Wednesday, 14 October 2015

Najis Di Tocang Azmi Shahrom & Boo Su Lyn

Ben Yaacob

Semakin hari, semakin ramai golongan Pelampau Liberal keluar mendedahkan sisi-sisi bangang mereka. Berkokok berdegar-degar ekor bergelumang tahi.

Dua minggu lepas, seorang wartawan tidak beretika bernama Boo Su Lyn yang kebal dari sisi undang-undang melebihi kekebalan Majlis Raja-Raja kerana tidak berani disentuh Dato' Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN, telah mengkritik kewujudan beberapa Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta ianya dihapuskan. Beliau menulis dan membuat komen mengenai penghakiman kes Ezra Zaid yang menterjemahkan buku sesat Irshad Manji.

Boo Su Lyn menyatakan perkara berikut berkenaan buku sesat yang ingin beliau pertahankan di dalam penulisannya :

I’ve not read the book, but a review (http://www.newrepublic.com/book/review/allah-liberty-love-irshad-manji) by Omar Sultan Haqu postdoctoral fellow at Harvard University, indicates that Allah, Liberty and Love questions “conformist religiosity” and that Manji belie having progressive ideas will allow Muslims to break taboos against things like killing apostates or gay people, or treating non-Musli equally. Muslims can think for themselves and use reason to dissent from mainstream religious opinion, according to Manji, who’s al feminist. 

Beliau tidak membaca buku tersebut tetapi berkokok berdegar-degar mempertahankannya hanya dengan membaca review yang dilakukan pihak ketiga. Bacalah dulu sebelum berkokok!

Malah dengan muka tebal, beliau membuat dakwaan dengan cadangan bahawa pihak berkuasa agama mengambil tindakan tanpa membaca buku tersebut terlebih dahulu. Jika beliau tahu menggunakan google dengan betul, tentu sahaja apabila tajuk "Allah, Kebebasan dan Cinta" ditaip, carian google akan menempatkan pada kedudukan teratas penulisan Ustaz Mohd Aizam Mas'od dari Seksyen Akidah JAKIM yang membedah dan mendedahkan kerancuan pemikiran Irshad Manji di dalam buku tersebut. 

http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Brave-New-World/Profile/Articles/2015/10/14/A-literalist-interpretation-of-the-law-Recent-judgments-have-an-impact-on-basic-freedoms-such-as-tha/
Boo Su Lyn mungkin antara kolumnis Malay Mail yang pemalas dan mungkin makan gaji buta dengan menulis tanpa memeriksa, menyiasat dan meneliti apa yang ingin disentuh olehnya terlebih dahulu. Tetapi, satu kehebatan Boo Su Lyn yang tidak boleh kita nafikan ialah, beliau kelihatan lebih kebal dari Majlis Raja-Raja sehinggakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi, kecut perut untuk mengambil tindakan  ke atasnya. 


Najis Di Tocang Azmi Shahrom
Kemudian, keputusan semakan kehakiman mengenai keabsahan Akta Hasutan 1948 berkait Azmi Shahrom pula diputuskan.


Alhamdulillah, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Lalu melalak, melolong dan berkokoklah seantero dunia, Professor bertocang ini mendedahkan sisi bangang dirinya ketika cuba mengulas Penghakiman Kes Ezra Zaid. Beliau mengkritik penghakiman tersebut tetapi dalam masa yang sama menulis perkara berikut :

I have not had access to the judgment but according to reports they held that the Selangor Enactment was not about expression as such, and more about the punishing acts that go against the “precepts of Islam” which the states are Constitutionally allowed to make law on.


Membaca kedua-dua artikel penulisan Azmi Shahrom dan Boo Su Lyn, amat jelas terpampang kepada rakyat bahawa inilah kualiti minda dan keupayaan golongan pelampau liberal yang sering berkokok kuat tetapi ekor mereka bergelumang tahi. Tetapi, pepatah itu sesuai untuk ayam. Untuk memanusiakan peribahasa tersebut, mungkin 'Menyalak berdegar-degar, tetapi tocang rambut bergelumang Najis."

Nama sahaja Professor, tetapi Penghakiman yang boleh diakses seantero dunia dengan hanya menggoogle pun tidak tahu. Patutlah ranking universiti Malaysia di tempat cencorot bersembunyi. Rupanya Professor-Professor sebeginilah  yang merosakkan ranking universiti Malaysia. Elok Universiti Malaya tubuhkan Fakulti Seni Tocang untuk diketuai Professor ini. Pemalasnya, Ya Ampun...

Prof Azmi dan Boo Su Lyn yang lembam google, biar kami bantu :

Link Penghakiman kes Ezra Zaid pada pautan berikut :



Link bedah buku Irshad Manji pada pautan berikut :


2 comments:

  1. Kedua2nya Malaun yg mugkin lebih baik sedikit dari Alvin bogel..

    Mahu polular cari makan dgn politiking benda2 yg mereka tahu memang dibenci RAKYAT..

    Semua yg mereka ini buat tak ada faedah dan buang masa..

    Nestle, Toyota, Jacob, KFC tak boleh wujud di Malaysia jika CEO nya sebodoh Boo Sulyin dan Azmi shahrom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk ni memalukan gol yg meletakkan kepercayaan kepada mereka. Pemalas malah tidak pernah faham isu melainkan mahukan seluruh negara menurut hawa nafsu mereka sendiri.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.