Wednesday, 23 December 2015

Women's Aid Organisation & Mitos 'Child Marriage'

Musuh-musuh Islam sememangnya tidak akan pernah puas dengan Islam dan akan sentiasa mencari peluang untuk memburukkan Islam sehinggalah umat Islam tunduk mengikut telunjuk mereka.

Semalam, Women’s Aid Organisation (WAO) telah menyerang Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984. NGO tersebut dilaporkan media mahukan Akta yang ada sekarang diubah bagi menyekat perkahwinan remaja di bawah umur, kononnya Akta tersebut menjadi pemangkin kepada permasalahan remaja Muslim berkahwin awal. Kononnya juga ianya 'child marriage' dan ianya harus dihentikan.

Tahukah WAO bahawa istilah tersebut tidak ada dalam kamus umat Islam? Apatah lagi di Malaysia pula perkahwinan pada usia muda remaja bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Lagipun berkahwin pada usia muda sedikit sebanyak boleh mengelakkan masalah sosial di kalangan remaja dan pasangan-pasangan yang berkahwin muda harus dipuji dan diberi sokongan.

Berapa ramai pula mereka-mereka yang diluar sana terjebak dalam aktiviti seks rambang dan bertukar-tukar pasangan kerana gagal mengawal nafsu? Apakah ini yang WAO mahukan sebenarnya?

Tidakkah WAO tahu berapa ramai anak luar nikah yang telah lahir dan berapa banyak pula kes pembuangan bayi berlaku? Tahukan juga WAO bahawa amalan menggugurkan kandungan boleh membawa maut ataupun menyebabkan kemandulan seumur hidup?

Apa yang WAO mahu sebenarnya?

Persoalannya, mengapa WAO cuba untuk campur tangan dalam aktiviti dan budaya hidup umat Islam yang jelas tidak bertentangan dengan undang-undang negara?


Undang-undang Keluarga Islam 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut:

"Tiada sesuatu perkahwinan boleh di akad nikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hukum Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu."


Apa hak WAO untuk mendesak umat Islam merombak Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984? Masalahnya juga perlukah Malaysia dan umat Islam tunduk kepada konvensyen yang diputuskan oleh sebuah badan dunia yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia? Yang jelas bertentangan dengan Islam?

Menurut peruntukan seksyen di atas, kebenaran dari Mahkamah itu bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk melakukan siasatan ke atas latar belakang, keadaan fizikal dan kemampuan untuk berumahtangga demi menjaga kepentingan gadis tersebut terlebih dahulu. Setelah itu, barulah Hakim Syariah akan memberikan kebenaran bertulis bagi perkahwinan tersebut.

Tidakkah WAO tahu bahawa jauh lebih ramai kes remaja bukan Islam berkahwin bawah usia berbanding dengan remaja Muslim?

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada tahun 2014 sahaja, terdapat 841 perkahwinan bawah umur 18 tahun direkodkan di negara ini. Daripada jumlah tersebut hampir 85% daripada jumlah itu membabitkan perkahwinan pasangan bukan Islam, mungkin WAO lebih diperlukan di sana.

Muslim berkahwin muda sememangnya bukan urusan WAO dan ianya didasari perundangan yang diterima baik oleh umat Islam di negara ini. Kita tidak mahu WAO  yang berkibaltkan Barat berlagak pandai sehingga mencampuri urusan Sultan dan Raja-Raja Melayu.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.