Tuesday, 8 December 2015

Nenda Pin G25, Khalwat, Bapok & Wiski

Farida Ariffin, jurucakap utama kumpulan orang pencen gagal iaitu Gagalis25, banyak jasanya kepada negara. Beliau pernah mengetuai pasukan Malaysia ke ICJ sehingga ke peringkat Malaysia kalah dan kita kehilangan kedaulatan daerah negara bila Pulau Batu Puteh diserahkan ke Singapura.

Sebagai menghormati usianya yang mungkin melepasi had umur purata umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu 63 tahun, kami harus menghormati Farida Ariffin dengan merujuknya sebagai Nenda Pin. Yang tua dihormati, yang muda disantuni.

Bonda Pin, biarpun gagal mempertahankan wilayah Malaysia daripada dijadikan wilayah Singapura, sikap tenang beliau, membuatkan beliau tidak mempunyai sekelumit pun dendam dengan negara tersebut, malah terus berbaik dengan mereka dengan menjemput individu-individu dari Singapura untuk berkongsi pentas pesta hedonis pemikiran pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Nenda Pin, cuba membawa umat Islam memahami ajaran Islam dengan kefahaman beliau sendiri. Islam versi pemahamannya belum pernah dikategorikan. Versi Islam ASWJ yang dipegang di negara ini, hampir semuanya tidak betul pada pandangan Nenda Pin.

Oleh kerana beliau tidak menyokong mut'ah dan taqiyyah di dalam beragama, maka jelas beliau bukan dari kalangan Syiah. Beliau juga tidak gemar meratibkan itu bidaah dan ini bidaah. Jelas beliau bukan dari kalangan Wahabi. Beliau juga tidak berbicara bercakap mengenai kerajaan langit dan sebagainya. Jelas, Nenda Pin tidak sama dengan Ayah Pin. Beliau juga tidak pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah diutus sebagai Rasul di kalangan pesara-pesara Kerajaan. Jelas, ajaran seperti Rasul Kahar, tidak boleh disamakan dengan apa yang cuba dibawa oleh Nenda Pin.

Jadi, ajaran apa yang sebenarnya Nenda Pin cuba pekenalkan sejak setahun yang lepas. Elok kita senaraikan 10 perkara yang sering disebut kumpulannya supaya mudah untuk kita faham keunikan Ajaran Nenda Pin.

1. Jangan Diganggu Orang Berkhalwat (a)
2. Jangan Diganggu Muslim Jika Mahu Minum Wiski (b)
3. Jangan Laksanakan Hudud Di Malaysia (c* & c)
4. Jangan Ganggu Lelaki Berpakaian Wanita (d)
5. Jangan Institusikan Agama (e)
6. Jangan Ikut Fatwa (f)
7. Jangan Sekat Muslim Tafsir Al Quran Guna Akal (g)
8. Jangan Halang Bukan Islam Kritik Syariat Islam (h)
9. Jangan Halang Hak Asasi LGBT (i)
10. Jangan Diganggu Dosa Peribadi Muslim (j)




Jelas, 10 perkara yang cuba diketengahkan ini, tidak sama dengan apa yang disepakati sebagai pegangan Islam di Malaysia. Justeru itu, melihat keunikan apa yang cuba dibawakan oleh Nenda Pin ini, kita tidak boleh mengkelaskannya sebagai ASWJ, Syiah, Al Arqam, Wahabi, Ayah Pin, BAHAI atau Ajaran Rasul Kahar. Ia berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Maka adil dan lebih mudah kepada kita dan mereka untuk merujuk apa yang cuba dibawakan ini sebagai Ajaran Nenda Pin.

Elok sekiranya Nenda Pin dan sahabat-sahabat dipanggil JAKIM untuk menilai kebenaran Ajaran Nenda Pin ini. Ia supaya kita semua dapat bersikap adil kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.




Rujukan :
a) http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/12/07/g25-khalwat-a-personal-sin-not-a-crime/
b) http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tun-dr-ismails-son-wants-jakim-abolished
c*) Mereka menentang Pelaksanaan Hudud Yang mereka Rujuk Sebagai Hudud PAS di Malaysia
c)   http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/03/25/g25-hudud-moderate-malaysia/
d) http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=38235
e) Rujuk Penulisan Di Dalam Buku Breaking The Silence oleh G25
f) http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/14/khalwat-laws-un-islamic-says-g25/
g)http://www.malaysia-today.net/moderate-malaysia-lost-with-hudud-in-place-g25-warns/
h)Program "Islam In Constitutional Democracy" & Buku  Breaking The Silence menunjukkan beberapa panel bukan Islam dibenarkan mengkritik Syariat Islam Sesuka Hati Mereka dan dibenarkan berlaku di bawah urusan G25
i) Kerjasama Dengan Komuniti Muslim Universal http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/g25-rancang-terbit-buku-kerjasama-dengan-kumpulan-islam-lain
j) http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/g25-rancang-terbit-buku-kerjasama-dengan-kumpulan-islam-lain

9 comments:

  1. What next?
    Lagi baik ikut Islam cara LGE..?

    Kepala dan otak LGE ada betul ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin depa ni byk trmakan budi Wong Chin Huat Penang Institute

      Delete
  2. Ini pluralisma agama.......setaraf dng aljuboori pluralist

    ReplyDelete
  3. Dajjal betina laknatullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elak gelar mcm tu tuan.. Kita menentang pemikiran yg dibawanya.. Utk dia, kita doakan hidayah

      Delete
  4. Nenda Pin G25 elok pi ikut dan dengag ceramah Dr Zakir Naik dan tak perlulah mengalihkan isu isu politik semasa.

    -John Rambo-

    ReplyDelete
  5. Nenda Pin G25,kalau dah tua tu buat cara tua.Rumah dah kata pergi,kubur dah kata mari,ingat-ingatlah.Kita ni hidup bukan selamanya.Sedar dan bertaubatlah,Nenda Pin !

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.