Thursday, 8 October 2015

Keputusan Kes Transgender Cabar Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan Petang Ini!

Petang ni (8 okt 2015) Mahkamah Persekutuan akan  bersidang dan membuat keputusan ke atas kes semakan kehakiman ke atas Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Seksyen 66 menjadikan kesalahan perbuatan lelaki berpakaian seperti wanita. Cabaran yang dibuat ialah untuk mengisytiharkan Seksyen 66 tersebut bercanggah dengan Perkara 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Jika kes ini umat Islam kalah, seksyen 66 tersebut akan diisytiharkan sebagai undang-undang yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini berlaku, dijangka akan berlaku ripple effects, di mana terdapat kemungkinan satu persatu seksyen yang sama di dalam undang-undang jenayah syariah negeri-negeri lain akan turut dicabar pada masa hadapan dan diisytiharkan tidak sah dari segi perlembagaan.

Kesan kepada umat Islam:
1) Golongan muslim yang terlibat dengan kes-kes berpakaian wanita akan mendapat

2) Masalah psikologi melibatkan kecenderungan lelaki berpakaian wanita dikalangan umat Islam akan bercambah dan tidak akan dapat dibendung melalui kaedah undang-undang.

3) Hak-hak umat Islam untuk menjalankan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dalam mengawal institusi keluarga sendiri akan dikategorikan sebagai usaha pencerobohan serta penindasan hak asasi jika cuba membetulkan ahli keluarga yang mempunyai kecenderungan masalah psikologi yang sama.

4) Tuntutan-tuntutan hak yang lain dari golongan transgender seperti menuntut tandas khusus dipusat membeli belah, pejabat-pejabat kerajaan akan dipergiatkan sebaik hak berpakaian sebagai wanita diiktiraf sebagai satu hak asasi yang sah dari segi perlembagaan.

5) tuntutan supaya Islam mengiktiraf kewujudan golongan ini.

6) tuntutan supaya semua bentuk polisi, undang-undang, serta sikap yang dianggap sebagai menceroboh hak mereka diubah.

Jangkaan kami mengenai kes ini:
Kami menjangkakan terdapat kemungkinan kes ini akan ditolak atas alasan teknikal iaitu salahguna prosedur mahkamah yang melibatkan Perkara 4(4) Perlembagaan.

Harapan kami :
Supaya umat Islam menyebarluaskan berita ini dan sama-sama mendoakan supaya para YAA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang bakal bersidang pada petang ini, mendapat ketenangan dan kekuatan untuk memastikan kedudukan Islam yang berdaulat di dalam Perlembagaan Persekutuan kekal dipertahankan.

Semoga kes ini dimenangi oleh pihak Islam. Amin..

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.