Sunday, 22 November 2015

Mengadap Obama, Presiden Amerika Syarikat (kaki 'drones' tegar) Boleh Ditangkap SOSMA?

Setelah mengadap Obama, Presiden Amerika Syarikat, negara yang banyak membunuh nyawa-nyawa manusia tidak berdosa dengan drones, 'preemptive strikes' dan 'friendly fire', Ambiga Sreenevasan dengan mendabik dada mendakwa, bahawa Obama,'well aware' dengan isu-isu di Malaysia.

Apa maksud Ambiga?


Dan apa janji Obama kepada Ambiga dan beberapa orang lagi warganegara subversif yang meletakkan negara dalam keadaan yang sangat bahaya dengan 'menjemput' campur tangan Uncle Sam yang terkenal zalim dan tidak berhati perut itu?

Kalau tidak, tentulah kehadiran Obama, tidak akan dibantah tiga hari berturut-turut. Apa Ambiga buta dan tuli dengan dosa-dosa Amerika Syarikat di seluruh dunia sebelum ini?


Atau dengan moto matlamat menghalalkan cara, Ambiga, sama seperti rakannya, Nurul Izzah sanggup berjumpa sesiapa saja, demi untuk 'membebaskan Anwar Ibrahim' yang dipenjarakan atas kesalahan meliwat seorang 'pembancuh kopi'?

Cynthia Gabriel dilaporkan sebuah portal mengadu kepada Obama tentang permasalahan rasuah di Malaysia, macam la, Amerika Syarikat, bersih dan mulus dan tidak ada masalah rasuah yang menebal?

Adakah Cynthia Gabriel, lupa, dengan kes ENRON, Bernard Madoff, Worldcom, Tyco, Healthsouth, Freddie Mac,  AIG (American Insurance Company), Lehman Brothers dan Saytham??

Apa guna jadi Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) kalau 'bengap' dengan semua skandal-skandal mega seperti ini?

"Wakil Justice for Sisters Nisha Ayub pula berkata, Obama melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat transgender di Malaysia."

Apakah Obama mahu Malaysia pasca TPPA nanti juga menkosherkan perkahwinan sejenis sama yang dibuat Amerika Syarikat era Obama? 

Jika tidak apa, adakah Amerika Syarikat akan drones kita semua sampai jadi 'padang jarak, padang terkukur' macam baru kena langgar Garuda, macam yang sedang diperlakukan di Pakistan, Afghanistan, Yemen dan Somalia?


Tentunya menarik jika kita dapat tahu apa yang sebenarnya yang telah dilaporkan oleh CEO berita laman sesawang Malaysiakini, Premesh Chandran?

Persoalannya, kenapakah jika seseorang yang dituduh mahu membabitkan Amerika Syarikat, dengan menghantar laporan kepada FBI boleh ditahan secara pantas dibawah SOSMA, kenapakah pula, ini tidak?

Bukankah menjemput campurtangan asing, seperti hal yang berkenaan dengan Islam, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam, contohnya, bakal menyebabkan tercetusnya keganasan?

The Chain of Command untuk 'drones war'-Susan Rice juga ialah wanita yang diapit Steven Thiru dan Nisha Ayub, tentu mereka 'bangga'

Bukankah kita semua, rakyat Malaysia patut pada setiap masa bertaat setia dengan Yang di-Pertuan Agong? 

Bukankah jika campurtangan Amerikat Syarikat itu kelak, jika berupa military intervention, preemptive strikes, friendly fire dan drones, bakal memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan Malaysia?




Kita harap Menteri KDN kita kekal tegas dan Pejabat Peguam Negara pasca Gani Patail berjaya mengekang elemen-elemen subversif sebelum ianya membarah dan membawa parah kepada kita semua!

1 comments:

  1. Ado pulak ank yamtuan n.s kek dlm tuu...abah kau dimuliokn ponyandang2 adat tp ekau nk bojuang kek bondo yg tak sonereh...lain kali bilo ado majlis mongadap kau jgn nk duduk sokali bulih tak...naik monyampah den nengok bilo dato2 adat dtg ngangkek sombah tp kau bojuang nk molingkupan nogori botuah nih...ado otak tu pikir sikit...botanyo dokek yg tuo jgn ikot sodap yoo somo yg kau kutip kek obersea tu elok bolako

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.