Tuesday, 15 December 2015

G25 Sudah Nyanyuk?

Abu mengaku Abu memang hairan bin ajaib dengan kumpulan yang menamakan mereka sebagai ‘prominent Malays’.  

Pertama kerana mereka tidak habis-habis membuat kenyataan yang jelas bertentangan dengan fikrah rakyat Malaysia kebanyakkan, khasnya orang Melayu dan Muslim yang kononnya diwakili mereka. 

Kenyataan ‘menjolok sarang tebuan’ mereka itu pula sering mendapat bantahan dan kecaman majoriti senyap yang tidak tahan dengan sikap pelampau mereka sekumpulan.

Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Perkara kedua yang sering membuatkan Abu geleng kepala ialah kerana mereka-mereka ini suka sangat memberi maklumat 'kurang tepat' seolah-olah mahu menipu khalayak umum Malaysia yang tidak hadir pada majlis ‘gelak ketawa’ yang didakwa sesetengah mereka yang hadir lebih kepada menghina amalan tradisi masyarakat Melayu dan Islam sekian lama.

Walaupun telah dinafikan ahli-ahli kelab pencen tersebut kelmarin, untuk sekumpulan Muslim lain yang hadir, majlis tersebut tidak lebih daripada sebuah majlis mentertawakan amalan Muslim, menghina agensi-agensi Islam, mempertikaikan keabsahan JAKIM, mempersendakan golongan alim-ulamak dan memperlekehkan Mahkamah Syariah dan sesetengah hakim Muslim.


Seorang pensyarah yang sedang berhadapan dengan Akta Hasutan 1948 pada forum yang sama berkomentar sebagai salah seorang panelis, ‘a goatie and skull cap’ tidak patut menjadi batu penghalang untuk mereka mengkritik sebarang bentuk undang-undang.

Terbaru kumpulan tersebut mengatakan mereka hanya mahu piawaian tertinggi dicapai oleh Undang-Undang Syariah dan mahu ianya diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini setelah kecaman demi kecaman (yang sehingga ke hari ini masih bergema) dibuat ke atas kelab pencen mereka setelah kenyataan ‘dosa peribadi’ berkenaan dengan isu khalwat dibuat.

Mereka juga mengatakan mereka mahu mempromosikan keharmonian dan penghayatan Islam yang lebih inklusif. 

Persoalannya adakah Islam akan lebih inklusif jika mengiktirafkan aktiviti bebas tidak bermoral kumpulan LGBT? 

Adakah juga Islam di Malaysia akan menjadi lebih inklusif dengan menutup mata kepada perkahwinan rentas agama atau dengan sekta-sekta yang telah difatwakan sebagai sesat?

Adakah dengan membenarkan sesiapa saja memberikan interpretasi bebas kepada Islam dan perundangan Islam, seperti yang dimomokkan oleh ramai liberalis dan pluralis agama, akan membuatkan Islam menjadi lebih inklusif di mata ahli-ahli kelab pencen?

Dan bagaimana pula dengan cakap-cakap yang kedengaran di forum tersebut yang mengatakan bahawa ‘Federal Laws is always supreme’?

Adakah ini yang dimaksudkan oleh kumpulan tersebut bahawa forum tersebut mahu memupuk kepada perbincangan secara rasional dan ilmiah kepada pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia dan demi mengangkat Undang-Undang Syariah ke peringkat yang lebih tinggi?

Maka jelaslah, ‘sudah terang lagi bersuluh’ ahli-ahli kelab pencen ini rata-ratanya sudah nyanyuk, konsep toleransi ‘is a two way street’, berfikir bagaimana untuk ‘criminalise’ mana-mana amalan tradisi umat Islam seperti yang ditanyakan oleh seorang peserta forum bukanlah salah satu daripadanya!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.