Friday, 2 October 2015

Ternakan Kasta Rendah DAP Berhentilah Menyalak Dengan Bingit, Saman Jika Benar!

Ben Yaacob

Untuk memastikan pemerintahan telapuk terbelah (kuku besi hanya sesuai dengan manusia) tidak berani digugah, Napoleon membuat perancangan awal. Ia membela dan menternak beberapa anak satwa dari jenis yang perlu disertu setiap bekas jilatannya.

Itulah yang berlaku di dalam karya agung George Orwell berjudul Animal Farm. Peribahasa Melayu menggambarkan apa yang diceritakan di dalam perebutan kuasa di dalam kebun binatang tersebut dengan baik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih. Lantas Napoleon tidak perlu berbicara panjang dan lebar untuk berhujah mempertahankan kuasanya. Ia hanya perlu menyeru kepada satwa-satwa belaannya untuk menyalak bagi pihaknya.



Cerita yang hampir sama terlihat berlaku di dalam cerita realiti politik negara. DAP kini, tidak lagi menggunakan kepimpinan Cinanya untuk melawan. Mereka adalah Kasta Pemimpin dan kasta pemimpin hanya layak duduk dikerusi empuk mempimpin, mentadbir dan mengambil semua kekuatan kuasa kepada mereka.

Tugasan menyalak, diberikan kepada golongan yang kelihatan seperti Kasta yang paling rendah di dalam struktur kepimpinan parti tersebut. Tugas mereka hanyalah untuk menyalak dan taat kepada pemimpin.

Justeru itu, apabila timbulnya isu Kasta tinggi DAP tidak senang dengan isikandungan khutbah Jumaat, maka diperintahkan golongan kasta rendah yang taat, untuk menyalak bagi pihak mereka.

Saban hari mereka menyalak dengan bingit, tanda patuh pada tuan dengan lolongan dan salakan, “Kami mahu saman”, “Kami mahu saman”.


Kepada golongan kasta rendah ini, berhentilah menyalak! Cepat saman segera supaya cepat termasuk dalam perangkap yang disediakan kepadanya selama ini.

Tidak sabar rasanya untuk melihat satu persatu sifat bermuka-muka DAP ditanggalkan di dalam hujah-hujah mahkamah. Insya Allah, jika menang, usaha ke arah pengharaman parti ini akan berjalan dengan lebih lancar.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.