Thursday, 3 December 2015

Daulatkan Islam Agama Negara!

Islam adalah Agama bagi Persekutuan Malaysia. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas dan terang memperincikan akan hal tersebut. Dan hal tersebut bukanlah sesuatu hal yang remeh dan harus dipandang enteng.

Deklarasi tersebut membawa pengertian bahawa negara dan tanahair ini dengan sedar, jelas dan terang telah mengangkat Islam sebagai Agama bagi seluruh pelusuk Persekutuan. Undang-undang tertinggi negara berkata begitu.



Namun kenapakah masih ada segelintir pihak yang degil dan bebal masih tidak mahu menerima akan kenyataan tersebut? Sehinggakan terdapat pelbagai kefahaman yang berbeza-beza yang membawa kepada perpecahan.

Ada segelintir yang masih mahu memegang Islam sebagai Agama Rasmi dan negara ini tetap sebuah negara demokrasi sekular. Diangkat dan dipandang dalam majlis-majlis rasmi sahaja. 

Golongan yang sama jugalah yang mahukan supaya agensi-agensi Islam seperti JAKIM contohnya dimansuhkan serta-merta. Ancaman-ancaman daripada puak-puak sekularis, liberalis dan pluralis agama yang semakin mendesak di negara kita harus dihentikan segera secara tuntas dan lebih berkesan.

Majlis serta forum-forum songsang seperti yang mengatakan semua agama sama atau yang memperjuangkan gaya hidup LGBT haruslah dipantau selia dan ditentang umum.

Sepatutnya, agensi seperti JAKIM diperkasakan lagi supaya pentadbiran negara ini selari dengan apa yang termaktub pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.


Maka apa yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa JAKIM perlu diberikan lebih dana memanglah tepat pada masanya. 

Perkasakan JAKIM dan 'Daulatkan Islam Agama Negara'!


http://www.pewforum.org/files/2011/01/FutureGlobalMuslimPopulation-WebPDF-Feb10.pdf

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.