Wednesday, 14 October 2015

Kes Transgender-Matilda Bogner Jangan Hina Yang Di-Pertuan Agong!

Wakil Pejabat Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Asia Tenggara (OHCHR), Matilda Bogner tidak berhak untuk campur tangan dalam keputusan Mahmakah Persekutuan baru-baru ini berhubung isu transgender.
 
Ini berikutan Matilda dalam satu kenyataan mendakwa keputusan mahkamah telah mendiskriminasi dan melanggar hak mereka yang ingin menukar transgender.

Menyifatkan kenyataan Matilda itu sebagai talam dua muka, Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abd Khalid berkata Matilda tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan mahkamah.



“Kenyataan Matilda terang-terang merupakan satu percubaan untuk campur tangan dalam perkara kedaulatan sistem kehakiman negara dan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Bukan setakat itu, apa yang diperkatakan Matilda juga boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan institusi agama Islam Negeri Sembilan.

“Kenyataan beliau juga hanyalah satu percerminan daripada apa yang gagal diperjuangkan oleh penganjur-penganjur LGBT, Liberal dan seumpamanya di Geneva melalui tuntutan-tuntutan COMANGO,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Matilda berhubung keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada ketiga-tiga lelaki yang melanggar peruntukan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan baru-baru ini.

Susulan itu Matilda mendesak peruntukan Seksyen 66 itu diubah bagi menjaga hak asasi individu bersesuaian dengan standart hak asasi antarabangsa.

Bidas Tuan Luttfi, desakan Matilda ini tidak ada bezanya dengan komen-komen puak Liberal di tanah air yang sentiasa mencipta berbagai-bagai sebab dan alasan untuk mempertikaikan atau memperlekehkan apa sahaja yang melibatkan Islam dan umat Islam di negara ini.

Kini, kumpulan pendesak minoriti ini tidak segan silu membawa dan mengadukan kes mereka ke pihak luar pula.

“Apa yang sedih dan menghairankan mengapakah Matilda Bogner mendiamkan diri ketika mana Boo Su-Lyn menulis satu artikel di dalam portal berita Malay Mail Online bertarikh 2 Oktober 2015 yang terang-terang bersifat hasutan dan cuba memberi mesej supaya umat Islam mencabar Perlembagaan?
“Kenapa beliau tidak mengecam penerbitan artikel tersebut dan penulisnya?

“Justeru, kenyataan dan kritikan Matilda adalah berat sebelah, tidak berkredibiliti dan perlu ditolak. Ini kerana dia tidak berlaku adil dan jujur terhadap isu-isu keadilan, keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia,” katanya.




http://www.ismaweb.net/2015/10/kes-transgender-wakil-pbb-tak-berhak-campur-tangan-kehakiman-malaysia/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.