Monday, 23 November 2015

Obama Layan Pondan Bersama Presiden Bar

Presiden Amerika telah diberitakan bertemu beberapa pertubuhan haram, tidak berdaftar dan kebal dari tindakan undang-undang kerana Menteri Dalam Negeri punya alasan tersendiri.

Dicelah-celah pertubuhan haram, ada juga pertubuhan berdaftar seperti Majlis Peguam yang diwakili Presidennya Steven Thiru.

Bersama, mereka turut melayani kehendak wakil golongan pondan yang diwakili Nisha Ayub, untuk mendengar resah gelisah pertubuhan haram yang diwakili dirinya, mengenai perkara-perkara hak asasi songsang yang dinamakan mereka sebagai hak asasi manusia.

Obama sekadar menjalankan tanggungjawab "whiteman's burden on the black man's back".

Seluruh dunia harus mengikuti Amerika. Tidak kira rupa mereka tidak cukup Amerika seperti Ambiga atau bernama Amerika tetapi dengan rupa India Selatan seperti Steven Thiru, semua harus mengAmerikakan diri masing-masing.

Hapuskan sempadan semua negara. Hapuskan kedaulatan Perlembagaan setiap negara selain Amerika. Tambah sahaja bintang ke dalam Star Spangled Banner untuk meluaskan daerah jajahan yang bersekutu di bawah Persekutuan Amerika.

Maka bolehlah Ambiga dan Thiru mendapat hak keistimewaan Indian (walaupun bukan Red) di negeri ke 51 tanah jajahan Amerika. Bukankah antara merekalah yang sering bersungut bahawa  mereka sering ditindas disini sehingga menjadi kaya raya?

Yuncle Sam Needs U! Poh!




Ben Yaacob


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.