Friday, 9 October 2015

PEMBELA Menyokong Sepenuhnya Keputusan Mahkamah Persekutuan



Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam dan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Kami dari pihak Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam ingin merakamkan perasaan bersyukur kami ke hadrat Ilahi dan menyambut baik keputusan demi keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengangkat kembali maruah kedudukan Islam kepada kedudukannya yang sepatutnya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan kes Ezra Zaid melawan Kerajaan Selangor dalam kes penerbitan buku yang melanggar hukum syarak dan terbaharu kes Transgender mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, menunjukkan dengan jelas bahawa Undang-Undang Syariah tidak bercanggah malah sah dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang tertinggi negara.

Pihak PEMBELA merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan ke atas para hakim yang terlibat di dalam penghakiman kedua-dua kes tersebut. Semoga rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama mereka-mereka yang berjasa kepada usaha mendaulatkan Islam di tanah air tercinta ini.

Bersama Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara.


Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.