Thursday, 19 November 2015

Isu Yapeim: Jamil Khir fail saman Akmal

Setelah memberikan tempoh beberapa hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak memfailkan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir.

Ia berhubung satu kenyataan mendakwa Jamil Khir menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai perjalanannya ke luar negara.



Saman itu difailkan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Jamil Khir sebelum ini menuntut Akmal untuk membuat permohonan maaf dan memberikannya tempoh sehingga hari ini untuk berbuat demikian.

Sehingga hari ini, tiada permohonan maaf dibuat oleh Akmal.

Dalam saman itu, Jamil Khir selaku plaintif menamakan Akmal atau nama sebenarnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai defendan.

Sementara itu berdasarkan pernyataan tuntutan, kenyataan yang dikeluarkan Akmal bertajuk 'Jamil Khir guna wang Yapiem biaya perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah dengan jumlah RM410, 978, 56' adalah berunsur fitnah dan tidak benar.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat 13 November 2015 melalui kenyataan kepada media dan umum serta laman web dan laman sosial Facebook.


Plaintif mendakwa, kenyataan tersebut perkataan fitnah, diterbit dan dipapar secara sensasi dan bertujuan menaikkan kemarahan serta menanam kebencian rakyat kepada plaintif.

Sehubungan itu plaintif menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan yang memburukkan dan memfitnah plaintif.

Turut dituntut, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook dan akhbar tempatan.



http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-yapeim-jamil-khir-fail-saman-akmal-1.453459

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.