Tuesday, 8 December 2015

CCM Tak Puas Hati Kes Gereja Haram Taman Medan Ditutup, Apa lagi CCM mahu?

Nampaknya puak-puak gereja menyalak lagi, kali ini tidak puas hati apabila pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tiada apa-apa dakwaan terhadap para penduduk Taman Medan yang berdemo terhadap sebuah gereja haram dan salib tidak berlesen yang dibuka menggunakan unit rumah kedai.

Herman Shastri, Setiausaha Agung kepada The Council of Churches of Malaysia (CCM) mengeluarkan kenyataan berbunyi "It is important that freedom of worship of person of all faiths be protected by the authorities at all times, and any interference with this constitutional right be taken seriously!"

Abu Chia nak tanya si Herman Shastri, tahukah beliau, bahawa ramai lagi orang-orang Muslim yang tidak berpuas hati dengan kes itu ditutup begitu saja. Tentunya yang paling tidak berpuas hati adalah penduduk di Taman Medan sendiri.

Farouk Musa (IRF) & Herman Shastri (CCM)

Kumpulan Concerned Lawyers For Justice (CLJ) dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan untuk pihak gereja menggunakan unit yang disewa mereka sebagai sebuah gereja tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak MBPJ dulu. Mereka memetik Subseksyen 70(12), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang berbunyi:

"Any person who uses any building or part of a building for a purpoase other than which was originally contructed for without the prior written permission from the local authority shall be liable on conviction to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit and shal also be liable to a further fine not exceeding five hundred ringgit for every day during which the offence is continued after a notice to cease using for other purpose has been served on such person."

Tahukah Herman Shastri bahawa jika bersabit kesalahan, gereja haram tersebut perlu membayar denda sebanyak RM25,000?

Lupakah Herman Shastri bahawa 'Palang Merah' yang dibangunkan juga tidak mendapat sebarang permit seperti yang diperjelaskan oleh Zainun Zakaria daripada pihak MBPJ sendiri?

Jadi apabila orang-orang Muslim masih boleh bersabar dan mengenepikan ketidakpuasan hati mereka berkenaan dengan isu gereja haram Taman Medan, kenapakah pula pihak Herman Shastri yang bising-bising tidak berpuas hati?

Apa lagi CCM mahu sebenarnya??

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.