Monday, 26 October 2015

Zaid Ibrahim & Konsep Islamofasisme Barat!

Zaid Ibrahim bekas ahli UMNO merangkap mantan ahli PKR merangkap ahli KITA (mantan?) meroyan lagi sempena perasmian buku baru beliau. Setelah anaknya Ezra Zaid Ibrahim dilaporkan mungkin bakal dipenjarakan kerana menerbitkan buku tokoh LGBT Kanada, Irshad Manji, Zaid Ibrahim kelihatan seperti tidak keruan jadinya.

Kali ini beliau mahu setiap Muslim berani memberikan definisi kepada 'Islam' mengikut kaca mata mereka sendiri. Katanya 'After all, at the end of the day it is about our life, about our happines and comfort in our relations with the Maker Allah Subhanu Wa Ta'aala'.


NGO yang telah difatwakan sesat Sisters In Islam (SIS) juga pernah berkata tentang perkara yang serupa. NGO liberal Islamic Rennaisance Front (IRF) dikhabarkan mahu terjemahan yang polos kepada nilai-nilai Islam dengan menidakkan hegemoni institusi-institusi agama atau tokoh-tokoh ulama kebangsaan.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa 'Any other definition of the Islamic way is fascism with a new name'.

Sebelum ini Barat sering mahu melabel mana-mana pendekatan Islam yang tidak selari dengan idea sekular dan liberal mereka dengan label fasisme yang sama.

Islamofasisme terma jahat yang dicipta Barat kini telah diguna-pakai pula Zaid Ibrahim. Syabas Zaid Ibrahim dan selamat berjual buku!


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.