Tuesday, 10 November 2015

Alcohol Free Deepavali & Wiski Menteri Tawfik G25

Hari ini, penganut Hindu menyambut Deepavali. Malaysia Hindu Sangam, sejak beberapa hari yang lepas, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak penganut Hindu supaya sedaya upaya menjauhi minuman keras pada masa perayaan tersebut. Mereka juga berusaha keras supaya dikurangkan publisiti dan iklan di dalam media-media arus perdana yang berorientasikan penggunaan dan pengiklanan alkohol yang memabukkan. 

Kempen Alcohol Free Deepavali turut memuatkan kenyataan berikut :


"May this auspicious day kills the demon within us and seed love and humility for all"




Minuman keras lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan itu sendiri. Usaha menjauhkan rakyat Malaysia dari minuman keras adalah satu usaha yang terpuji. Mabuk dan kemabukan itu sendiri tidak membawa apa jua bentuk kebaikan.

Gambar Hiasan : Sekumpulan Orang Bakal Mabuk

Pada ketika Malaysia Hindu Sangam berusaha keras mengajak penganut Hindu menjauhi alkohol, seorang Melayu perasan prominent yang menganggotai Gagalis 25 (G25) pula berfikir sebaliknya. Dalam temuramahnya yang dipetik oleh The Malaysian Insider, Tawfik Tun Dr Ismail, menceritakan perihal situasi Malaysia yang menjadi idamannya. Malaysia yang ideal bagi Tawfik Tun Dr Ismail ialah Malaysia di zaman sebelum wujudnya JAKIM di mana para Menteri bebas minum wiski. 

Hairan benar, ketika mana Malaysia Hindu Sangam mahu penganut Hindu menjauhi alkohol, muslim perasan prominent seperti Tawfik Tun Dr Ismail dari kumpulan Gagalis 25 (G25) mahu hak minum wiski orang-orang Islam tidak dicampuri dan ditegah oleh Agensi Agama.

Apa masalah Tawfik dari kumpulan Gagalis 25 ini sebenarnya?











0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.