.



This is an utterly outrageous statement for even a lay person to make, what more a senior member and leader of the Malaysian legal profession.



As legal practitioners ourselves, we are outraged, nigh embarrassed, by his remark which clearly contravene not only the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 but also a statutory provision of the Legal Profession Act 1976, namely Section 42 which stipulates that the Malaysian Bar must “promote good relations ... in the administration of law and justice in Malaysia.”



Such a statement is wholly unbecoming and based on flawed reading of the provisions in the sections concerned.



A plain reading of Sections 377A and 377B of the Penal Code must certainly lead a reader thereof to conclude that the statutory provisions do not criminalise homosexuality per se but sodomy, namely the act of insertion by a man of his penis into the anus of another person, be that a man, woman or child. Such an act is considered vile by the values held by the vast majority of Malaysians and rightly attracts sanction.



This is common knowledge and must certainly be within the awareness of Christopher Leong, being the President of the Malaysian Bar.



Also, contrary to what he claims, the aforementioned provisions are in no way rarely used, but are used on a recurring basis, one such example being the previous conviction for sodomy of one Abd Rahim bin Abd Rahaman by the Court of Appeal in 2010 for multiple counts of sodomy.



The full statistics of cases of this nature is easily accessible by requesting the same from the other arm of the legal system being the Attorney General’s Office.



Did Mr Christopher Leong avail himself to these statistics, before making a brash and unsupported allegation?



Christopher Leong’s sanction and participation in the continued smear of the Malaysian judiciary in this matter, by irresponsible citizens as well as elements of the international community must be corrected immediately and to this end, we, concerned members of the Bar, CALL UPON MR CHRISTOPHER LEONG, PRESIDENT OF THE MALAYSIAN BAR TO IMMEDIATELY retract the Press Release dated 11 February 2015 AND to tender an unequivocal and unconditional public apology to the judiciary AND similarly to communicate the same to  all international bodies and entities, FAILING WHICH we shall be constrained to take all necessary steps to call for his immediate resignation from the position as President of the Malaysian Bar and call upon the Attorney General to take the necessary contempt proceeding against  Mr. Christopher Leong.



We also wish to place on record that in no way does the Press Release of Mr. Christopher Leong dated 11 February 2015 represent the views of the majority members of the Malaysian Bar.



Press Statement by concerned and currently practising members of the Malaysian Bar:-





Pautan Asal : 
************

Friday, 20 February 2015

Stereotaip Lapok & Kecenderungan Paedophile Farouk dan Farida

Beberapa minggu lepas, seorang wanita yang pernah mengetuai pasukan undang-undang Malaysia sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, menzahirkan kecenderungan perspektif pemikiran paedophilenya.

Melihat sahaja cadangan undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan di Kelantan, tiada apa yang terlintas di mata fikirnya kecuali melihat semua itu dalam bentuk kecenderungan paedophile. Seluruh hukum itu dirangkumkannya di dalam kerangka paedophile.

Setelah berhari-hari tanpa mendapat sebarang sambutan, hayat hikayat paedophile ini cuba disambung nyawanya kembali.

Kali ini, ianya dibuat melalui penulisan seorang yang menamakan dirinya Farouk Peru. Teransang dengan cadangan  Paedophile Farida, Farouk tidak mengambil masa yang lama menulis sebuah ceritera menyambung hikayat paedophile Farida.

Mengangkat keupayaan intelek rendah sebagai hujah, Farouk membawa beberapa urban legend golongan orientalis mengenai Islam. Beliau melakukannya tanpa langsung berani mencuba untuk berfikir di luar kotak yang telah diprogramkan kepada insan sepertinya untuk melihat isu ini di luar dari skeptik septik kebiasaan.

