Thursday, 17 December 2015

Ekstremis Kristian Serang Seminar Anti Pemurtadan!


Beberapa hari ini kecoh diperkatakan tentang sebuah seminar anti permurtadan dikalangan Muslim yang diadakan di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka.

Seminar yang diadakan hanya untuk orang Islam yang terhad kepada pelajar-pelajar Islam UiTM Lendu Melaka semata-mata dituduh sebagai sebuah seminar yang diadakan untuk menghina Kristian malah difitnah sebagai bersifat anti Kristian.

Maka keluarlah beberapa orang ‘pengganas persepsi’ yang dengan licik mempermainkan sentimen umum supaya, khasnya golongan minoriti dan penganut Kristian, penganjur program dan juga mereka yang terlibat dibenci dan dipersalahkan masyarakat umum.

Walaupun sudah dua kali pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa tiada apa pada seminar itu yang dilihat sebagai menyalahi undang-undang. 

'anti-Christian seminar', seriously The Star? Wong Chun Wai?
Kelmarin Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan mengulangi pendirian yang sama dan menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk pihak polis terlibat dalam sebarang majlis yang patuh undang-undang.

Perkara yang sama juga diperjelaskan oleh pengamal undang-undang tanahair. Pada 15hb lepas aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), saudara Aidil Khalid menemplak ‘Gadis DAP’ Dyana Sofea kerana gagal untuk memahami Perlembagaan Persekutuan punca mengkritik seminar anti murtad tersebut. Tegas Aidil Khalid bahawa ianya amat selari dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sekadar Gambar Hiasan
“Undang-Undang Negeri…boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Hari ini Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PMMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dilaporkan menyangkal dakwaan ektremis Kristian bahawa seminar tersebut diadakan untuk memupuk kebencian kepada mana-mana pihak.

Permurtadan dikalangan Melayu Muslim bukanlah perkara asing di Malaysia dan Lina Joy bukanlah satu-satunya umat Melayu Muslim yang telah dimurtadkan ektremis-ektremis Kristian di Malaysia. Hermen Shastri, Jeffrey Kitingan dan Baru Bian jangan buat-buat bendul akan fakta ini.

Baca lanjut berkenaan kedegilan ektremis Kristian untuk menggunakan kalimah Allah walaupun undang-undang melarang
‘Sudah terang lagi bersuluh’ seminar di UiTM Melaka tersebut adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan jauh berbeza,  ‘macam langit dan bumi’ daripada satu ‘forum dua hari kumpulan kelab pencen’ yang bersifat anti perlembagaan di persatuan alumni sebuah universiti tempoh hari.

Ianya juga tidak melanggar larangan penggunaan kalimah Allah seperti yang dibuat oleh sebuah poster bertajuk ‘Melaka-Johor Youth Day 2015’, dengan ayat berbaur hasutan ‘Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah’!


Apa lagi ektremis Kristian mahu sebenarnya?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.