Tuesday, 1 December 2015

Pengganas Persepsi G25 & Anugerah Penarafan 4 Bintang Audit Negara JAKIM

Semalam, sekumpulan orang pencen yang menggelarkan diri mereka G25, terus gagal untuk menunjukkan mereka layak untuk bercakap sesuatu yang bersifat realiti melainkan menjadi PENGGANAS PERSEPSI tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.




Jurucakap kumpulan Pengganas Persepsi G25 semalam, melalui lisan portal-portal yang telah disaman beberapa kali, cuba untuk melakukan serangan keganasan persepsi ke atas Institusi Sah yang ditubuhkan di bawah semangat Perlembagaan Persekutuan.

Mereka cuba untuk menyambut serangan persepsi berterusan ke atas JAKIM dengan mahu JAKIM diaudit. Malah sehingga ke tahap mereka sendiri ingin memeriksa perbelanjaan JAKIM. Siapa pertubuhan haram ini sehingga mahu berlagak seperti Jabatan Audit Negara?



Sedangkan, secara realitinya, JAKIM merupakan antara agensi yang mendapat Anugerah Penarafan 4 Bintang Bagi Penarafan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan sebanyak 2 kali berturut-turut.

Anugerah ini yang dilansungkan setiap 3 tahun sekali, dianugerahkan kepada JAKIM bagi tahun 2011 dan 2014. Esok, JAKIM akan menerima anugerah ini untuk kali kedua berturut-turut.

Tahniah JAKIM!

Bertaubatlah Farida dan kumpulan Pengganas Persepsi G25nya. Lain kali, sila buat homework supaya tidak kelihatan bodoh dengan mencadangkan sesuatu seperti ini. Begitu juga portal-portal berita yang sentiasa kecanduan Gagalis 25 ini. Jangan memalukan organisasi dengan memetik cadangan dan kata-kata dari pihak yang telah berkali-kali ternyata gagal untuk memahami isu yang dibincangkan. 

Kelab Pencen Happy Hours G25, benar-benar memalukan!!

1 comments:

  1. Tahniah Jakim. Namun ambillah insiden yg berlaku sebagai peringatan yg membina. Semoga Jakim terus maju...terus relevan dan diterajui mereka yang ikhlas, amanah dan berdedikasi.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.