Monday, 5 October 2015

Padam Api Dengan Air Liur Menteri

Tun Mahathir pernah berseloroh, untuk jadi kerani, sekurang-kurangnya memerlukan SPM. Tetapi, tiada syarat sedemikian untuk menjadi seorang Menteri.

Suatu ketika yang tidak beberapa lama sebelum ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi, dengan gaya ala seorang jagoan, memberikan amaran keras kepada media-media terutamanya media alternegatif supaya jangan bermain dengan api. Berkokok dia seperti ayam jantan. 




Cuma dalam peribahasa dan simpulan bahasa orang Melayu, apa sahaja yang berkaitan dengan ayam, semuanya membawa konotasi negatif. Ibu ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, bagai ayam naik ke surau, seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah? Ayam tak patuk itik tak sudu, umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga, meneka ayam dalam telur dan juga Berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.



Mudah benar menjadi menteri. Modal mereka cuma harus percikkan air liur kepada khalayak. Praktisnya gagal. 

Beberapa minggu lepas, Zahid Hamidi memberi amaran jangan bermain dengan api. Amarannya kekal sebagai amaran. 



Apabila Boo Su-Lyn, wartawan Malaymail membuat hasutan memerangi kuasa dan sumpah Yang Dipertuan Agong untuk mempertahankan Islam pada setiap masa, jagoan KDN ini ghaib entah ke celah Mak Bedah mana.

Boo Su-Lyn bukan hanya bermain dengan api. Dia telah cuba menghasut sehingga perkara-perkara mengenai Islam di dalam Perlembagaan menjadi hapus rentung.



Jika ada orang yang bermain dengan api, inilah dia orangnya yang bermain dengan api itu menulis di Malaymail. Tetapi, bolehkah api itu dipadamkan hanya bermodalkan air liur Menteri Dalam Negeri. 

Pak Menteri.. Bila nak ambil tindakan?!



3 comments:

  1. guna air liur zahid tong kosong la nak padam api. orang yang berbaju merah seronok dengar bunyi tong kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meludah sampai terjuih mulut menteri pun, api ni takkan padam kalau menteri jenis sembang mcm ayam..

      Delete
  2. kan menteri ni menteri kartomn

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.