Monday, 30 November 2015

Pelan Harmoni Happy Hours NUCC

NUCC adalah antara blunder teragung sebuah hasrat yang mahu menyaksikan huhungan antara kaum di Malaysia diperbaiki. Fossil yang masih disimpan sebagai kenang kenangan. Sebuah majlis tiada beban batu digalas. Dianggotai oleh pseudo-Intelek hubungan kaum dan keharmonian negara.



Umum dapatan yang selalu dibentangkan NUCC bertaraf khayal di dalam sewang. Menjadi tempat pecandu Malaysian Malaysia DAP melampiaskan nafsu melalui jalan belakang. Lalu sebuah Laporan Cadangan yang bernuansa Malaysian Malaysia diluncurkan.

Modus operandi? Petik sahaja laporan-laporan portal yang gila menyerang perlembagaan. Majlis miskin jati diri membiarkan dirinya diperkosa dari belakang. Empat cadangan yang dikemukakan sebagai isu yang perlu diberikan perhatian, semuanya bernuansa DAP.

Istilah BUMIPUTERA Punca Ketidakharmonian Kaum?
Antara yang diperkatakan secara cabul ialah, istilah Bumiputera antara punca yang menimbulkan ketidak senangan hubungan antara kaum di Malaysia. Sekolah perkauman tidak disentuh langsung di dalam laporan cadangan yang dikemukakan. Benar-benar bernuansa DAP.

Akta Hasutan 1948 Mesti Dimansuhkan?
Majoriti rakyat Malaysia menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Itu kata laporan NUCC. Tanpa memberikan statistik penyelidikan, kumpulan kecil yang menuntut AH 48 dimansuhkan, dimajoritikan NUCC. Khayal atau singgah di rumah Tawfik Ismail G25 sebelum menulis rekomendasi tersebut, hanya mereka sahaja yang tahu.

Banyak lagi perkara yang bakal didedahkan. Pihak kami harus berterimakasih kepada salah seorang daripada kumpulan G25 yang datang kepada kami menyerahkan salinan Pelan Perpaduan Kesepaduan Dan Penyatupaduan Malaysia. Katanya, terdapat segelintir ahli G25 semakin muak dengan sikap dan pendekatan Tawfik Ismail dan beberapa orang ahli kumpulan G25.

Elok bubar sahaja Kelab Pencen Happy Hours tidak berdaftar tersebut.









0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.