Friday, 25 December 2015

Aktivis PPIM Ditahan Kerana Membela Nasib Pengguna?!

Kami kurang bersetuju dan membantah pihak berkuasa menahan Aktivis PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dalam pembelaan terhadap pengguna yang telah diambil kesempatan dan penipuan pihak peniaga di Plaza Kotaraya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.


Sepatutnya pihak PDRM mengambil video tersebut sebagai bukti untuk buat pertuduhan pada peniaga yang melakukan penipuan tersebut bukan menahan pihak yang cuba membantu. Walaupun untuk disoal siasat tidak perlu sehingga perlu ditahan reman.

Kami yakin pihak PPIM sedia bekerjasama dengan pihak PDRM dalam siasatan untuk membanteras penipuan peniaga terhadap rakyat.

Kami mohon pihak polis, KPDNKK dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap:

1) Peniaga dan Syarikat yang menggunakan cara samseng dalam mengendalikan perniagaan

2) Pihak Plaza Kotaraya yang membenarkan kejadian penipuan berlaku berleluasa di pusat komersil tersebut

3) Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan dan antarabangsa harus membatalkan semua hubungan perniagaan dengan peniaga atau syarikat yang mengamalkan cara perniagaan yang salah disisi undang-undang. Gagal berbuat demikian bakal memberikan imej buruk kepada jenama-jenama tersebut kerana bakal dilihat seperti bersetuju dengan peniaga untuk memeras dan menipu pengguna.


Kami juga memohon jasa baik pihak PDRM untuk melepaskan aktivis PPIM kerana beliau memperjuangkan hak pengguna yang ditindas dan ditipu.

Para pengguna digesa untuk menjauhi pusat komersil yang sering terbabit dengan kes peras ugut dan penipuan. Banyak lagi alternatif lain yang boleh dikunjungi. 

Katakan TIDAK kepada pusat komersil digital yang suka menipu pengguna!

2 comments:

  1. Pelik, pelik.! Malaysia yang dah terbalik.Disana terlolong di sini terpekik, konon semua adalah terbaik.rupanya.......

    ReplyDelete
  2. bila musang berbulu ayam banyak dalm agensi penguatkuasaan Kerajaan dan Melayu yang melahap duit cina menjadi penjawat awam.. maka banyakla yang terbalik di Malaysia ini... apa nak hairan Tun M dan Anwar yg membentuk acuan terbalik ini..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.