Hujah Farouk dengan merujuk isu perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan A’isyah r.a. jelas menunjukkan betapa rendahnya keupayaannya untuk memahami sisi perkembangan dan pertumbuhan biologi seorang manusia dan beberapa hadis lain yang menunjukkan dengan jelas bahawa Aisyah r.a., adalah seorang anak gadis yang sudah mencapai pertumbuhan biologi yang sempurna untuk beliau berumahtangga. Saiz ketinggiannya, keupayaan fisiologinya, keupayaan inteleknya dan kematangan beliau berfikir semuanya sudah tersedia di dalam hadis-hadis sahih.

Cuma, apabila Farouk memilih untuk menulis di dalam nada seperti yang dilakukan Farida, maka nada yang sama jugalah tahap penulisan ini untuk menyedarkannya supaya sebelum membuka mulut, silalah buat kajian dan penelitian melalui cara yang betul. Kami membalas sesuai dengan apa yang dilakukan mereka.

Kemudian beliau mengulas seperti seorang sarjana mengenai Islam yang tidak adil kepada mangsa rogol. Merujuk kepada kes rogol yang berlaku di daerah Qatif di Arab Saudi, 1,400 tahun sistem keadilan Islam dalam membela hak wanita, cuba dimasukkannya ke dalam tong sampah.

Cuma, dalam percubaan ini, beliau mendedahkan tingkat sebenar keupayaan inteleknya. Jelas beliau tidak tahu bahawa terdapat terdapat undang-undang yang mengharamkan mana-mana pasangan bukan mahram berada di dalam tempat yang boleh mendedahkan mereka kepada situasi yang tidak diingini.

Mangsa rogol tersebut dihukum bukan kerana masalah beliau dirogol dan membuat pengakuan dirogol, tetapi dihukum kerana melanggar undang-undang dengan mendedahkan dirinya kepada bahaya gangguan dan pencabulan seksual.

Terdapat undang-undang yang ditetapkan supaya setiap wanita yang mematuhinya berada setiap situasi yang selamat. Undang-undang tetap satu undang-undang. Setiap pelanggaran undang-undang, maka jika dapat dibuktikan dilakukan mestilah dijalankan secara adil.

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/farouk-a-peru/article/how-sharia-law-inadvertently-helps-paedophilia-and-rape


Penulis tersebut cuba mempotretkan seolah-olah mangsa rogol tersebut dihukum kerana beliau diperkosa. Sedangkan beliau dihukum kerana beliau mendedahkan dirinya kepada bahaya dengan bersama  lelaki bukan mahram, sebelum pemerkosaan dilakukan beberapa pihak lain. Perogol-perogol wanita itu telah dihukum antara 80 hingga 1,000 sebatan dan penjara sehingga 10 tahun.

Kemudian beliau meracau dengan menggunakan stereotaip lapok hujahan orientalis yang sudah diulang-ulang sejak beratus tahun lamanya. Undang-undang Islam dikatakannya berat sebelah kerana lebih memberikan hak kepada lelaki.

Kasihan. Mungkin beliau hanya mendengar tanpa pernah mahu berfikir bila hujah-hujah seperti ini dipaksakan masuk ke dalam mindanya sejak dahulu. Betapa banyaknya ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis yang menekan kepada hak dan tanggungjawab yang wajib dan perlu dilaksanakan oleh seorang suami sehinggakan isteri dirumah tidak perlu berbuat apa-apa kecuali menyayangi sang suami yang berpenat lelah sehari semalam untuk keluarga mereka.

Dalam Islam, kewajipan mencari nafkah, menguruskan rumah tangga sehingga kepada melakukan kerja- kerja di rumah adalah menjadi tanggungjawab suami. Justeru itu, apabila seorang suami yang sudah menjalankan kewajipannya dengan penuh tanggungjawab dan berpenat lelah melakukan semua itu tanpa gagal, apakah sang suami boleh diherdik dan ditolak sesuka hati tanpa diberikan sebarang alasan yang munasabah?

Susah juga untuk memahami tingkat fikiran golongan yang cenderung dengan perspektif paedhophile seperti Farouk dan Farida. Segalanya stereotaip belaka. Tiada apa yang baharu.