Wednesday, 18 November 2015

NOW Penyambung Lidah Politik Fitnah Pakatan Harapan?!

Politik sememangnya jijik. Namun sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia digemparkan oleh satu cubaan dengan memutar-belitkan fakta yang digerakkan oleh parti-parti politik pembangkang. 

Terbaru sebuah institusi perniagaan Islam, Yapeim yang berteraskan konsep amal jariah dengan sumbangan kepada masyarakat  menjadi mangsa serangan.


Berbekalkan “dokumen curi”, Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, merangkap pengasas dan pengarah esekutif NOW bersama dengan Akmal Nasir, Pengarah Strategi AMK Pusat terlibat dengan serangan terhadap Yapeim ini.
 
 NOW, Oversight And Whistleblower Sdn Bhd, sebuah syarikat RM2 yang menjalankan aktiviti mengutip derma dan kebal undang-undang sedar akan mileage politik yang dapat mereka raih dengan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap badan-badan agama seperti Yapeim.

Atas tiket itu, NOW tanpa segan silu dengan menggunakan dokumen-dokumen ini yang diperolehi dengan cara yang paling tidak beretika mula menyerang Yapeim dengan “memutar-belitkan fakta bagi menfitnah”.

Tanpa merujuk kepada pihak Yapeim untuk penjelasan sebenar, NOW mendedahkan butiran dalaman yayasan tersebut melalui beberapa kenyataan akhbar dan keratan dokumen yang dikongsikan dalam media sosial dan diviralkan.
 

Hari ini, Yapeim telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu dikhuatiri “boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu” yang telah banyak membantu ekonomi orang Islam. Namun NOW yang teridiri daripada ahli-ahli Pakatan Harapan seperti tidak menghiraukan nasib 120, 000 peniaga kecil Islam yang terdiri daripada golongan miskin dan terpinggir yang cuba berjinak-jinak dengan sepak terajang dunia perniagaan melalui pembiayaan dan latihan perniagaan yang disediakan oleh Yapeim. 

Bagi NOW nasib golongan marhaen ini bukanlah keutamaan perjuangan mereka. Yang penting ialah agenda politik jijik mereka tercapai dengan apa cara sekalipun.

Nampaknya kepada kumpulan pembangkang yang suka menamakan diri mereka sebagai harapan kepada rakyat Malaysia, kononnya alternatif kepada kerajaan sekarang hanya tidak lebih daripada sekumpulan pembuli yang sanggup berbuat apa saja, termasuklah dengan menggunakan “dokumen curi” untuk mencapai matlamat hegemoni politik yang mereka idamkan.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.