Monday, 21 December 2015

G25 Sudah Jilat Ludah Sendiri?!

Setelah ‘diasak’ kiri dan kanan oleh majoriti senyap dengan kenyataan tidak bertanggungjawab terhadap undang-undang berkaitan khalwat, kumpulan yang masih menganggap mereka sebagai sekumpulan Melayu pencen ‘paling berpengaruh’ Malaysia kini mula terpanggil untuk bermuzakarah dengan kumpulan-kumpulan Muslim yang lain.

Cadangan itu dikemukakan oleh jurucakap kumpulan tersebut Noor Farida Ariffin yang dengan lain menyatakan bahawa perjumpaan tersebut nanti bakal mengangkat martabat Islam, jauh lebih baik daripada persatuan Muslim ‘bercakaran’ dengan pendapat-pendapat yang berbeza.

Sudah tentu cadangan itu harus disambut baik oleh semua. Walaupun ada yang melabel sesat tentunya G25 masih belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan. Mungkin setelah muzakarah tersebut sesetengah tokoh Melayu berpengaruh dalam G25 dapat melihat peri-pentingnya menutup aurat seperti yang telah disyariatkan agama.

Ataupun sekurang-kurangnya dengan itu tidak ada lagi lawak-lawak liar kurang bertanggung-jawab dan semestinya menghina tentang tudung dan aurat di forum-forum anjuran kumpulan G25.

Noor Farida Ariffin juga berkata lagi bahawa beliau amat berharap supaya Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pegawai Esekutif Global Movement of Moderates (GMM) dapat menganjurkan satu pertemuan dengan semua ngo-ngo Muslim untuk mencari titik temu.


Cuma ada juga dikalangan ngo-ngo yang musykil dan sangsi dengan U-turn yang telah dibuat oleh kumpulan G25 yang satu ketika dulu (pada Disember tahun lepas) dengan sombong dan bongkak telah mentah-mentah menolak pelawaan ‘muzakarah’ yang telah dibuat oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Alasan Noor Farida Ariffin ketika itu ialah MPM yang memayungi 284 ngo-ngo Melayu bukanlah wakil daripada Jabatan Perdana Menteri malah beliau yang dilabel sebagai 'bonda Pin' itu tidak pernah mendengar tentang majlis tersebut. 

Tetapi rakan-rakan ngo melihat G25 boleh duduk bermuzakarah dengan Penang Institute yang dinaungi DAP sehinggakan menganjurkan program secara kerjasama.

Persoalannya apa yang membuatkan G25 yang hanya mempunyai lima puluh orang kakitangan kerajaan pencen tiba-tiba sanggup 'mencemar kaki' sudi berjumpa dengan pertubuhan ngo-ngo seperti ISMA dan Perkasa?

Persoalannya juga perlukah ISMA dan Perkasa yang mempunyai jauh lebih ramai ahli dan berakar-umbi patut berjumpa dengan G25?

Kerana suara akar umbi jelas. Dan akar umbi yang sama juga telah menolak pendekatan yang telah dibawa oleh kumpulan G25 untuk ‘memartabatkan’ Islam.

Atau mungkin juga keikhlasan G25 boleh dimulakan dengan kelab pencen tersebut berjumpa dulu dengan MPM? Tentunya Datuk Dr Hassan Mad masih boleh bersangka baik dan menerima permintaan Noor Farida Ariffin kali ini?!

2 comments:

  1. G25 tidak boleh diberi muka, grup gila ini tiada beza dengan syiah , dengan dap , dengan IS , dengan pengganas serbia ,
    G25 ini grup munafik, pintar memutar belit , terlalu bijak menipu dan bermain kata, mereka boleh jadikan siang jadi malam, bulat jadi persegi, hitam jadi kuning ,
    senang cerita, tidak payah bincang dengan G25, tiada faedahnya , apa yg mereka minta kini hanyalah sekadar lakonan dan taktik menyejukan suasana demi maruah dan keselamatan serta kepentingan mereka ,
    lupakan G25 ..

    ReplyDelete
  2. org dah pencen ni umur dah lanjut..tak lama lagi pencen terus..jadi tak payah layan org nyanyuk.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.