Thursday, 1 October 2015

Kenyataan Duta China Jelas Berbaur Ancaman-Presiden ISMA

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyemak semula kenyataannya yang menyifatkan kenyataan Duta China ke Malaysia sebagai tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.
 
Beliau berkata, apa yang dikatakan menteri pertahanan tersebut adalah kurang tepat kerana kenyataan Dr Huang Huikang jelas berbaur ancaman.



“Kenyataan Hishammuddin kurang tepat. Ini kerana kenyataan Huang jelas berbaur ancaman,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Sebelum ini, Duta Besar China, Dr Huang Huikang memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.

The Star sebelum ini melaporkan Huang juga memberi amaran kepada sesiapa yang menggunakan kekerasan untuk mengganggu keamanan awam di negara ini, yang merujuk kepada keamanan peniaga Cina di Jalan Petaling.

Ketika melakukan lawatan kepada peniaga-peniaga berbangsa Cina di Jalan Petaling pada 26 September lalu, Huang juga dipetik berkata kerajaan China menentang keganasan, ekstremisme dan apa-apa bentuk diskriminasi kaum.

Semalam, Hishammuddin berkata kenyataan Dr Huang adalah tidak menjejaskan keamanan negara.
 
“Saya percaya ianya tidak terlalu serius dan sekaligus menjejaskan hubungan pertahanan di antara dua negara ini,” kata Hishammuddin.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata beliau bersetuju dengan pandangan bekas menteri pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Huang adalah seorang diplomat kelas pertama.

“Saya bersetuju dengan Tan Sri Abdul Kadir bahawa Huang merupakan diplomat kelas pertama kerana ucapannya menterjemah pandangan strategik jangka jauh negara China.

“Justeru, kenyataan Huang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/09/duta-china-presiden-isma-desak-hishamuddin-semak-balik-kenyataan/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.