Wednesday, 21 October 2015

Usaha Gerakan Mencabar Hudud Kelantan Ditolak!

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan parti Gerakan untuk memulakan petisyen bagi mencabar perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan watikah perlantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zaharah Ibrahim pada majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi di Singgahsana Kecil Istana Negara-Mstar

 
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas yang mencukupi untuk pemohon memulakan tindakan berkenaan.

Kes bermula apabila Mei lalu, Gerakan memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan enakmen itu yang lebih dikenali sebagai hudud di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Gerakan mahu membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi membincang dan memutuskan persoalan undang-undang, sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).




 http://www.ismaweb.net/2015/10/mahkamah-tolak-permohonan-gerakan-cabar-hudud/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.