Monday, 12 October 2015

Dato’ Shafee Abdullah : Perlembagaan dan Bukan UDHR Menjadi Rujukan Mahkamah

Pada 29 September 2015, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengadakan seminar bertajuk SEMINAR On THE ROLE OF NHRIs IN THE PROMOTION OF HUMAN RIGHTS. Seminar bertempat di Putrajaya.

Antara pembentang tajuk ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. Tan Sri Shafee membentangkan kertas bertajuk AICHR and Its Workplan 2015-2020 sebagai wakil Malaysia ke AICHR (ASEAN Intergovernmental Comission on Human Rights).




Dalam pembentangannya, beliau menyentuh mengenai isu-isu tuntutan yang yang dirujuk sebagai tuntutan hak asasi manusia yang sedang hangat di Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa prinsip keadilan Mahkamah di Malaysia hanya akan mengambilkira perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menegaskan bahawa prinsip UDHR adalah tidak digunapakai di dalam sistem keadilan Mahkamah di negara ini.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dilihat selama ini gagal dalam menangani masalah pembunuhan serta genosid kemanusiaan besar-besaran di Palestin, Arakan (Myanmar), Syria, Iraq dan beberapa negara Islam yang lain, hari ini membuat kenyataan menyokong genosid kemanusiaan tanpa pembunuhan dengan menyokong perubahan undang-undang yang menjaga hak asasi manusia yang paling utama iaitu “Survival Bangsa Manusia”

LGBTIQ membunuh survival kemanusiaan itu sendiri. Reproduktif yang menjamin kelangsungan survival bangsa manusia menjadi terancam jika majority daripada manusia memilih jalan hidup sedemikian rupa.

https://www.malaysiakini.com/news/315425

Apabila Matilda Bogner cuba masuk campur dalam keputusan Mahmakah Persekutuan yang mengiktiraf Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan sebagai sah dari segi Perlembagaan, Matilda sebagai wakil PBB sendiri telah melanggar Perkara 29 Deklarasi Hak Asasi Manusia :

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Jelas beliau sendiri tidak faham bahawa masyarakat di dalam sesebuah negara berhak menentukan set-set moral tersendiri untuk perkara yang melibatkan maslahat umum.


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.